Tuesday, November 14, 2023

HAPPY 23rd BIRTHDAY FIKRI SALEH ON 13.11.2019

Hari ini 13.11.2019.

Dua puluh tiga tahun yg lalu, pada hari ini kelahiranmu anak sulung ayah dan ibu merupakan satu berita yg paling menggembirakan. 

Kelahiranmu Abang agak unik dan istimewa. Tidak seperti bayi2 lain. Tidak seperti ayah, ibu, kakak dan adik yg semuanya lahir di bumi Selangor, Abang lahir di KL dengan kod negeri 14. 

Kelahiranmu Abang di bulan November juga sangat istimewa. Ayah dan Ibu disatukan juga dalam bulan yg sama iaitu November. Jadi hari lahirmu Abang agak istimewa dalam bulan sama dengan Wedding Anniversary ayah dan ibu.

Abang tidak mewarisi minat ayah membaca, tetapi Abang warisi sifat pemalu dan pendiam ayah. Terpaksa ayah dan ibu lancarkan Projek Buku Nilam dan aktiviti ke PNM setiap hujung minggu ketika berusia 11 tahun agar minat membaca dan sebagai persediaan untuk UPSR. 

Ayah sangat tidak menjangka dan menyangka, dalam diam-diam Abang belajar chess dengan rakan-rakan di sekolah. Ayah juga tidak pernah terfikir dengan penglibatan dalam sukan catur, Abang berjaya ke peringkat Daerah, Negeri dan seterusnya Kebangsaan (MSSM). 

Abang mengorak langkah dan membuka jalan kepada adik-adik dalam sukan catur. Ayah masih ingat betapa kecewanya Abang tidak dapat ke MSSM selama dua tahun berturut-turut. Malah Anis pula yang berjaya mewakili pasukan catur MSS Selangor ke MSSM lebih awal daripada Abang. 

Sudah pasti Ayah juga ikut sama kecewa. Ayah nekad berusaha lebih gigih agar Abang juga dapat mewakili kontinjen catur MSS Selangor. Maka jadilah Ayah, GiLoCatur. 

Rupa-rupanya ada hikmah Abang gagal sertai MSSM edisi 2008 dan 2009. Walaupun Abang hanya sempat bermain di empat edisi MSSM - dua edisi dengan MSSS dan dua edisi dengan MSSWPKL, tetapi pencapaian Abang lebih baik dari Kakak dan Adik. 

Kini Abang sudah tinggalkan alam persekolahan. Alam kolej dan universiti pun Abang sudah melepasi tahap kedua. Samada mahu meneruskan alam universiti atau masuki alam pekerjaan, 

Ayah dan Ibu doakan Abang cemerlang dan berjaya. 

Semoga Abang jadi insan dan warga berguna, beradab, berbudi pekerti, berjasa dan bermanafaat kepada agama, negara dan bangsa. 

Jangan Abang lupa jatidiri dan leluhur kita etnik KAMPAR. Walaupun Abang tidak fasih "becakap awak", jan dilupo susur galur dan salsilah Abang yang datuok niniok berasal dari Pulau Belimbiong, Kuok.

Abang suku Piliang Tok Sati (pembetulan: kekabu) samo seperti ibu. Ayah pulo suku Domo. 

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 23, Eid Milad Mubaraq dan Happy 23rd Birthday my eldest child, FIKRI BIN SALEH! 

Ayah dan Ibu doakan sukses dan semua yg terbaik buat Abang! Ameen

Below are the photos of Fikri Saleh at different age from GiLoCatur Photo Collection. 

Fikri with Ayah at aSiS


Fikri with Ibu at aSiS


Fikri at SMK Seksyen 18 Shah Alam


Fikri at his first MSSS Chess Championship in 2008


Fikri and Ayah at CM Collin's Simul Chess


Fikri in his 3rd MSSS Chess Championship


Fikri at SMK Seksyen 18 Shah Alam in Form 2


Fikri was one of the winners in MSSD PP Chess Championship


Fikri and hist MSSWPKL winning Gold medal in the MSSS L18 Team Event


Fikri with Ayah at an open chess tournament in Tanjung Karang


Fikri at Majlis Anugerah Sukan MSSWPKL 2012 after winning Gold medal in L18 Team event


Fikri was one of the winners in L15 event of MSSD Petaling Perdana


Fikri represented SKBJ chess team in the MSSD PP L12 chess championship


Fikri enjoying Family Day


Fikri represented his university team


Fikri was one of the winners in a local open chess tournament


Fikri represented UiTM in the GACC in 2018


#23rdBirthday
#13Nov2019
#FikriBinSaleh

No comments: