Thursday, March 28, 2024

Internal Affairs Movie Reminds GiLoCatur The Student Life At El Paso, TX USA

Foto di bawah adalah sedutan dari filem Internal Affairs, sebuah filem yang ditayangkan pada tahun 1990. 

Internal Affairs movie

Dengan pelakon hebat seperti Richard Gere dan Andy Garcia dan plot cerita yg menarik, ia merupakan sebuah filem yg seronok untuk ditonton.

Sebenarnya ada elemen menarik yg ingin GiLoCatur kongsikan dalam gambar di bawah.

Perasan tak komputer yg digunakan di era tersebut. Skrin bagak dengan tulisan berwarna hijau. Kalau anda perasan lagi, ada komponen floppy disk pada komputer tersebut. 

Setelah beberapa minggu GiLoCatur menjejakkan kaki di bumi Amerika dan memulakan Junior year di sebuah universiti di Negeri Texas, satu pelaburan sebanyak 750 US Dollars telah dibuat untuk membeli sebuah komputer seperti dalam gambar di atas.

Nak buat macam mana kan. Dah awak belajar Sains Komputer. Ia diperlukan untuk membuat lab assignment iaitu membuat coding.

Banyak jasa komputer tersebut. Antaranya menyiapkan tugasan membuat grafik menggunakan computer language Pascal. Pelajar jurusan Sains Komputer era kini pasti tidak mengenali Pascal. Semasa di tahun Senior, barulah GiLoCatur belajar computer language C; bukan C++ ya.

Komputer tersebut yang juga berwarna putih dan sangat serupa dengan komputer dalam filem Internal Affairs ini, GiLoCatur angkut balik ke Malaysia. Sebuah transformer terpaksa dibeli kerana jenis letrik di Amerika tidak sama dengan yang di Malaysia. {Nota: Di Texas USA guna 120V, sedangkan di Malaysia guna 240V.}

Itulah serba sedikit nostalgia komputer di hujung era 1980an yang masih tersimpan dalam kenangan GiLoCatur.

note: FB post on 28/03/2020

#DudukRumah
#NostalgiaDiTexas

No comments: