Tuesday, November 14, 2023

HAPPY 26th BIRTHDAY FIKRI SALEH ON 13.11.2022

Happy 26th Bornday to our eldest child, FIKRI SALEH! May Allah bless you, son.

Semalam sebelum balik JB, GiLoCatur sekeluarga berkumpul di sebuah restoran meraikan Ulang Tahun Kelahiran anak sulung yg jatuh pada 13hb November 2022. 

Semakin dewasa anak ayah yg dipanggil Abang. Sekarang telah mengambil alih tugasan ayah sebagai pemandu utama. 

Dilahirkan di sebuah poliklinik bersalin di Kuala Lumpur ketika ayah berusia 28 tahun.

Kelahirannya awal beberapa hari Ulang Tahun Perkahwinah ayah & ibu. Itulah antara sebab birthday Fikri agak istimewa kerana di bulan anniversary ayah & ibu.

Ketika itu ayah & ibu menetap di Taman Bidara, Selangor. Ayah bertugas di TV3, manakala ibu bertugas di sekolah keduanya. 

Belum genap usia setahun, Fikri ikut ayah & ibu berpindah ke TTDI Jaya Shah Alam. Membesar dan bersekolah di situ. 

Sudah tertulis, Fikri tidak bersekolah rendah di TTDI Jaya kerana ibunya berpindah ke SKBJ sebagai salah seorang guru perintis. 

Seorang murid yg pendiam dan pemalu walaupun sangat lincah. Ketika di Tahun 5, ayah & ibu agak runsing dengan persiapan Abang menghadapi peperiksaan UPSR di tahun 2008. 

Maka bermulalah aktiviti ke PNM setiap hujung minggu. Alhamdulillah, dapat juga keputusan UPSR yg memuaskan ibu & ayah. 

Satu "turn around" telah dilakukan oleh Abang yg mengubah aktiviti keluarga Hj Saleh & Hjh Azizah. 

Abang telah terpikat dengan Catur atau Chess ketika di Tahun 5. Memandangkan Ayah pernah  satu ketika seorang peminat sukan catur, maka bermulalah kehidupan baru keluarga SALEH aka GiLoCatur setiap hujung minggu di pertandingan dan kejohanan Catur di merata tempat.

Kini setelah berada di alam pekerjaan, Abang fokus dan sibuk dengan urusan kerja. Mungkin dek terdedah dengan kerjaya Ayah, Fikri juga telah memilih bidang IT di kolej dan universiti. 

Sewaktu kecil Abang selalu ikut Ayah "outstation" time cuti sekolah. Banyak bilik server yg telah dikunjungi seperti di Tebedu, Sarawak dan Tanjung Pagar, Singapura. 

Begitulah serba ringkas sebuah kehidupan seorang anak yg dinamakan FIKRI SALEH yg bermaksud "Mindaku Yg Baik".

Ayah doakan semoga Abang sentiasa dimurahkan rezeki, sentiasa dalam rahmah & maghfirah Allah & beroleh kebahagiaan dan kejayaan fiddunia wal akhirah. 

Ameen Ameen ya robbal alameen.


The PHOTOS:

Fikri ready to cut the birthday cake into pieces

Ayah & Ibu are proud of you, Fikri aka Abang

Wefie by Ayah the whole family of Hj Saleh aka GiLoCatur

The birthday cake


#birthdayfikrisaleh
#13nov2022

 

No comments: