Tuesday, August 23, 2016

MASUM 2016 - Part 2


Dua pusingan Kejohanan Catur MASUM 2016 telah pun selesai hari ini (Isnin, 22/8/2016). Dua pusingan lagi akan berlansung esok (Selasa, 23/8/2016). 

Seramai dua belas (12) pemain dari sejumlah 51 orang peserta bagi kategori Perempuan masih mengekalkan mata penuh 2/2. Mereka adalah seperti pairings Pusingan Ketiga di bawah.

Pairings Pusingan Ketiga kategori Perempuan
Klik di sini untuk pairings penuh

Apa yang menarik bagi GiLoCatur dalam pairings di atas adalah pemain-pemain di Papan Utama dan Papan Kedua.

GiLoCatur yakin nama Nur Nabila Azman Hisham dan Alia Anin Azwa Bakri adalah nama yang tidak asing lagi di kalangan komuniti catur Malaysia. Selain kerap menjadi Juara di Kejohanan MSSM, kedua-dua mereka pernah menjuarai Kejohanan Catur Kebangsaan dan mewakili negara di Kejohanan Catur Olimpiad. Alia merupakan Juara Kebangsaan pada tahun 2008. Manakala Nabila pula telah menjadi Juara Kebangsaan sebanyak empat kali iaitu Edisi 2011, 2013, 2015 dan 2016. Hujung bulan ini, Nabila dan Alia akan terbang ke Baku, Azerbaijan untuk menyertai Kejohanan Catur Olimpiad kali ke 42.

Di antara fakta menarik yang mungkin ramai tidak tahu ialah Nabila, Alia dan Nur Munirah Mat Rahim, lawan Alia di Pusingan Ketiga esok, merupakan Juara MSSM Edisi 2009 acara Individu. Nabila adalah Juara bagi kategori P12 sementara Alia pula adalah Juara bagi kategori P15. Manakala, Munirah adalah Juara bagi kategori P18. Klik di sini untuk entri penuh.

Nabila (kiri), Alia (atas) dan Munirah (bawah)
Gambar2 dari fb muicc uitm

Anda boleh mengikuti perlawanan Pusingan Ketiga mereka secara lansung di http://broadcast.kedaicatur.com/

No comments: