Monday, March 30, 2009

Monday Blues

Berikut adalah beberapa info atau berita catur yang ingin GiLoCatur kongsi bersama. Semoga ia memberi manafaat dan semangat kepada pemain2 dan pencinta catur di samping ibubapa di negara ini.  

"There's been an explosion of interest, many more kids are playing," said Weeramantry, whose group provides chess instruction in more than 70 schools.
"Schools are seeing a variety of academic benefits from chess," Weeramantry said. "Particularly, increased concentration and critical-thinking skills."
sumber : http://susanpolgar.blogspot.com/2009/03/theres-been-explosion-of-interest.html
Catur sedang "booming" di serata dunia termasuklah di USA. Sememangnya dengan bermain catur anak-anak kita dapat faedah dari segi akademik di mana ia boleh menambah konsentrasi dan kemahiran berfikir secara kritis. Di Malaysia juga catur sedang "booming". GiLoCatur observe semakin ramai ibubapa dan anak-anak mereka yang mula menyertai pertandingan catur terutamanya semasa MSSM baru-baru ini. Diharap perkembangan sihat ini akan berterusan. Dan diharap juga kepada mereka yang telah terlibat sama-sama mempromosi dan memberi galakan dan berkongsi pengalaman dengan ibubapa dan anak-anak yang baru berjinak-jinak dengan catur.

sumber : http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news_sports.php?id=400092
Berita dan info mengenai Malaysian Open Ogos tahun ini ada disiarkan dalam laman blog Susan Polger seperti link di atas. GiLoCatur harap coverage tentang pertandingan catur tersebut ada dibuat bagi mempromosi Malaysia dan catur ke peringkat antarabangsa. Diharap ia dapat menarik minat ramai GM2 untuk menyertainya. Justeru itu semua pihak harus memain peranan tidak kira pemain2 catur, organizer, dan media. Di kalangan pemain2 catur sendiri diharap beramai-ramai sertai supaya ia jadi satu pertandingan yang berjaya.

Saturday, March 28, 2009

Ismail Ahmad in Malaysian Book of Records



All the pictures are courtesy of Pn Rosimah Mohamad of SKBJ.

Yesterday was a successful feat of creating a MBR for the Most Simultaneous Chess Opponents by former World Police Chess Champion, Ismail Ahmad. His statistics playing simul chess againts 120 opponents is +90, =21, -9. Congratulation to him for his very gruelling efforts of playing 10 hours chess. The event was held at Markas Briged Tengah, PGA Cheras in conjuction with the national police day celeberation.

My daughter, Anis Fariha, along with several his SKBJ Chess Club teammates were among the 120 chess players participated.


Thursday, March 26, 2009

Ismail Ahmad Simul Chess

Bersempena dengan sambutan Hari Polis Kebangsaan, Sarjan Ismail Ahmad sedang cuba memecahkan rekod (Malaysian Book of Records) dalam Penyertaan Teramai Chess Simul di Markas Briged Tengah, Taman Cuepacs, Cheras. Menurut sumber GiLoCatur, setakat 4.30 petang Sarjah Ismail telah berjaya menewaskan 51 orang, kalah 2 permainan dan seri 8. 

Saturday, March 21, 2009

Catur MSSM 2009 - Juara Individu

Nampaknya poll bagi kategori Bawah 18 tahun tidak tepat. Juara bagi kedua-dua kategori ini adalah nama yang tidak tersenarai dalam poll. GiLoCatur tidak perasan nama Lim Zhou Ren ada dalam kategori ini. Jika tidak sudah tentu nama beliau tersenarai dalam poll kerana beliau merupakan seorang pemain catur remaja yang berbakat dan bagus. Bagi Nur Munirah Mat Rahim dari Perak, seeded ke-26, telah berjaya membuat upset di MSSM 2009 kali ini. GiLocatur tidak berapa mengenali beliau kerana tidak pernah berjumpa dalam pertandingan2 catur.

Juara bagi kategori Bawah 15 tahun memang sudah tidak asing lagi. Mereka merupakan chess prodigy dan kerap bermain di pertandingan catur luar negara. Alia merupakan NWM (Juara Kebangsaan Wanita) 2008.

Begitu juga dengan juara bagi kategori Bawah 12 tahun. Mereka adalah pemain-pemain catur berbakat negara. Diharap mereka akan terus cemerlang dalam catur dan bakal menjadi Grand Master negara kita tercinta.


Friday, March 20, 2009

CATUR MSSM 2009 - Hari Penyampaian Hadiah

Pasukan P12 MSS Selangor yang menjuarai kedua-dua kategori Individu dan Berpasukan.

Pasukan P15 MSS Selangor.

Pasukan P12 MSS Selangor.

Pasukan L12 MSS Selangor.

Pasukan L15 MSS Selangor.

Pasukan L18 MSS Selangor.

Para Juara Catur MSSM 2009 Individu dan Berpasukan.

Juara berpasukan Kategori Bawah 12 Lelaki - KL

Juara berpasukan Kategori Bawah 12 Perempuan - Selangor

Juara berpasukan Kategori Bawah 15. Lelaki - Selangor, Perempuan - Kelantan

Juara berpasukan Kategori Bawah 18. Lelaki - KL, Perempuan - Johor

Tahniah kepada seluruh warga kontigen catur MSS Selangor yang berjaya menjadi Juara Keseluruhan Catur MSSM 2009.

GiLoCatur sekeluarga tumpang gembira di atas kejayaan Anis yang berjaya menjadi Juara P12 Berpasukan MSSM 2009 dalam penyertaan sulung di Pertandingan Catur MSSM. Semoga beliau terus berjaya dalam sukan catur sehingga peringkat paling tertinggi. Diharap juga Fikri dan Fahim akan berjaya mewakili Negeri Selangor di MSSM 2010 tahun hadapan.

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA! JANGAN LEKA DENGAN KEJAYAAN, TERUSKAN USAHA. KEKALKAN KEMENANGAN. KEPADA YANG TIDAK BERJAYA, JANGAN PUTUS ASA. CUBA LAGI DI TAHUN HADAPAN. KEJAYAAN PERLUKAN USAHA DAN PENGORBANAN. 

BRAVO DAN KUDOS KEPADA SEMUA YANG MENGORBANKAN MASA DAN TENAGA UNTUK CATUR MSSM 2009 - GURU-GURU, IBUBAPA, JURULATIH2 DAN PEMAIN2. SEMOGA CATUR AKAN LEBIH CEMERLANG DI MALAYSIA.


MSSM 2009 Pictures

Pasukan P12 MSSKL

Pasukan P12 MSS Negeri Selangor yang berjaya menjuarai kategori mereka. Dari kiri, Puteri Rifqah Fahada Azhar, Puteri Munajjah Azhar, Ee Sun Xin dan Anis Fariha Binti Saleh (anak GiLoCatur). Menurut keputusan rasmi, kedua-dua puteri Azhar MS berjaya menggondol Best Board 1 dan 2. Sila klik di sini untuk mengetahu keputusan terperinci kategori P12.

Pemain-pemain catur MSSM 2009 di Dewan Emerald, Tingkat 8 Hotel Goldcourse Kelang sedang menunggu Pusingan ketujuh i.e. pusingan terakhir bermula pagi tadi.

Pasukan L15 MSS Negeri Selangor (dari kanan) - Muhammad Nabil Azman Hisham, Muhd Syakir Syazmeer Azhar, Chan Sheng Yip dan Tariq Zaid Abdul Razak. Menurut perkiraan GiLoCatur, Syakir berjaya mengungguli papan kedua yakni Best Board. Untuk keputusan permainan mereka, sila klik di sini.

Pasukan P15 MSS Negeri Selangor sedang menunggu pusingan ketujuh bermula. Mereka bertemu pasukan Kedah di papan ketiga. Pasukan P15 MSSNS diwakili oleh (dari kiri) Winnie Hong Wee Ni, Dhanusya a/p Chandran, Nur Farihah Aminuddin, dan Amanina Husna Ahmad Riduan. Adakah mereka berjaya mendapat medal? Sila klik di sini untuk mengetahui keputusan terperinci mereka. 

Dua orang pemain MSS Negeri Selangor, Nur Nabila Azman Hisham (kanan) bertemu dengan adiknya, Nur Najiha, di papan utama. Klik di sini untuk keputusan terperinci kategori P12 Individu.

Kategori P15 Individu, Alia Anin Azwa Bakri (kiri) dari Melaka bertemu dengan wakil dari Selangor, Vickie Hong Wee (kanan), untuk menentukan juara individu bagi ketegori ini. Mereka berdua memperolehi 5 mata.  Mungkinkah Hoh Tjin Li dari Pulau Pinang yang juga memperolehi 5 mata boleh memintas mereka? Sila klik di sini untuk keputusan terperinci bagi kategori P15 individu.

Pasukan L12 MSS Negeri Selangor sedang menanti lawan mereka, pasukan Terengganu, di papan ketiga yang belum masuk ke dewan.  Pasukan L12 MSSNS diwakili oleh (dari kiri) Yeoh Li Yuan, Roshan Singg a/l Ajeet Singh, Mohd Fikri Farizal dan Mohd Noor Azam Mohd Nor. Untuk keputusan terkini mereka sila klik di sini.

GiloCatur perlu masuk ke dewan sekarang kerana majlis penyampaian hadiah akan bermula bila-bila masa. Tunggu update terkini .....

Thursday, March 19, 2009

MSSM 2009 Updates

Hari ini GiLoCatur berkampung di Hotel Goldcourse Kelang mengikuti perkembangan MSSM 2009 terutamanya pasukan negeri Selangor. Team P12 yang disertai anak GiLoCatur, alhamdulillah, mengekalkan penguasaan dengan menewaskan pasukan negeri Kelantan 3 - 1. Ini bermakna pasukan P12 Selangor menang ke semua 5 pusingan dan memperolehi 10 mata. 

Malangnya pasukan L12 telah tewas kepada Pulau Pinang. GiLoCatur harap pasukan L12 Selangor akan menang pusingan keenam pada petang ini. Dalam kategori individu P12, Nabila telah seri dengan pemain KL, Tan Li Ting. Dan kalau tidak silap GiLoCatur, seorang lagi pemain Selangor, Chew Ee Wen, telah berjaya menang ke atas Aisyah Sabirin. Kemungkinan mereka berdua akan bertemu di pusingan keenam petang ini kerana memperolehi 4.5 mata.

Yeoh Li Tian meneruskan penguasaan beliau dalam kategori individu L12. Pagi tadi dalam pusingan kelima beliau telah menewaskan pemain sepasukan Irfan Haqqim. Di antara keputusan lain Sumant dari Pahang telah berjaya menewaskan Justin Ong dari KL bagi kategori L18.

Berikut adalah pairing pusingan kelima kategori Berpasukan bagi pasukan Selangor.
  • L18 - bertemu KL di meja pertama. Match point Selangor 6, manakala match point KL 8.
  • P18 - bertemu Kelantan di meja kedua. Match point Selangor 5, manakala match point bagi Kelantan ialah 4.  Kedah bertemu Johor di meja pertama dengan Johor memperolehi 8 match point maksima.
  • L15 - bertemu Sabah di meja kedua. Match point masing2 setakat ini ialah 6. Di meja pertama KL bertemu Pulau Pinang.
  • P15 - bertemu WP Labuan di meja keenam. Masing2 dengan 3 match point. Di meja pertama Kelantan bertemu KL.
  • L12 - bertemu Pulau Pinang di meja kedua. Masing2 memperolehi 6 match point. Di meja pertama KL menentang Kedah yang hanya memperolehi 4 match point.
  • P12 - bertemu Kelantan di meja pertama. Selangor dengan 8 match point sementara Kelantan dengan 7 match point.

Jam menunjukkan pukul 3.00 ptg. GiLoCatur perlu turun ke Tingkat 8 untuk menyaksikan pusingan keenam yang sudah bermula.


Wednesday, March 18, 2009

MSSM 2009 - Upsets

Berikut adalah upsets yang GiLoCatur observe di MSSM 2009.

  • Siti Aisyah (seeded keempat) tewas kepada Aina Najihah (seeded ke-20) dalam pusingan pertama
  • Najiha (seeded ketiga) tewas  kepada Nithyalakshmi dalam pusingan ketiga
  • Najiha tewas kepada Chew Ee Wen dalam pusingan keempat
  • Shreyes (seeded keenam) tewas kepada pemain Terengganu, Ahmad Syawal Iddil
  • Alia (seeded pertama) tewas kepada Hoh Tjin Li pada pusingan kedua
  • Latifah Kaisyah (seeded ketiga) tewas kepada Alya Farah pada pusingan kedua
  • Renitha Narayanan (seeded kelima) tewas kepada Yeoh Hui Wen (seeded ke-25) dalam pusingan kedua.

Analisa keputusan yang dapat GiLoCatur simpulkan:

  • Bagi kategori L18, hanya keputusan setakat pusingan yang ketiga diketahui. 
  • Bagi kategori P18, board pertama dikuasai oleh pemain-pemain bukan top seed. Mungkinkan juara individu bagi kategori P18 bukan dari kalangan yang top seeded? 
  • Bagi kategori L15, Yeap Eng Chiam dari KL masih lagi leading. Beliau memperolehi perfect score 4 mata memasuki pusingan ke-5. Beliau akan bertemu dengan pemain Pulau Pinang, Elgin yang juga setakat ini menang kesemua pusingan 
  • Bagi kategori P15, hanya Vickie Hong Wee Ki dari Selangor yang masih belum tewas sebarang pusingan. Berjayakah beliau menjuarai kategori ini setelah upset yang berlaku kepada Alia?  
  • Bagi kategori L12, Yeoh Li Tian masih lagi on-track untuk memenangi kategori ini. Hanya beliau setakat ini yang menang ke semua game. Dalam pusingan kelima esok, beliau akan bertemu dengan rakan senegeri Irfan Haqqim yang memiliki 3.5 mata. Aziz Farhan dari KL akan bertemu dengan pemain Terengganu, Ahmad Syawal Iddil, yang membuat kejutan memperolehi 3.5 mata di meja kedua 
  • Bagi kategori P12, Nur Nabila juga masih lagi on-track untuk menjuarai kategori ini. Seperti Li Tian, hanya beliau yang masih belum tewas sebarang pusingan. Esok beliau akan bertemu dengan pemain seeded kedua dari KL iaitu Tan Li Ting. Chew Ee Wen, yang juga pemain dari Selangor, akan menentang Siti Aisyah dari Terengganu di meja kedua.

MSSM 2009 Team Event - Round 4

KL and Kedah, both after 3 wins, face each other. Five other teams including Selangor have 4 points each.

In the Under 18 Girls section, only Johor and Kelantan with the perfect 6 points after 3 wins. Selangor faces KL on the second board.

In L15 category, four states shares 5 points including Selangor. It faces Johor on the first board.

Three top teams with 5 points are Sabah, Kelantan and Kedah. Sabah faces Kelantan on the first board.

In L12 category, both Selangor and KL plays each other in the first board. Both states won all their 3 games so far. 


In P12 section, once again the rivalry between Selangor and KL take place. Selangor the only team so far with the perfect 3 wins, needs to win this important game to continue its hope to be win this team event.

The unofficial result for Under 12 categories are :

  • KL won the Boys section with 3 - 1 score
  • Selangor won the Girls section also with the same scoreline, 3 - 1

MSSM 2009

MSSM (Malaysian Schools Sport Council) Chess Championship is on the way at Goldcourse Hotel, Klang. The 5-day event is being hosted by Selangor state this year. There are two events - Individual and Team for six categories - U12, U15 and U18 for both boys and girls each. Each state will be represented by two players in the individual event whereas the team event will follow the four-player format. Both events will use seven-round Swiss system. 

GiLoCatur's daughter, Anis Fariha, is playing for the host state team in the Team event. She plays the fourth board.

Below are the list of players for the Individual event for each categories.

In the Under 18 Boys section, Selangor is represented by Muhd Tariq Amru and Joel Tan Weng Yu who are seeded 2nd and 12th respectively. The top seed is Justin Ong Way from KL team. Can he be the champion? GiLoCatur believes Tariq (SEL), Sumant (PHG) and Afiq Afify (SWK) will be the challengers for Justin. 

For Under 18 Girls section, GiLoCatur does not know most of them. Only Nurul Akila from KL and Renitha Narayanan from JHR are familiar names. The top seed is Charlene Chaising Tien (SWK) and Siti Nuradila (PER) follows second.

In the Under 15 Boys category, Yeap Eng Chiam is the strongest player in the list. Selangor is represented by Low sibblings - Jun Jian and Jun Keat. Nabil Azman and Syakeer Azhar, the other notable players, are playing in the team event. The other players who are the challengers in GiLoCatur's opinion is Evan Timothy Capel from Penang and FongYit San from Perak.

In the Under 15 Girls section, Alia Anin Azwa from Melaka is the strongest player. She is the current NWM (National Women Master). Unless there is an upset, she will be the champion for this category. Can Amirah Syahmina and Vickie Hong Wee Ki, the Selangor players, make upset? Let's see. Olivia Madhavan, the daughter of Mr Collin, and Latifah Kaisyah, both from KL and Sarika Subramaniam from Pahang are the other strong challengers. 

Selangor are represented by strong players in Yeoh Li Tian and Mohd Irfan Haqqim. Li Tian is seeded first while Irfan is seeded 7th. The top challengers in  the opinion of GiLoCatur are Aziz Farhan (KL) and Shreyes Subramaniam (PHG). GiLoCatur would also like to follow the performance of Amier Hamzah from KL. This young talented player is still below 9 years old. No doubt he will dominate the Under 12 section in years to come.

In under 12 Girls category, Selangor's hope to win gold medal is on the shoulder of Nur Nabila Azman. Her younger sister also participates in the individual event. Can they make it 1-2 ? Another Selangor player, Chew Ee Wen, is also playing in the event. Can Tan Li Ting from KL and Siti Aisyah, the daughter of Cikgu Sabirin, from Terengganu challenge Nabila? Let's see how the results is gonna be on Friday.

To all players, GiLoCatur wants to wish them BEST of LUCK. You all should be proud to be chosen to play in the MSSM Chess Championship. Give your best and make your schools, parents, teachers, districts and states proud. It also very important that you have sportmanship. Make new friends and enjoy the games!!


(Note: GiLoCatur would like to thank you and give credit to Mohd Irshad from Terengganu for his big effort and time for keying in the results for the individual event on the net. Check out his blog here.)

Sunday, March 15, 2009

Kejohanan Catur MSSM 2009

Petang tadi GiLoCatur menghantar anak, Anis Fariha, ke Hotel Goldcourse di Kelang. Anis akan menyertai Kejohanan Catur MSSM 2009 mewakili pasukan P12 untuk Negeri Selangor yang akan bermula pada hari Isnin depan. Sebanyak 7 pusingan akan diadakan selama 5 hari pertandingan bagi dua kategori - Individu dan Berpasukan.

Ramailah guru-guru pengiring dan pengurus pasukan negeri dan ibubapa pemain catur yang GiLoCatur ketemu di hotel tersebut terutamanya bagi kontigen negeri Selangor - Encik Azhar MS, Encik Azman Hisham, Mr Yeoh Chin Seng, Mr Low, Mr Ajeet Singh, Encik Akbar, Cikgu Suhairi, dan Cikgu Rizal.

Untuk makluman, venue pertandingan adalah di Tingkat 8, Emerald Room, Hotel Goldcourse Kelang.


Berikut adalah jadual pertandingan:

ISNIN (16 Mac) - 2.30 - 5.30 ptg : Pusingan 1

SELASA (17 Mac) - 8.30 - 11.30 pg : Pusingan 2

                                - 2.30 - 5.30 ptg : Pusingan 3

RABU (18 Mac) - 8.30 - 11.30 pg : Pusingan 4

KHAMIS (19 Mac) - 8.30 - 11.30 pg : Pusingan 5

                                  - 2.30 - 5.30 ptg : Pusingan 6

JUMAAT (20 Mac) - 8.30 - 11.30 pg : Pusingan 7

                                    4.00 ptg : Perasmian Penutupan & Penyampaian Hadiah

Insya Allah, GiLoCatur akan cuba membuat liputan (coverage) kejohanan catur MSSM tersebut. Semoga liputan itu nanti boleh menyemarakkan sukan catur di negara ini. 

Thursday, March 12, 2009

The Results of PP District in the Recent MSSS Chess Tournament


How was the results of PP (Petaling Perdana) District in the MSSS Chess Tournament held from 24th until 26th February 2009 in Sepang? Not too bad, in fact PP is just short 5 points to be the overall champion. It won second place with 99 points behind Gombak District with 104 points. PP scores the highest i.e. 40 points in the team event but Gombak (69 points) edged PP (59 points)  in the individual event by 10 points. 

Below are the summary of the results:


Overal : 2nd place
Team Event :
  • Lelaki 18 - 7th place
  • Perempuan 18 - 2nd place
  • Lelaki 15 - 1st place
  • Perempuan 15 - 2nd place
  • Lelaki 12 - 4th place
  • Perempuan 12 - 5th place

Just the Lelaki 18 team did not get the medal, while the rest managed to be on the podium.



Individual Event :
  • Lelaki 18 - Joshua Panir Selvam : Champion
  • Lelaki 15 - Low Jun Jian : Champion
  • Perempuan 15 - Winnie Hong Wee Ni : 2nd place, Vickie Hong Wee Ki : 3rd place
  • Perempuan 12 - Anis Fariha Binti Saleh : 6th place
All the above individual winners will be part of the Selangor chess contigent in the MSSM Chess Championship to be held from 16th to 20th March 2009 at the Goldcourse Hotel, Klang. BEST OF LUCK to all of them and hope they will be successful and make their parents, schools, PP district and SELANGOR proud.  

Thursday, March 5, 2009

Apa Criter GiLoCatur??

Agak lama juga GiLoCatur tidak mengemaskini laman blog ini. Sebenarnya GiLoCatur agak busy dengan urusan kerja dan keluarga. Banyak juga sebenarnya GiLoCatur nak tulis. Di antaranya:

1) GiLoCatur agak gembira dengan berakhirnya kemelut di Chelsea, pasukan pilihan EPL. Walaupun agak bersedih dengan pemecatan Luiz Scolari, di antara favourite coaches GiLoCatur, tetapi diganti dengan Guus Hiddink, juga salah seorang favourite coaches GiLoCatur. Memang nampak perubahan ketara dalam pasukan Chelsea terutamanya pemain favourite Chelsea Didier Drogba. Permainan pasukan Chelsea yang lebih tersusun, kemas dan menarik. Semangat pasukan juga jauh berbeza. Semoga Chelsea berjaya menyekat MU pada musim ini. 

2) Nampaknya kemelut politik di Perak semakin meruncing. GiLoCatur berdoa semoga kemelut ini akan berakhir dengan baik dan aman.

3) Petang tadi GiLoCatur ke pejabat Mediaprima (TV3) di Seri Pentas atas urusan kerja. Sudah agak lama tidak ke sana. Sebenarnya Seri Pentas merupakan pejabat GiLoCatur lebih sedekad yang lalu. Ofis GiLoCatur dulu di Tingkat 2, North Wing. Ya, memang GiLoCatur pernah menjadi warga TV3 dahulu. Sempat jugalah GiLoCatur bertemu dan berbual dengan Ahmad Bashah, rakan sepejabat dahulu. Yang menariknya, di saat ini di Seri Pentas sedang berlansung Karnival Sukan. Catur merupakan salah satu acara sukan yang dipertandingkan. Rupa-rupanya Cikgu Salihin, salah seorang pengerusi teknik catur Negeri Selangor, telah dilantik menjadi arbiter. Tetapi agak malang peserta acara ini tidak ramai. Menurut Cikgu Salihin, sudah 3,4 tahun juga catur menjadi salah satu acara dalam Karnival Sukan TV3. GiLoCatur berharap lebih ramai peserta akan menyertai catur di tahun-tahun hadapan.

4) GiLoCatur dan anak-anak tidak dapat menyertai beberapa pertandingan catur seperti MMU Open dan UIA Engitex Open. Ini disebabkan ada Hari Anugerah di sekolah anak GiLoCatur di mana anak-anak GiLoCatur ada mendapat hadiah. InsyaAllah, GiLoCatur akan bertandang ke UiTM minggu depan tetapi rasanya tidak sertai. Hanya anak-anak GiLoCatur yang akan bermain. GiLoCatur ingin berehat dan hanya memantau permainan anak-anak. Penat berulangalik ke Sepang memantau penglibatan anak-anak di MSSS tempohari masih belum hilang. 


Sunday, March 1, 2009

MSSS Results

Berikut adalah keputusan-keputusan individu dan berpasukan kejohanan catur MSS Negeri Selangor yang telah berlansung di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang Selangor. Kejohanan berlansung selama tiga hari dari 24 hingga 26 Februari 2009.

Seramai 240 pemain-pemain catur dari sepuluh buah daerah di Selangor telah mengambil bahagian di dalam kejohanan catur tersebut yang julung-julung kali diadakan di Daerah Sepang.

Kedua-dua anak GiLoCatur - Fikri dan Anis Fariha, juga mengambil bahagian di dalam kejohanan tersebut mewakili Daerah Petaling Perdana. Fikri mengambil bahagian untuk Lelaki 15 Tahun sementara Anis Fariha mengambil bahagian dalam kategori Perempuan 12 Tahun.

Daerah Petaling Perdana (PP) mengekalkan kedudukannya sebagai Naib Johan seperti tahun lepas. PP hanya kurang 5 mata untuk menjadi johan keseluruhan. Jika tahun lepas Petaling Utama sebagai Juara Keseluruhan, tahun ini Daerah Gombak pula merampas kedudukan tersebut. daerah Gombak diterajui oleh tiga adik beradik pencatur kebangsaan Nabil, Nabila dan Najiha.

Selain dari anak-anak GiLoCatur, pasukan Daerah PP diwakili oleh beberapa adik-beradik seperti Bukhari, Nurul Adlina dan Nurul Hana dari keluarga Sulkifly, Winnie dan Vickie dari keluarga Hong, Jun Jian dan Jun Keat dari keluarga Low dan Irfan Rendrawan dan Ihsan Syahiran dari keluarga Najib. Begitu juga dengan pasukan-pasukan lain yang diwakili oleh pemain adik-beradik.

Lelaki 18 Tahun Individu
  1. Joshua Panir Selvam - PP
  2. Mohd Tariq Amru - PU
  3. Geeneish a/l Sivalingam - KLG
  4. Dewaraj a/l Velayudhan - GOM
  5. Tan Wei Siang - HS
  6. Chan Sheng Yang - KLG

Perempuan 18 Tahun  Individu
  1. Lee May Chi - GOM
  2. Afifah Hanum Mohd Azhari - SPG
  3. Leong Yee May - KLG
  4. Intan Asirah Bt Darwis - SPG
  5. Puteri Nurfarrah Syahiddah - HS
  6. Rabiatul Adawiyah Wahid - SB

Lelaki 15 Tahun Individu
  1. Low Jun Jian - PP
  2. Muhd Syakir Shazmeer Azhar - KS
  3. Mohd Nabil Azman Hisham - GOM
  4. Mohd Zaim Zamri - GOM
  5. Chan Sheng Yip - KLG
  6. Tariq Zaid Abdul Razak - SPG

Perempuan 15 Tahun Individu
  1. Amira Syahmina Zullkafli - HS
  2. Winnie Hong Wee Ni - PP
  3. Vickie Hong Wee KI - PP
  4. Nur Farihah Aminuddin - SPG
  5. Amanina Husna A Riduan - SPG
  6. Dhanusa a/p Chandran - HL

Lelaki 12 Tahun Individu
  1. Mohd Irfan Haqqim Azhar - LGT
  2. Yeoh Li Tian - PU
  3. Roshan Singh a/l Ajeet Singh - PU
  4. Yeoh Li Yuan - PU
  5. Mohd Noor Azam Mohd Noor - HS
  6. Mirnash a/l Chandran - HL

Perempuan 12 Tahun Individu
  1. Nur Nabila Azman Hisham - GOM
  2. Nur Najiha Azman Hisham - GOM
  3. Puteri Munajjah Az Zahraa Azhar - LGT
  4. Puteri Rifqah Fahada Azhar - LGT
  5. Ee Sun Xin - PU
  6. Anis Fariha Saleh - PP

Lelaki 18 Tahun Berpasukan
  1. Kelang
  2. Petaling Utama
  3. Gombak
  4. Hulu Langat
  5. Kuala Selangor

Perempuan 18 Tahun Berpasukan
  1. Petaling Utama
  2. Petaling Perdana
  3. Kelang
  4. Sepang
  5. Hulu Selangor

Lelaki 15 Tahun Berpasukan
  1. Petaling Perdana
  2. Gombak
  3. Kelang
  4. Sepang
  5. Kuala Selangor

Perempuan 15 Tahun Berpasukan
  1. Sepang
  2. Petaling Perdana
  3. Hulu Selangor
  4. Kuala Langat
  5. Hulu Langat

Lelaki 12 Tahun Berpasukan
  1. Petaling Utama 
  2. Kuala Langat
  3. Kuala Selangor
  4. Petaling Perdana
  5. Gombak

Perempuan 12 Tahun Berpasukan
  1. Gombak
  2. Kuala Langat
  3. Hulu Langat
  4. Sepang
  5. Petaling Perdana

Kedudukan Daerah Mengikut Jumlah Mata Keseluruhan
  1. GOM - Gombak ( Johan )
  2. PP - Petaling Perdana
  3. PU - Petaling Utama
  4. SPG - Sepang
  5. LGT - Kuala Langat
  6. KLG - Kelang
  7. HS - Hulu Selangor
  8. HL - Hulu Langat
  9. KS - Kuala Selangor
  10. SB - Sabak Bernam
Untuk keputusan rasmi MSSS 2009, boleh diakses di laman blog ini.