GiLoCatur is very happy when reading an article related to chess in a local Malay newspaper, Sinar Harian. The Minister of Youth and Sports has given a promise for chess in this country. He had officiated the ASTRO Merdeka Rapid Teams championship held in Mid Valley recently.
Datuk Ahmad Shabery Cheek
KUALA LUMPUR - Menyedari sukan catur kini semakin diminati ramai, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju untuk mengatur program pembangunan bagi memperkasakan sukan itu di negara ini.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, sebagai langkah awal membangunkan sukan itu, KBS akan berbincang terlebih dahulu dengan Persekutuan Catur Malaysia (PCM) bagi mengenal pasti langkah terbaik untuk merangka program pembangunan.
“Langkah awal yang perlu dibuat adalah untuk melahirkan seorang ‘grandmaster’ catur yang mempunyai potensi untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa,” katanya.
(This has become an important mission already! So, all young Malaysian chess players, work and practice hard to achieve the mission! The youth and sports ministry will help and assist you along the way. )
Beliau berkata, publisiti terhadap penganjuran sukan seperti itu perlu dipertingkatkan agar sukan catur dikenali oleh seluruh masyarakat di negara ini.
“Apa yang paling penting untuk memajukan sukan ini ialah dengan menarik orang ramai menonton sukan ini.
(Yeah, it is very very true to have publicity and attraction for more spectators. GiLoCatur hopes all Malaysian chess bloggers are united in creating publicity for local chess tournaments and events. Organizers may use their creativity and advertisement to attract more viewers for chess events.)
“Contohnya sukan boling dan kriket yang dahulunya dianggap membosankan kini mendapat tempat apabila perubahan daripada segi peraturan pertandingan dan tempoh masa diubah sesuai dengan penerimaan orang ramai,” katanya.
Ahmad Shabery berkata, pihaknya akan cuba menghulurkan bantuan daripada segi pencarian bakat dan sumber kewangan untuk membolehkan PCM menganjurkan lebih banyak pertandingan peringkat kebangsaan.
Beliau berkata, persatuan sukan tidak seharusnya mengambil sikap lepas tangan ekoran bantuan kewangan, sebaliknya perlu berusaha mencari penaja.
(The above reminder is very critical for all sports associations to look for their own sponsors for the development of the sports including providing the fund for selected players to participate in quality and world class tournaments and championships abroad).
Sementara itu, Presiden PCM, Tan Sri Ramli Ngah Talib menyambut baik kesediaan KBS untuk memperkasakan sukan catur di negara ini. “Saya harap usaha KBS untuk membangunkan sukan catur di negara ini akan mendapat sokongan semua pihak dan PCM sentiasa menyokong usaha ke arah ini dan kita juga harap mampu lahirkan seorang ‘grandmaster’ catur suatu hari nanti,” katanya.
(It is very important that all parties - players, parents, teachers, coaches, fans, bloggers, organizers, sponsors, arbiters, and associations, make contribution and efforts to promote and help develop chess in this country.)
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/com/content/story3709835.asp
No comments:
Post a Comment