Generasi muda ramai yg tak tahu tentang item seperti gambar di bawah.
Tali Pinggang Hijau |
Generasi GiLoCatur majoriti pasti kenal.
Sebenarnya ini tali pinggang yg diguna pakai oleh generasi datuk dan moyang malah arwah ayah di zaman mereka khususnya ketika mengerjakan Haji di Mekah.
GiLoCatur tiada info bila moyang Hj Jamin Bin Mahkota pergi ke Mekah. Yg pasti sebelum 1909 kerana pada tahun tersebut beliau meninggal dunia.
Bagaimana GiLoCatur tahu? Ada bukti sahih seperti dokumen?
Ya. Dalam dokumen geran tanah pusaka di Sungai Balai Bagan Datoh.
Balu Tok Jamin iaitu moyang perempuan GiLoCatur, jalur maternal side of arwah ayah dan jalur paternal side of amak, ambil kuasa dan masukkan nama kedua-dua orang anak lelaki Moyang Jamin iaitu Mat Siri Bin Haji Jamin (Tok Sidik) dan Mat Kasip Bin Haji Jamin (Tok Kasid ayah amak).
GiLoCatur juga tiada info yg tepat bila arwah Tok Hasan Basri menunaikan Haji di Mekah. Cuma yg pasti time frame dari bulan Nov 1928 hingga Nov 1931. Ini juga berdasarkan nama beliau dalam geran tanah.
Pada 22 Nov 1928, nama Tok Basri dalam geran tanah rumah kelahiran GiLoCatur di Kg Sungai Tengar adalah Sarin Bin Haji Suliman.
Manakala pada tarikh 20 Nov 1931, nama beliau dalam geran tanah lot belakang adalah Haji Basri Bin Haji Suliman.
GiLoCatur kurang pasti dari pelabuhan mana Moyang Jamin, Moyang Suliman dan Tok Basri bertolak ke Jeddah dan Mekah untuk mengerjakan Haji samada dari Tanjung Priok Batavia atau Acheh atau Singapura atau Port Swettenham Pulau Pinang.
Tetapi GiLoCatur yakin mereka adalah sebahagian jemaah Haji Tanah Melayu atas faktor mereka telah menetap di Hilir Perak dan Utara Negeri Selangor.
Sedikit kajian ringkas tentang jumlah jemaah Haji Tanah Melayu adalah seperti berikut.
Jumlah jemaah Haji pada tahun 1900 adalah seramai 6,861. Ia bertambah hampir 2 kali ganda iaitu setamai 12, 184 pada tahun 1927.
GiLoCatur percaya Tok Basri ke Mekah samada pada bulan April 1929 atau Mac 1930. Jumlah jemaah Haji dari seluruh dunia ke Mekah untuk urusan Haji ketika itu adalah sekitar 130K hingga 140K.
Statistik yg GiLoCatur temui adalah 60, 786 pada musim Haji 1921 dan bertambah dua kali ganda kepada 123, 052 pada musim Haji 1928.
Arwah ayah pergi ke Mekah bersama tiga orang anaknya, isteri, adik dan emak mertua pada musim Haji 1963. Mereka bertolak dari pelabuhan Pulau Pinang ketika itu.
Boleh bayangkan kepayahan dan cabaran yg mereka tempuhi dalam perjalanan dalam kapal, bas dan sebagainya. Apatah lagi dengan dua orang anak kecil. Arwah ayah berusia 46 tahun manakala amak berusia sekitar 33 tahun.
Kelebihan dan advantage arwah ayah adalah pengalaman luas dalam bab musafir dan berjalan. Arwah ayah sering ulang alik ke Singapura menaiki keretapi di tahun 1940an dan 1950an.
Di tahun 1930an pula arwah ayah sudah biasa ulang alik dari Bagan Datoh atau Teluk Intan ke Gunung Semanggul.
Ayah boleh berbahasa Arab dengan fasih walapun beliau tidak pernah belajar di Universiti Al Azhar.
Ringkasnya, tali pinggang hijau seperti gambar di bawah di guna pakai oleh Moyang Haji Jamin, Moyang Haji Suliman, Tok Basri dan Ayah Haji Abdul Latif sewaktu mereka melakukan umrah di kota Mekah pada musim Haji yg berbeza.
Malah GiLoCatur juga mengguna pakai tali pinggang hijau ketika mengerjakan Haji pada tahun 2010 (ofcourse tali pinggang dalam gambar di bawah ):-
Semoga entry ini sedikit sebanyak mengandungi info dan maklumat sejarah keluarga bagi cucu cicit keturunan Haji Abdul Latif Bin Haji Hasan Basri, Tok Basri Bin Haji Suliman, Tok Mat Kasip Bin Haji Jamin, Moyang Haji Jamin dan Moyang Haji Suliman (actually Sulaiman) khususnya anak cucu cicit Haji Saleh Bin Abd Latif.
#moyanghajijaminclan
#tokbasriclan
#tokmatkasipclan
#hajiabdullatifclan
#hajjahrahmahclan
No comments:
Post a Comment