(foto background dari http://jyn13th.blogspot.com)
BERSEMPENA DENGAN KEDATANGAN SYAWAL BEBERAPA HARI LAGI, GILOCATUR INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN ATAU EIDUL FITRI BAGI TAHUN 2009 INI KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT TERUTAMANYA PEMAIN-PEMAIN DAN PEMINAT-PEMINAT CATUR. SEMOGA BERBAHAGIA DAN BERGEMBIRA DALAM RAHMAT DAN REDHA ALLAH SWT.
PANDULAH DENGAN SELAMAT. INGAT ORANG TERSAYANG. INSYA ALLAH, KITA BERSUA DI PERTANDINGAN-PERTANDINGAN CATUR SELEPAS HARI RAYA.
GiLoCatur dan keluarga akan pulang ke kampung esok pagi selepas subuh. Sejam yang lalu, GiLoCatur telah selesai membereskan segala urusan dan keperluan kucing-kucing GiLoCatur sekeluarga. Begitulah kebiasaan GiLoCatur bila pulang ke kampung atau bermalam di luar kawasan. Kami ada 12 ekor kucing Siam jenis soaked. Comel, siibu kucing, ada 8 ekor anak dari 3 generasi (batch). Brownie dan BB dari generasi kedua. Dua adik-beradik mereka telah mati. 3 ekor anak Comel dari generasi pertama semuanya mati sewaktu masih kecil. Comel, Brownie dan BB tidak dikurung di dalam kandang. Ini kerana kandang akan terlalu sesak. Tambahan pula Brownie dan BB tidak boleh berdekatan kerana mereka akan bergaduh. Mungkin disebabkan mereka telah menjadi kucing jantan dewasa. Tetapi GiLocatur sekeluarga tidak risau kerana mereka tahu untuk pulang ke rumah. Apa yang perlu GiLoCatur lakukan ialah dengan menyediakan makanan mereka di luar dan belakang rumah.
Labu, Putih dan Manja dari generasi ketiga. Labu dan Putih dikurung di dalam kandang bersama 3 ekor adik-adik mereka, Binky, Dinky dan Blackie atau GiLoCatur suka panggil Hitam sahaja. Manja, satu-satunya kucing betina selain ibunya, Comel, terpaksa ditinggalkan di dalam rumah. Ini dalah kerana Manja baharu sahaja beberapa hari yang lalu melahirkan 3 lagi anak kucing. (GiLoCatur belum pasti apa jantina baby-baby kucing tersebut).
Petang tadi, GiLoCatur sekeluarga berbuka di luar iaitu di BOB's Restoran di Seksyen 18. Kami terpaksa berbuka di luar kerana tidak sempat berbuka di rumah setelah mengambil Fikri dari asrama. Dalam bulan Ramadhan ini, GiLoCatur amat jarang berbuka di luar semenjak beberapa tahun yang lalu kerana lebih selesa berbuka di rumah. GiLoCatur hanya berbuka di luar sebanyak 3 kali sahaja termasuk petang tadi. Malam tadi GiLoCatur berbuka di sebuah hotel di Subang Jaya. Sebelum ini GiLoCatur berbuka bersama keluarga juga di Seksyen 18 sewaktu mengambil Fikri dari asrama. Petang tadi pengalaman kami berbuka agak mengujakan kerana hujan turun dengan lebatnya. Kami terkena tempias hujan.
Setelah berbuka kami bergegas ke kompleks PKNS. Setelah menunaikan solat maghrib di surau, kami berjalan-jalan dan window shopping. Nasib baik orang tidak terlalu ramai. Tidak banyak yang dibeli. GiLoCatur hanya beli kuih bahulu gulung dan sedikit dodol.
*** That's all folks! GiLoCatur really needs to go to bed now since have to drive back to hometown very early tomorrow morning. ***.
No comments:
Post a Comment