Friday, August 26, 2016

MASUM 2016 - Part 5 (Pemenang Kategori Lelaki)

Jumaat, 26/8/2016

Berikut adalah para pemenang Kejohanan Catur MASUM 2016 bagi kategori Lelaki Individu dan Lelaki Berpasukan.

Acara Individu

Dari kiri Fikri, Nabil dan Azfar
Nabil dari pasukan UiTM telah mengungguli kategori Lelaki Individu. Dengan lima (5) kemenangan  dan dua (2) seri, Nabil mengumpul 6/7 mata. Dengan ini beliau telah dinobatkan sebagai Juara dan mendapat Pingat Emas. Pingat Perak berjaya dimenangi oleh rakan sepasukan Nabil iaitu Fikri. Fikri juga mengumpul 6/7 mata. Malah seorang lagi rakan sepasukan mereka juga mengumpul 6/7 mata. iaitu Ali Chor. Tetapi Pingat Gangsa diberikan kepada Ahmad Azfar dari pasukan UIA yang memperoleh 5.5/7 mata. Ini adalah kerana satu pasukan hanya dibenarkan memenangi dua pingat.

Top 10 Final Ranking
Klik sini untuk senarai penuh


Acara Berpasukan


Pememang acara Berpasukan
Pasukan UiTM sekali lagi berjaya memenangi Pingat Emas dalam acara Berpasukan. Dengan 23 mata, pasukan UiTM meninggalkan jauh di belakang pasukan UKM yang berjaya memenangi Pingat Perak. Pasukan UKM berjaya mengumpul 17.5 mata. Pingat Gangsa menjadi milik pasukan UIA yang berjaya mengumpul 16.5 mata. 




Sekalung tahniah dari GiLoCatur kepada semua pemenang Kejohanan Catur MASUM 2016. Sehingga bertemu lagi di Edisi 2017.

No comments: