Tanggal hari ini adalah 25 Mac 2024, bersamaan 15 Ramadan 1445H.
Dua puluh dua tahun lalu, lahirlah seorang putera bongsu bagi pasangan Hj Saleh aka GiLoCatur dan Hjh Nor Azizah.
Seperti kakaknya, Fahim dilahirkan di sebuah hospital swasta di Seksyen 9, Shah Alam. Ini bermakna Fahim adalah anak jati Negeri Merah Kuning iaitu Selangor.
Begitu pantas masa berlalu. Dari seorang bayi yg comel dan kanak-kanak periang, Fahim membesar dan semakin dewasa. Genap 22 tahun usianya pada hari ini.
Masih sedang kuliah di sebuah universiti tempatan, didoakan agar Fahim tamat belajar mengikut waktunya. Beliau mengambil bidang yg berbeza dengan abang dan kakaknya.
Bersekolah rendah di Selangor selama 6 tahun. Bersekolah menengah rendah di Kuala Lumpur selama 3 tahun. Finally, bersekolah menengah tinggi di Negeri Sembilan selama 2 tahun.
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN dan HAPPY BORNDAY my youngest child, Fahim Al-Faqeh yg ke 22! Ayah doakan semoga Fahim berjaya di dunia dan akhirat, jadi anak yg soleh dan berbakti kepada agama, ibu bapa, nusa dan bangsa!
GiLoCatur & Fahim - Koleksi Foto Umrah Sep 2023 |
Keterangan foto: Kenangan manis GiLoCatur bersama Fahim bersolat di Tingkat 4 Masjidil Haram di mekah pada 21 Sep 2023 lalu. Syukur alhamdulillah di usia muda Fahim dikurniakan rezeki terbaik dari Allah azza wa jalla menjadi duyufurrahman. Pengalaman selama 10 hari di bumi haramain - Mekah dan Madinah, akan bermakna dan membantu ketika Fahim menunaikan Haji di masa depan.
No comments:
Post a Comment