Monday, July 28, 2008

Chelsea Datang ke Malaysia

Pemain-pemain Chelsea telah tiba di Malaysia semalam. Ya! ini cerita benar. Pasukan Chelsea akan menentang pasukan Malaysia malam esok. Aku tak tahu apa perasaanku sebenarnya. Gembira ada. Sedih pun ada hehehe ..

Sebenarnya aku meminati pasukan Chelsea di antara faktor utamanya ialah kerana Jose Maurinho. Aku kagum dengan kehebatannya sebagai seorang pengurus. Tambahan pula beliau memiliki karekter yang menarik. Taktik dan strateginya hebat dan menyengat. Analisa permainanan pasukan lawan bagus.

Tetapi semenjak ketiadaannya, minatku terhadap Chelsea agak berkurangan walaupun masih ramai lagi pemain-pemainnya yang aku minati terutamanya Didier Drogba. Walau bagaimanapun aku masih peminat Chelsea. Sekurang-kurangnya Luis Felipe Scolari merupakan di antara 'coach' yang aku minati.

No comments: