Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia
PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 42 (GiLoCatur: 40 sebenarnya), disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.
Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.
Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.
Dia menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.
Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.
Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.
Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.
Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.
Thursday, August 13, 2009
ASRI, Vokalis Kumpulan Rabbani, Telah Meninggal Dunia
Ustaz Asri, Vokalis Kumpulan Rabbani.
GiLoCatur agak terkejut bila mendapat tahu tentang berita kematian Sdra Asri dari Kumpulan Rabbani. Innalillahi wainna ilaihi rojiu'n! Begitulah, ajal maut di tangan tuhan. Mengikut tarikh lahir beliau, Allahyarham junior setahun GiLoCatur. Ini bermakna beliau baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-40. Semoga beliau berada di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat rahmat Allah di alam barzakh. Bagi kita semua yang masih hidup semoga mengambil ikhtibar dan peringatan terhadap peristiwa kematian ini di mana ia tidak megira usia. Marilah sama-sama kita membuat persiapan untuk bekalan di hari akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment