Thursday, February 12, 2009

SALUTE GURU-GURU!!

Memang tidak dinafikan golongan guru memainkan peranan yang sangat penting dalam memajukan sukan catur di negara ini terutamanya di peringkat sekolah. Di antara contoh terbaik ialah Allahyarham Cikgu Rahman, bapa kepada pemain utama catur negara Mas Hafizul. Jasa guru-guru ini perlu dihargai dan diberi perhatian. 

GiLoCatur tertarik dengan dua orang guru di Kelantan yang mempunyai laman blog catur sendiri. Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai minat yang sangat mendalam dalam catur sehingga mengorbankan sebahagian masa mereka dengan melatih anak-anak murid mereka. Diharap mereka akan terus memberi sumbangan dan jasa melatih anak-anak bangsa bermain catur semoga Malaysia lebih cemerlang di masa hadapan.

GiLoCatur telah menambah link laman-laman blog mereka. Semoga mereka berdua akan terus blogging dan meriahkan blog-blog catur tempatan. Teruskan usaha melatih anak-anak bangsa dengan catur.




(nota: GiLoCatur difahamkan salah seorang daripada blogger tersebut iaitu masterchess91 bukanlah seorang guru, tetapi seorang pelajar lepasan sekolah yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM. Walaupun beliau bukan seorang guru tetapi effort beliau melatih pemain-pemain catur sekolah di Kelantan untuk pertandingan catur MSS amat bagus sekali. Syabas dengan usaha beliau tersebut. Semoga lebih ramai yang boleh mencontohi beliau. TQ Badbishops for the correction.)
 

No comments: