Sunday, April 12, 2009

NAG 2009 ... Dari Kacamata GiLoCatur

NAG 2009 atau National Age Group telah pun berlalu. Pemenang-pemenangnya telah pun diketahui. GiLoCatur ingin ucapkan tahniah kepada semua pemenang-pemenang. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, terus berusaha dan cuba lagi di tahun-tahun mendatang. Berikut adalah beberapa pemerhatian, pandangan dan perkara-perkara yang ingin dikongsi sama oleh GiLocatur:

  • GiLoCatur "tabik spring" kepada seorang pencinta catur dari Raub, Pahang. Dalam serba kekurangan dan penuh cabaran beliau telah berjaya melatih anak saudaranya dengan penuh semangat, tabah dan rajin. Walaupun anak didiknya kurang pendedahan dalam pertandingan catur, hanya sertai dua pertandingan sebelum menyertai NAG 2009 iaitu di Kuantan dan Seremban, beliau telah berjaya mendapat 5 point dan mendapat tempat ke 13 bagi kategori U10B. Pencinta catur tersebut terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri iaitu untuk duit minyak, tol, penginapan dan lain-lain lagi walaupun bukan untuk anaknya sendiri. Menurutnya lagi seorang lagi anak didiknya telah berjaya mewakili negeri Pahang dalam kejohanan MSSM baru-baru ini. Beliau terpaksa berhadapan dengan kerenah ibubapa di kawasan kampung dan pendalaman yang masih belum celik tentang faedah-faedah dan kebaikan bermain catur. Ibubapa yang masih belum "supportive" untuk anak-anak mereka terlibat dengan catur. Begitu juga dengan guru-guru sekolah yang masih belum terbuka untuk menerima sukan catur di kalangan murid-murid mereka. Walaupun pada hakikatnya beliau mengajar dan melatih catur secara percuma yakni tanpa bayaran. GiLoCatur berharap pencinta catur tersebut tidak akan lemah semangat dan meneruskan usaha-usaha beliau demi kemajuan catur di negara ini. Orang-orang yang sebeginilah yang amat diperlukan untuk memartabatkan sukan catur di negara ini. 
  • Berkenaan dengan "dispute" dan beberapa keputusan kontroversi sewaktu NAG2009, memang merupakan lumrah dan adat pertandingan. Tetapi ini tidak seharusnya dijadikan sebagai alasan untuk tidak diperbaiki dan diberi perhatian. Seharusnya ada "post mortem" yang dilakukan supaya dapat diperbaiki dan dielakkan daripada berlaku di masa-masa hadapan.
  • Memang tidak dapat dinafikan ibubapa mana yang tidak "protective" terhadap anak-anak mereka terutamanya yang masih kecil dan "vulnerable". Bukan sedikit-dikit masa, tenaga, wang dan sebagainya telah dikorbankan dan dibelanjakan agar anak-anak mereka berjaya dalam bidang yang diminati walaupun sebahagian daripada mereka tidak tahu tentang catur dan undang-undang, peraturan dan etika pertandingan catur. Setiap kali pertandingan ibubapa akan berkorban hari cuti dan santai mereka di tempat-tempat pertandingan yang sebahagiannya masih banyak kekurangan. Apakah ibubapa akan berdiam diri jika dirasakan anak-anak mereka terlibat dalam sebarang "dispute" dan keputusan  kontroversi. Adakah anak-anak mereka yang "vulnerable" akan dibiarkan begitu sahaja. GiLoCatur tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan ibubapa tidak wajar terlibat, biarkan anak-anak mereka yang bermain yang membuat keputusan sedangkan anak-anak tersebut terutamanya yang masih di bangku sekolah rendah tidak tahu apa-apa. 
  • Apa yang sangat membimbangkan GiLoCatur ialah adanya "gap" di antara pelaksana pertandingan dengan pihak ibubapa. Kedua-dua pihak perlu bekerjasama supaya kemajuan catur di negara ini dapat berkembang baik. GiLoCatur amat tidak bersetuju jika pihak ibubapa di'secluded' sewaktu pertandingan. Usaha-usaha mereka menggalakkan dan support anak-anak mereka bermain catur dan menyertai pertandingan perlu dihargai. Pihak "organizer" dan pelaksana-pelaksana pertandingan catur harus menghormati ibubapa jika tidak catur di negara ini tidak akan ke mana. GiLoCatur kerap perhatikan kebanyakan (bukan semua ya!) pelaksana-pelaksana pertandingan catur di negara ini apabila meminta para ibubapa beredar dari "tournament venue", mereka lakukan dengan agak kasar, muka mencuka dan tidak berhemah. Apakah mereka tidak boleh senyum dan lakukan dengan secara "friendly"? Memang tidak dinafikan sebahagian ibubapa memang degil dan suka melanggar peraturan.  Tetapi tidak semua. Apa yang perlu ialah "rules" dan "etika" pertandingan perlu sentiasa diperingatkan agar ia menjadi sebati dan budaya. 
  • Berkenaan dengan pemain-pemain catur yang perlu patuh pada peraturan-peraturan pertandingan terutamanya FIDE "rules" seperti dress code, jangan membawa telefon bimbit, minta kebenaran ke tandas dari arbiter dan sebagainya memang wajar di patuhi. Tetapi dari segi implementasi perlu dilakukan dengan adil dan hikmah. Sebagai contoh, jika peringatan boleh diberikan kepada pemain-pemain yang tidak memakai dress code pada hari pertama seperti memakai selipar, kenapa tidak diberikan peringatan juga kepada pemain-pemain yang tidak meminta kebenaran ke tandas? Jika pemain-pemain sedang terdesak untuk ke tandas, sedang pressure bermain catur, sedang nervous untuk memenangi game dan sudah kepenatan melalui round demi round atau pemain-pemain yang masih baru dalam pertandingan dan masih belum dapat membudayakan "rules" dan "etika" pertandingan, sudah tentu mereka akan terlupa untuk meminta keizinan arbiter.
  • GiLoCatur amat bersetuju tentang "rules" dan "etika" pertandingan catur yang ingin diimplementasikan. Tetapi implementasi tersebut amat penting dan perlu dilakukan dengan berhemah dan adil. Permainan catur memang merupakan satu bidang sukan yang mengajar disiplin dan peraturan kepada pemain-pemainnya.
  • Berkenaan dengan "appeal" apabila berlaku sesuatu dispute dalam NAG2009, "appeal" GiLoCatur sendiri telah ditolak mentah-mentah. Apatah lagi jika anak-anak yang kebanyakannya masih belum "matured" dan berakal membuat "appeal", apakah akan dilayan? Setahu GiLoCatur, tidak ada proses "appeal" dalam NAG 2009.   

Saturday, April 11, 2009

Doeberl Cup Update

GM Dimitri (FIDE 2560) yang sangat "colorful".
Gemar bermain Sicilian tidak kira buah "putih" atau "hitam"


IM Mas telah seri dengan GM Kunte Abhijit dari India. Satu keputusan yang agak baik. Dalam pusingan berikutnya, Mas akan bertemu "top seed" GM Dimitri Reinderman dari Belanda. Deep Sengupta yang telah menewaskan Mas di pusingan ke 4,  meneruskan kemaraan beliau dengan memenangi kesemua pusingan setakat ini. WGM Eesha Karavade yang berjaya ditewaskan Mas juga meneruskan kemaraan dengan memenangi pusingan ke 5 dan akan bermain di papan ke 4 dengan 4 mata.

Semoga semua rakyat Malaysia sama-sama mendoakan kejayaan IM Mas. Best of luck MAS!

Keputusan Terkini Mas Hafizul Di O2C DOEBERL Cup

Bobby Cheng

WGM Eesha Karavade 
sertai Kejohanan DATMO tahun lepas. Gemar bermain King's Indian (putih) dan Sicilian (hitam)

IM Sengupta Deep
gemar bermain Sicilian opening (putih) dan French Defense (hitam)

Pemain catur negara, IM Mas Hafizulhelmi, telah tewas di pusingan ke 4 kepada pemain India, IM Sengupta Deep (FIDE 2466). Untuk pusingan ke 5, beliau akan bertemu dengan seorang lagi pemain catur dari India iaitu GM Kunte Abhijit (FIDE 2513) di papan ke 4. Walaupun beliau bertemu dengan pemain yang memiliki rating yang lebih tinggi kita doakan semoga beliau berjaya menang. 

GM Kunte Abhijit

Nampaknya pemain-pemain India telah menguasai permainan setakat ini di mana di papan utama dua orang pemain mereka bertemu sesama sendiri. Ada 6 orang pemain India dalam senarai Top 10 starting di kejohanan ini. Setakat ini Mas yang mendapat seeded tempat ke 13, telah menang 3 game menewaskan Bobby Cheng, Dujan Stojic dan WGM Eesha Karavade dan tewas 1. Moh kita doakan semoga Mas berjaya mendapat norm GMnya dalam kejohanan ini.


Friday, April 10, 2009

Shah Alam (MBSA) Chess Open on 26th April 2009

KEJOHANAN CATUR SHAH ALAM 2009
ANJURAN : MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM


TARIKH PERTANDINGAN : 26 APRIL 2009 (AHAD) 8.30 PAGI
TEMPAT PERTANDINGAN : DEWAN BOLA TAMPAR SEKSYEN 4 SHAH ALAM
KAWALAN MASA : 20 MINIT
FORMAT PERTANDINGAN : PERATURAN FIDE SWISS 6 PUSINGAN (Berdasarkan jumlah peserta)
MATA PEMUTUS : (1) SOLKOFF, (2) S/B, (3) CUMULATIVE
YURAN PENYERTAAN : RM 10.00 (TERBUKA), RM 5.00 (BAWAH 12 DAN 15 TAHUN)
TARIKH TUTUP : 23 APRIL 2009 (Maksimum penyertaan 200 org)


SEBARANG PERTANYAAN :

BAHAGIAN SUKAN, JABATAN KORPORAT, MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
TELEFON : 03 – 55105133 EXT. 385, 391, 435 
FAKS : 03 – 55138513
Email : sukan@mbsa.gov.my
CONTACT : Hadi, Rina, Nazri, Faizal, Along


Perlis Open @Kangar on 25th April 2009

Berita baik kepada pencinta catur terutamanya di utara tanahair. Satu pertandingan catur rapid akan diadakan seperti maklumat berikut:




Untuk mendaftar, sila SMS atau call Syed Iskandar 017-4731678, En Nazli Johardi 019-4120130 atau Cikgu Marzuki 017-5611975. 

Maklumat lanjut sila ke laman blog http://syedchess.blogspot.com/

1st Pearl Point KL Junior Chess Championship 2009


Date:                    26th April 2009 ( Sunday)

Time:                    9 am to 6 pm

Venue:                 Level 2, Pearl Point Shopping Mall

                            5th Mile , Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur.

Organiser:    KLCA dengan kerjasama MSSKL.        

 

Objektif

1. Untuk pemilihan pemain ke Asean Age Group di Vietnam(6-15 Jun 2009). Pemain yang layak akan ditanggung sebanyak 80% perbelanjaan.

2. Pemilihan ke Asian School di Singapura.  (Julai 2009)

3. Pemilihan ke National Close.  (31 Mei- 4 Jun 2009)

4. Membentuk skuad KL Juniors ke Malaysian Chess Festival. (Ogos 2009)

 

Events:        

  • U-9 (boys & girls)
  • U-11 (boys & girls)
  • U-13 (boys & girls)
  • U-15 & U-20 (Open )

         

Format  :   6 or 7 Rounds Rapid play (25 minits each). Must be here before 9.30 am.

Entry fee:        

  • RM 10 For under-9, 11 & 13.  
  • RM 15 For under-15 & under-20
  • RM 25 for Non KL students.

Closing date: 24rd of April2009 (Friday). Maximum number of players per age category will be 80 players.

Untuk sebarang pertanyaan dan pembayaran, sila hubungi:    

  • Rezal 013-3641001  
  • Azwan 019-2788471 
  • Pn Zuraidah Wazir  017-6930519 
  • Ustaz Rahman 019-2526121 
  • En. Khairil Helmi 013-3455849  
  • En Suhairi Hussin 012-3631591


Tuesday, April 7, 2009

7 April - A Historic Day

Hari ini 7 hb April, merupakan satu hari yang bersejarah terutamanya kepada diri GiLoCatur. Selain dari hari mengundi bagi 2 Bukit dan satu Batang iaitu Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air, hari ini juga merupakan hari kelahiran GiLoCatur. Ya! Happy birthday to me. Semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan merahmati perjalanan hidup. Semoga cita-cita GiLoCatur membentuk ketiga-tiga anak sebagai genius catur dan GrandMaster akan tercapai. Sudah pastinya jalan-jalan yang berliku dan pelbagai cabaran dan onak ranjau yang bakal dihadapi. 

Kepada semua pengundi yang mengundi pada hari ini, SELAMAT MENGUNDI! Undilah dengan bijak. GiLoCatur akan menunggu keputusan pilihanraya pada malam ini. Sebagai seorang warga negara ini kita perlu prihatin dengan segala perkembangan yang berlaku. Tidak boleh prihatin hanya kepada satu-satu perkara sahaja seperti catur atau EPL. Harap semua pemain-pemain catur di negara ini juga begitu. 

Sunday, April 5, 2009

Pearl Point National Age Group Update

Now GiLoCatur is at the Pearl Point shopping complex. Round 5 is underway. Below are the summary that GiLoCatur can provide:
  • U16B - Three players with 4 perfect score getting into Round 5. They are Syakir who beat Nabil in earlier rounds, Sumant and Evan Timothy. NM Edward Lee suffered a defeat in Round 4.
  • Under 16G - NWM Alia is the only player who is undefeated thus far. Currently she is playing againts Afifah Hanum on the first board. Latifah Kaiyisah is playing black on the second board againts Lynette Wong whereas Winnie is playing againts her state teammate, Intan Asirah, on the third board.
  • Under 14B - Yap Eng Chiam, the top favourite, is playing white on the first board againts Kiu Toh Shen. Both are the only perfect scorers left in this age-group getting into Round 5. On the second board, Wong Jian Wen and Elgin Lee from Penang are competing againts each other. Fikri, GiLoCatur's son is playing black on Board 8 againts Lim Jing Hong.
  • Under 14G - Hoh Tjin Li is leading her age-group with the perfect score of 4 points. She is right now playing againts Amira Syahmina, with 3.5 points,  on the top board. The other 3.5 pointers are Dhanusya Chandran from Selangor and Laila Husna, the daughter of Cikgu Sahadi from Kelantan. They are playing on the second board.
  • Under 12B - Three players with perfect 4 points. The defeniding champion, Tan Wei Hao is playing againts Shreyes on Board 1. Roshan Singh is playing white againts his state teammate, Irfan Haqqim who has 3.5 points on Board 2.
  • Under 12G - The defending champion, NJM Nur Nabila is playing white againts her strongest rival, Tan Li Ting, on the top board. They both have perfect scores. GiLoCatur's daughter, Anis is playing white on Board 7 againts Nursyahirah Zilkifli.
  • Under 10B - Four players with the perfect score - Yeoh Li Tian, Sirajuddin, Tan Yong Zhao and Aziz Farhan. Li Tian, the defending champion and the top  favourite, is playing againts the Kedahan takent, Sirajuddin on th etop board while Yong Zhao plays white againts the KL champion, Aziz Farhan.
  • Under 10G - Nur Najiha, Azman's daughter and the defending champion, is playing white on Board 1. She won all her previous rounds. Her opponent is Nurul Aina Akmar, the daughter of Cikgu Rohizan. While on Board 2, Nurulhana Syuhada and Nithyalaksmi Sivanesan from Seremban are playing each other on Board 2. On Board 5, two GiLoCatur's favourite players for this age-group, Kelly and Puteri Rifqah, are currently battling againts each other. 
  • Under 8B - Two Hamzahs are leading this age-group on the top board. They are Danish and Amier. They won all their previous rounds along with Ng Jen Sheng who plays Wong Yinn Long on Board 2.
  • Under 8G - Teh Ming Min is the perfect scorer so far. She upset Puteri Munajjah yesterday. She plays againts Teh De Zen. 

SKBJ players results so far:
  • U12B - Aminur Nirza (3), Irfan (2), Arif (2)
  • U12G - Anis Fariha (2.5), Aina Farzana (2)
  • U10B - Ihsan (2)
  • U10G - Nur Faqihah (2.5)
  • U8B - Faqih (2), Ilham Qayyum (1)

For the complete Round 5 pairing list, can go to Marcus Yeoh's blog.




Friday, April 3, 2009

Pearl Point National Age Group

Tomorrow most Malaysian top junior chess players will participate in the National Age-Group will be held at Pearl Point shopping mall on Jalan Kelang Lama. There are five age groups for each boys and girls meaning has 10 categories. Based on the players list displayed at http://malaysianchessfederation.blogspot.com/ , below are the summary :

  • U8 Boys - 34 participants 
  • U8 Girls - 18 participants
  • U10 Boys - 67 participants
  • U10 Girls - 28 participants
  • U12 Boys - 80 participants 
  • U12 Girls - 35 participants
  • U14 Boys - 74 participants
  • U14 Girls - 36 participants
  • U16 Boys - 67 participants
  • U16 Girls - 28 participants

What can GiLoCatur say or observe based on the above numbers:
  • Boys are more than Girls,  322 to 145, it is about double. Malaysian parents should encourage their daughters to play chess. Girls also can excel and benefit from playing chess.
  • Age-groups of U12 and U14, players aged between 11 to 14 years old, are the most participants meaning that they are the ones shall be developed and trained to be future Malaysian chess greats.
  • Girl players tend to decrease for the upper secondary, 16 years old and above. Is it because they tend to focus more on studies and the SPM exam preparation? Because it is a common perception that the entry for boarding schools, colleges or universities for girls are tougher and tight for girls since they have better results.

Who are GiLoCatur's favourites to win the age-groups??

  • U8 Boys - GiLoCatur picks Amier Hamzah from KL. 
  • U8 Girls - Puteri Munajjah has the edge to be the champion for this category.
  • U10 Boys - Yeoh Li Tian shall be the obvious champion. His main challenger shall be Aziz Farhan. Sirajuddin from Kedah may make upset provided that he is on-form.
  • U10 Girls - Is either Puteri Rifqah or Nur Najiha shall lead this category. Kelly is also a strong player and may make upset 
  • U12 Boys - Irfan Haqqim has better chance to be the champion for this section but he has may tough challengers like Faizan Roslan, Daniel Iskandar, Roshan and Shreyes.
  • U12 Girls - NJM Nabila is the favourite. Her challengers shall be the Kedahan girl, Fairuz Hamizah and Tan Li Ting
  • U14 Boys - Yeap Eng Chiam is the favourite to win this age-group. He is the individual champion for U15 Boys in the recent MSSM tournament. Elgin Lee shall be his closest rival.
  • U14 Girls - Vickie Hong Wee Ki shall win this category. Her toughest opponents shall be Sarika Subramaniam from Pahang and Amira Syahmina from Selangor.
  • U16 Boys - This section has many strong players who can be the champion. Nabil, Syakir, Sumant, Izz Shaifudin, and Evan Timothy from Penang. (GiLoCatur : Did not notice earlier that NM Edward Lee is participating. Surely, he is one of the favourites.)
  • U16 Girls - Alia Anin Azwa shall be the favourite to win this section. 
GiLoCatur's eldest son, Fikri, and daughter, Anis Fariha, will also participate in the tournament. Fikri will play in U14 category while Anis Fariha will play in U12 category along with few of her Selangor MSS team mates - NJM Nabila, Ee Sun-Xin, and Chew Ee Wen.

Several Anis's SKBJ school mates will also participate in the tournament. They are :

  • U8B - Faqih. Ilham Qayyum (pre-schoolers)
  • U10B - Ihsan Syahiran, Afiq Jamil
  • U10G - Nur Faqihah
  • U12B - Aminur Nirza, Irfan Rendrawan, Arif Jamil, 
  • U12G - Aina Farzana 

Anyway, BEST OF LUCK to all particpants in the National Age-Group tomorrow!! 

Wednesday, April 1, 2009

Benko Gambit


Bersempena dengan thematic NMCC blitz tournament minggu ini (6/09)  anjuran Hairulov and the gang, GiLoCatur membuat research dan ingin berkongsi info tentang opening Benko Gambit.

Tentang Benko Gambit:
  • Benko Gambit adalah opening yang ditentukan oleh pergerakan buah berikut 1.d4 Nf6 2.c4 c5 3.d5 b5, di mana karekter terpentingnya ialah pergerakan b5.
  • Nama asalnya ialah Volga Gambit yang lebih popular di Rusia.
  • Di penghujung tahun 1960an, seorang Grandmaster berasal dari Hungary bernama Pal Benko mula mempopularkan dan mengkaji secara mendalam tentang opening ini. Pada tahun 1974, beliau yang menetap di Amerika Syarikat telah menulis sebuah buku yang diberi judul The Benko Gambit.  
  • Menurut Encyclopaedia of Chess Openings, ada 3 kod untuk opening ini iaitu A57, A58 dan A59.
  • Menurut statistik chessgames.com, dari 2096 permainan yang ada dalam pengkalan data mereka dari tahun 1922 sehingga 2009, buah putih menang 41.9%, buah hitam menang 30.2% dan selebihnya seri.
Dua game berikut yang berkaitan dengan Benko Gambit, menarik minat GiLoCatur. 


  1. Judith Polgar - klik di sini
  2. Anatoli Karpov - klik di sini
Selain itu beberapa game Korchnoi yang berkaitan dengan Benko Opening boleh dikaji secara mendalam dengan klik pada link ini.

Happy studying and analyzing Benko Gambit opening!