Thursday, January 29, 2009

MMU Melaka Chess Open - BUKAN FIDE-rated tournament!

GiLoCatur memohon maaf kerana tersalah maklumat berkenaan MMU Melaka Chess Open. Sebenarnya, tournament tersebut bukanlah FIDE-rated event. Sememangnya di Malaysia tidak banyak FIDE-rated tournament. Menurut Encik Abdul Latif, di antara beberapa syarat utama untuk pertandingan FIDE-rated  adalah :

  • 30% peserta mestilah pemain-pemain yang ada FIDE rating
  • bayar yuran sebanyak 400 USD, hampir RM 1,500

Pada pandangan GiLoCatur, memang syarat-syarat di atas agak berat bagi kebanyakan pengajur chess tournament di negara ini kerana selalunya bajet yang kecil.

Berkenaan dengan syarat-syarat (requirement) nak mendapatkan FIDE rating yang selama ini GiLoCatur pun masih kurang jelas, berikut adalah kaedahnya.

  • Perlu berlawan dengan 9 pemain yang ada FIDE-rating.
  • 9 permainan tersebut dibahagikan kepada 3 kumpulan yakni 3 permainan untuk setiap kumpulan (grouping). 
  • Setiap permainan rated tersebut tak kan ada maknanya jika sekurang-kurangnya 1 point diperolehi dari 3 permainan kumpulan pertama, 1/2 point diperolehi dari 3 permainan kumpulan kedua dan 1/2 point dari 3 permainan kumpulan ketiga.

Contoh:

1) Katakan GiLoCatur bermain di dua kejohanan catur bertaraf FIDE-rated. Dalam kejohanan pertama GiLoCatur tak bertemu lansung pun dengan pemain FIDE-rated. Jadi tak ada norm pun yang GiLoCatur dapat. Kemudian dalam kejohanan kedua, GiLoCatur dapat lawan 4 orang pemain yang ada FIDE rating, tapi hanya dapat 1/2 point daripada ke empat-empat permainan tersebut. GiLoCatur masih tak dapat norm lagi sebab perlukan sekurang-kurangnya 1 point untuk 3 permainan kumpulan pertama. Point lawan pemain-pemain yang tak ada FIDE rating tak kira.

2) Kemudian GiLoCatur bermain dalam kejohanan bertaraf FIDE berikutnya. Dalam kejohanan tersebut GiLoCatur bertemu dengan 5 orang pemain yang ada FIDE rating. Dapat 1 1/2 point pula dari 5 permainan tersebut. Baru GiLoCatur dapat norm rating. GiLoCatur hanya perlukan 4 FIDE-rated games lagi dan score 1/2 point untuk lengkapkan norm dan dapat rating FIDE.

3) Atau katakan GiLoCatur sertai satu kejohanan FIDE-rated. Dalam kejohanan tersebut GiLoCatur lawan 9 orang pemain yang ada FIDE rating dan score 2 point. Ini bermakna GiLoCatur dah cukup norm untuk dapat FIDE rating sebab 1 + 1/2 + 1/2 = 2.

Begitulah lebih kurang macam mana nak dapatkan FIDE rating. Ada faham ke? hehehe Harap tidak confuse.

So, sekarang bila dah faham macam mana nak dapat norm FIDE rating, bolehlah GiLoCatur merancang untuk dapatkan FIDE rating untuk anak-anak. Semoga anak-anak GiLoCatur berjaya dapat FIDE-rating dalam jangkamasa DUA tahun. Wish me and my children luck!


No comments: