Thursday, October 6, 2011

UPSI Chess Open and Pilgrimage Season (Musim Haji)

Minggu lepaih GiLoCatur bawa anak-anak, Anis dan Fahim, menyertai NRCC di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh. Kurang dua minggu lagi Insya Allah GiLoCatur akan bawa anak-anak menyertai Kejohanan Catur Terbuka UPSI di Tanjung Malim pula. GiLoCatur dan anak-anak tidak menyertai edisi tahun lepas kerana GiLoCatur dan isteri menunaikan fardhu Haji di Mekah. Kejohanan catur di  UPSI merupakan salah satu pertandingan catur tempatan yang seboleh-bolehnya GiLoCatur dan anak-anak sertai. Jika edisi-edisi yang lepas time control permainan ialah selama 45 minit (G/45), edisi kali ini time controlnya adalah 60 minit (G/60) bersamaan satu jam.

Tarikh tutup ialah pada 12hb Oktober iaitu kira-kira lagi seminggu. Mengikut info seperti di bawah, penyertaan adalah terhad HANYA kepada 250 orang. Mike (kamu, dialek Perak) udah daftar ke? GiLoCatur sudah daftar. GiLoCatur pun sudah booking tempat bermalam di KALUMPANG RESORT.  Sambil main catur, have a weekend gateway. Meraikan Fikri yang telah usai peperiksaan PMRnya. 

Ada berani nak lawan GiLoCatur? Fauzi Ahim, Karl Zam dan Zullghafari dari Muor dengor khabornya akan turut serta. Tak sabor rasenya nak kerojekan deme. Angin sepoi-sepoi juga mengatakan Ng6 akan turut serta sambil membawa kamera digital Canonnya. Geng-geng Bilut dan 17ChessClub, amacam? Geng-geng Limau Bali dok tunggu tu kat Tanjung Malim. Nak test power pemain2 17ChessClub dan Bilut kata deme. Pemain2 elit negara lak cam mana? GiLoCatur yakin Ian Udani yang pernah merasai nikmat bergelar juara dan dapat cash prize SERIBU RINGGIT juga akan turut serta. Tak putih mata ke kalau Ian menang lagi?

Info terperinci UPSI Open

Let's forget  about UPSI Chess Open for a while. Next, GiLoCatur would like to talk about is Musim Haji.

GiLoCatur terasa sangat syahdu bila musim Haji datang lagi. Penerbangan pertama jemaah Haji Malaysia bagi musim 2011 adalah pada 29hb September lalu. Salah seorang daripada 28,000 rakyat Malaysia yang bakal bergelar Haji tahun ini ialah Sdra Radzuan Abdul Rahman, school mate GiLoCatur. Amat sayang sekali GiLoCatur tidak dapat berjumpa beliau di TH Kelana Jaya pada malam 1 Oktober lalu kerana berada di Tronoh. GiLoCatur mendoakan agar Sdra Radzuan dan isterinya beroleh Haji Mabrur.

GiLoCatur di luar Masjid Nabawi bertentangan makam rasulullah

Memandangkan baru semusim berlalu, ingatan GiLoCatur terhadap Baitullah, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi masih kuat lagi. GiLoCatur akan sentiasa cuba Insya Allah untuk ingat, mendekatkan hati dan mengikuti musim-musim Haji agar sentiasa dekat padaNYA. Salah satu carannya ialah dengan mengikuti blog Profesor Muhd Kamil Ibrahim, KEHIDUPAN RINGKAS TAPI SIGNIFIKAN atau singkatannya KRTS. Beliau merupakan penulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Allah telah mengabulkan hajatnya yang mahu dekat dengan Baitullah, Mekah dan Madinah setelah mendapat tawaran menjadi salah seorang tenaga pengajar di sebuah universiti di Madinah. Ini bermakna Prof Kamil telah berhijrah dari Malaysia ke KSA (Kingdom of Saudi Arabia).

http://muhdkamil.org/blog/

Kepada pembaca-pembaca Muslim Blog GiLoCatur, lawatilah blog Prof Kamil tersebut (seperti link di atas) agar sama-sama dapat mengikuti kisah kehidupan beliau di bumi Madinah AlMunawarrah. Semoga kita semua akan setiasa teruja untuk menjadi tetamuNYA tidak kira sewaktu musim Haji atau ketika mengerjakan umrah.

".. I am ready to obey Your orders, O Allah .."

No comments: