Sunday, August 6, 2023

GiLoCatur BERTEMU CALON NOMBOR 2 N12 JERAM

Tak tahu pulak pagi ini Calon PN N12 Jeram ada aktiviti sarapan pagi di warung Wak Basiran di Fasa 1. GiLoCatur sekeluarga juga memilih warung yg sama untuk breakfast seusai brisk walk di BJ. Maka berpeluanglah GiLoCatur disapa dan memberi feedback.

GiLoCatur Berselfie Dengan Calon PN N12 Jeram

Yg penting sebagai penduduk BPA di DUN N12, GiLoCatur telah suarakan keperluan Balai Bomba dan Balai Polis di BPA kepada beliau. Beliau juga maklum tentang isu2 lokal BPA yg diberi feedback oleh penduduk / pengundi N12 sepanjang kempen beliau setakat ini. 

Jika GiLoCatur diberi kesempatan bertemu Calon PH-BN N12 Jeram pun akan suarakan hal yg sama. 

Memerhatikan aktiviti2 kedua-dua calon N12 khususnya di Meta mereka, GiLoCatur menjangkakan satu persaingan dan keputusan yg sengit. Semua peringkat umur disantuni. Setiap kawasan didatangi. Kedua-dua calon ada kualiti dan pendekatan tersendiri.

Jadual Aktiviti Calon PN N12 Jeram
Pada AHAD, 6 Ogos 2023

{Added on 14082023:

GiLoCatur is very impressed by the daily campaign activities published in the PN candidate's FB / META. Hopefully, this systematic way is gonna used by the new YB Harrison when debating in the Selangor's Dewan Undangan Negeri sessions.

Hopefully the new YB will follow up with the Balai Bomba and Balai Polis long issue of Bandar Puncak Alam.

}

Yg penting janji dikota. Isu2 dan keperluan DUN N12 Jeram dibawa dan diperjuangkan ke Sidang Dewan Negeri Selangor.  

GiLoCatur simpan di Meta ini RISALAH (pamphlet) #jeramlestari Calon PN N12 Jeram. 

Risalah #jeramlestari Calon PN N12 Jeram
(JANGAN LUPA JIKA MENANG!)

Kita tunggu keputusan PRN2023 malam 12 Ogos 2023 nanti! Semoga para pengundi DUN N12 memilih calon yg tepat dan terbaik!

Ada pengundi N12 yg masih tak tahu URL Facebook aka Meta kedua2 calon?

Calon Nombor 1
https://www.facebook.com/DatoHajiJahayaIbrahim
https://www.tiktok.com/@datojahayaibrahim

Calon Nombor 2
https://www.facebook.com/harrisonhassan1548
https://www.tiktok.com/@oldputera

#prnselangor2023
#N12Jeram
#gilocaturpemerhatipolitik

 

No comments: