Saturday, September 2, 2023

KISAH RAKAN SEKOLAH GiLoCatur - Zainal Abidin & Ahmad Razali

Dua keping gambar di bawah adalah foto GiLoCatur dengan dua orang rakan sekolah yg berbeza.

Rakan sekolah rendah dan sekampung di tahun 1970an. Zainal Abidin Ghazali namanya. Hari ini Zainal jadi "Raja Sehari".

Lebih 4 dekad GiLoCatur tidak ke rumah tempat  beliau lahir dan membesar di Kg Sungai Tengar.

dari kiri, Roselawati, Isteri Zainal, Zainal Abidin, GiLoCatur & Hashim
Rakan SKST 1975-1980

Alhamdulillah dapat bertemu dengan dua orang lagi school mate yg GiLoCatur tak pernah jumpa setelah tamat sekolah rendah iaitu Hashim dan Roselawati di majlis walimah Zainal.

Hashim background seperti GiLoCatur juga dalam bidang IT tetapi divert to agensi umrah buat sales dan marketing. Manakala Roselawati pula dalam bidang pendidikan sebagai seorang guru.

Semoga sahabat sekelas 6 Kuning GiLoCatur, Zainal kekal bahagia dengan isterinya. Selamat Pengantin Baru, Nal!

GiLoCatur & Ahmad Razali aka Amat Ijok
MH 1981-1983, KIK 1984-1985

Foto yg satu lagi adalah ketika GiLoCatur ziarah rakan sekolah menengah bawah di Kajang dan sekolah menengah atas di Kelang, Ahmad Razali Isnin. GiLoCatur panggil beliau Amat Ijok.

Amat Ijok diuji dengan kesihatan. Tak perlulah GiLoCatur sebut secara detail sakitnya. Sempatlah kami catching up dan nyembang-nyembang esp tentang masalah kesihatannya.

Semoga Amat Ijok diberi syifa' dan kesembuhan. Semoga diberi kekuatan untuk kembali bekerja dan menghadapi ujian dari tuhan. Ameen ameen ya robbal alameen
 
#kisahrakansekolahGiLoCatur
#ZainalAbidinGhazaliSKST
#AhmadRazaliIsninMHKIK

No comments: