GiLoCatur decided to take part in the nationally-rated NRCC (National Rapid Chess Championship) which was held during last weekend at the UTP. In the previous week, GiLoCatur played in one of the Insofar events at DATCC. By participating in the NRCC, GiLoCatur hopes to improve the national ratings. GiLoCatur's ratings stays at 1430 since GiLoCatur had not participated in any rated chess tournament.
So, berjaya ke GiLoCatur nak perbaiki ratings? Moh kite nengok prestasi GiLoCatur di NRCC. First, first round lagi GiLoCatur dah kena pair dengan Selangor state player dan the reigning Woman National Master. Kalau tak silap, ini dah masuk kali keempat GiLoCatur lawan Nabila. Berdasarkan rekod, GiLoCatur belum pernah menang lagi. Nampaknya, GiLoCatur masih belum mampu untuk menandingi kehebatan Nabila. Dengan mudah sahaja GiLoCatur dikerojekan oleh Nabila setelah buat blunder dengan kehilangan satu piece. GiLoCatur menyalahkan keletihan setelah memandu hampir tiga jam dan kurang tidur sebagai penyebab kesilapan tersebut.
List of GiLoCatur's opponents at 2nd NRCC |
Di pusingan kedua, GiLoCatur bertemu dengan pemain unrated. Sayang sekali, permainan tersebut tidak dicapture. Permainan agak seimbang. Permainan berakhir dengan seri setelah GiLoCatur membuat check menggunakan pawn. Russidi Rashid, opponent GiLoCatur, terpaksa capture pawn tersebut. Jika tidak, GiLoCatur boleh queening dengan melarikan pawn jauh dari king.
GiLoCatur mengharapkan agar bertemu lawan yang ratingnya di antara 1500 dan 1600 untuk cuba dapat rating points. Tetapi, lawan GiLoCatur di pusingan ketiga adalah Wong Jian Wen yang memiliki ratings hampir 2000. Beliau merupakan seeded kedua dalam kejohanan ini. Bisik hati GiLoCatur setelah melihat pairing, "alamak, aku bakal dikerojekan lagilah ni .."
R3 - GiLoCatur vs Jian Wen |
Lihatlah posisi buah game kami seperti di atas. Sekali lagi, GiLoCatur membuat kesilapan dengan kehilangan satu piece di awal permainan. Selain itu, agak sukar bagi GiLoCatur untuk bertahan apabila pihak lawan ada tiga passing passed pawns.
GiLoCatur agak lega di pusingan keempat kerana lawan tidak hadir. Ini bermakna, GiLoCatur menang walk-over. Walaupun sebenarnya GiLoCatur lebih suka jika dapat bermain, dengan ketiadaan lawan dapatlah GiLoCatur berehat dan juga merakam aksi-aksi pertandingan.
Entry ini akan disambung nanti Insya Allah sebab mata dah mengantuk. Jam menunjukkan waktu hampir menjengah ke angka 4.30 pagi.
No comments:
Post a Comment