Sunday, March 3, 2024

HAPPY REUNION WITH UTEP COUPLE ZACK J & FIZAH AFTER SG BATU ARCHEOLOGY SITE VISIT ON 1st March 2024

Alhamdulillah

Dalam perjalanan balik ke Lembah Kelang dari Coti Coti Pi Kedah pada hari Jumaat lepas, 1 Mac 2024, berkesempatan bertemu dan berjumpa dengan pasangan suami isteri yg merupakan sahabat se uni di El Paso lebih tiga dekad lalu.

Howdy Zack and Fizah Hafizah Ghazali ?

Howdy adalah "apa habaq" bagi warga Texas.

Sejak GiLoCatur fly balik ke Malaysia pada bulan Jun 1991 bersama ex room mate dan ex house mate Zahurin Mat Isa, kami tidak pernah berjumpa dan bersua muka.

Walaupun beberapa kali outstation ke Sungai Petani dan acapkali ke utara, tetapi tidak pernah contact untuk jumpa mereka.

Al maklum, 10 tahun 20 tahun dulu, komunikasi tidak secanggih kini. WA group pun belum ada lagi seperti sekarang.

Lagi pun ketika itu masing2 sibuk dengan pekerjaan dan keluarga. Lain lah sekarang. Zack sudah beberapa tahun pencen. GiLoCatur pun baru je pencen. Isteri kami pun tak lama lagi akan pencen juga.

First Meet with UTEP couple Zack J & Fizah after graduated in 1991

Pasangan UTEP - Zack J & Fizah

Usai melawat tapak arkeologi Sungai Batu yg terletak sangat berhampiran dengan residensi Zack dan Fizah, GiLoCatur dan isteri bergegas ke sebuah restoran bersebelahan Masjid Andalusia, tempat pertemuan.

Zack study engineering di El Paso. Bersama tiga lagi geng UTEP, kami bercuti bersama ke Niagara Falls dari El Paso dengan menyewa sebuah kereta midsize. Kami bergilir-gilir memandu sejauh lebih 6,500 batu melalui beberapa buah negeri dan daerah bukan sahaja di Amerika Syarikat, tapi juga di negara Kanada.

Manakala Fizah pula, beliau adalah satu-satunya course mate Computer Science GiLoCatur di UTEP. 

Pengalaman itu sangat berharga. Ia mematangkan diri kita. GiLoCatur tidak akan lupa kenikmatan memandu menjelang fajar melihat keindahan alam ciptaan Allah. Satu waktu yg sangat mendamaikan jiwa.

#coretangilocatur
#jenjalanpaikodah2024
#kppitmtiec 

No comments: