Wednesday, August 19, 2009

Cikgu Ahmad Fuad, Penggiat Catur di Kedah


Berikut adalah petikan berita tentang catur di Kedah yang ditulis oleh Cikgu Ahmad Fuad, seorang guru dan juga penggiat catur terutamanya di sebelah utara. Selain dari anak-anak beliau - Fairuz Hamizah dan Sirajuddin, yang juga merupakan pemain-pemain catur junior yang hebat di negara ini dan boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi, Cikgu Fuad juga membimbing dan mendidik anak-anak murid beliau cemerlang dalam catur.

GiLoCatur juga ada bertemu beliau sewaktu ASAT 2009 di Kuala Lumpur di mana beliau merupakan guru pengiring bagi pemain-pemain catur Negeri Kedah. Di bawah pengawasan dan bimbingan beliau, pemain-pemain catur Negeri Kedah telah mendapat kejayaan cemerlang.

Diharap Cikgu Ahmad Fuad akan terus memberi sumbangan dan bakti terhadap kemajuan catur di negara ini.


Ditulis oleh Ahmad Fuad b Othman
SUNDAY, 09 AUGUST 2009 06:24

Seramai 4 orang pelajar SMKTJ dipilih untuk menyertai Pertandingan Catur Rapid Kedah Open Siri 3 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 15 Ogos, 2009 Hari Sabtu

Tempat: Pejabat FAMA, Jalan Yan, Guar Cempedak, Kedah.

Mereka ialah Muhammad Darwis b Mohd Sabri, Meor Abdul Aziz b Ishak, Mohd Al-Hakimi b Adnan dan Muhd Hafiz b Zaabar. Pemilihan mereka adalah berdasarkan pencapaian dalam Pertandingan Catur Tertutup SMKTJ 2009 yang adakan pada 1 Ogos, 2009 di Kantin Sekolah dengan disertai oleh 56 orang peserta.


Sumber : http://smktj.com


No comments: