Wednesday, August 24, 2016

MASUM 2016 - Part 3


Rabu, 24/8/2016, 9:30 AM 

Sekarang sedang berlansung Pusingan Kelima Kejohanan Catur MASUM 2016 di Universiti Sultan Zainal Abidin ie UniSZA. Kejohanan sudah menghampiri ke kemuncaknya.

GiLoCatur kongsikan gambar-gambar Pusingan Kelima kejohanan di sini. Bukan GiLoCatur yang jadi jurugambarnya. Gambar-gambar ini adalah milik Tuan Prof Dr Nass Siro, jurulatih pasukan UTM. GiLoCatur hanya muatturun dari mukabuku beliau. GiLoCatur mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada beliau kerana berkongsi gambar-gambar Kejohanan Catur MASUM 2016 dengan komuniti catur Malaysia terutamanya ibubapa atlit-atlit sukan catur yang menyertai.

Jurugambar Tersohor Malaya - Tuan Prof Dr Nass Siro (kanan)

LELAKI

Pairing R5 kategori Lelaki

Meja Utama - Nabil (UiTM) vs Ilyas (UTM)

Meja Kelima - Fikri (UiTM) vs Nurnazmi (UMK)

Meja Ketiga - Ali Chor (UiTM) vs Mubin (UniMAP)

Meja Keempat - Jin Yi (UniMAS) vs Jun Feng (UKM)

Meja Kedua - Azfar (UIA) vs Hooi Chin (UUM)



PEREMPUAN

Dalam kategori Perempuan, Nabila (UiTM) dan Alia (UM) terlalu unggul untuk dicabar. Di Pusingan Kelima mereka berdua yang menang ke semua permainan setakat ini, bertemu sesama sendiri. GiLoCatur percaya pemenang match up ini, akan muncul sebagai Juara di akhir pusingan. Apa-apa pun kita tunggu sehingga pusingan terakhir selesai esok.

Pairing R5 kategori Perempuan

Kategori Perempuan 1

Meja Kelima & Keenam

Meja Utama - Meja Keempat

Kategori Perempuan 4

SELAMAT BERTANDING kepada semua peserta Kejohanan Catur MASUM 2016.

No comments: