Wednesday, August 26, 2009

Maghi Belajor Dialek Perak Yeop!


Setelah "jenuh" browsing dan surfing laman-laman blog catur tempatan, "teman" login sebentar ke facebook. Bukan selalu "bebeno" "teman" bukak facebook sebab sibuk dengan "mende-mende" lain dan tugasan-tugasan kerja. "Teman" lebih banyak spend masa ber"blogging" iaitu kemaskini blog dan visit local chess blogs terutamanya sekarang ini yang sedang berlansung DAT Malaysia Open dan AmBank Challenge di Hotel Cititel, Mid Valley.

Adalah seoarang rakan sekerja yang ajak "teman" buat Kuiz Bahasa Peghak. Jadi, out of curiosity, teman pun buat ler. Ada 20 soalan. Memandangkan bukan semua perkataan dan hanya sebahagian yang "teman" tahu jawapannya, "teman" tanya ler Mr Google. Sah, "teman" dapat resultnya >> "mike mmg betoi2 peghak sejati, A+" he he he ...

Berikut adalah di antara perkataan-perkataan yang ditanya dalam kuiz tersebut ...

Berikan maksud ayat ini: "Anak sape le yg meghebeh kat tgh2 padang nih?!!"

Maksud perkataan 'megholoh'..?

Berikan maksud ayat nih: "Teman nak gi nangkap brochat dalam dua tiga ekor"


Memang ketiga-tiga perkataan di atas, GiLoCatur tidak tahu maknanya. Mungkin perkataan-perkataan adalah dialek Perak Tengah walhal GiLoCatur lebih tahu dan faham dialek Perak Selatan. Perkataan pertama, maksudnya buang air atau berak bahasa kasarnya. Kalau dalam dialek Kampar, cighik. Buang air kecil dalam dialek/bahasa Kampar? konchong. Perkataan kedua, maksudnya tidur atau sleep dalam Bahasa Inggerisnya. Dalam dialek Kampar, loloq. Perkataan ketiga, brochat tu maknanya ikan haruan. Nak tahu apa dalam dialek Kampar? ikan bochek. he he he ...

Begitu ler serba sedikit tentang dialek Perak dan dialek Kampar.

teman = saya, mike = kamu, bebeno = sangat, jenuh = puas


2 comments:

Anonymous said...

ada yang lebih pekat , cebe cari maksud kejulong

GiLoCatur said...

teman dah cube cari dan tanya Mr Google. setakat ni tak jumpe lagi hehe .. nanti teman cube tanye yeop2 dan yong2 .. kot kot ade yang tahu ...