Showing posts with label PRN 2023. Show all posts
Showing posts with label PRN 2023. Show all posts

Tuesday, August 8, 2023

Peratusan Undi Awal PRN 2023 - Khamis 8 Ogos 2023

Tabular di bawah telah GiLoCatur kemaskini. Undi Awal telah usai pada hari ini.

Ada sedikit kesilapan dalam entry sebelum ini. Undi Awal hanya melibatkan Polis dan Tentera serta pasangan mereka sahaja, tidak termasuk PTH Luar Negara. Sudah GiLoCatur keluarkan data PTH Luar Negara dari perkiraan.

Peratusan Undi Awal agak tinggi dengan lebih 95 peratus atau bersamaan 93,106 pemilih berdaftar.

Updated Tabular Undi Awal PRN 2023


#PRN2023
#pilihanrayaenamnegeri
#undiawal 

HARI PENGUNDIAN AWAL PRN 2023 - 8 OGOS 2023

Berita tentang peratusan (%) keluar mengundi bagi Undi Awal hari ini sehingga jam 11:00 pagi seperti screenshot di bawah susah untuk digambarkan dalam bentuk perangkaan dan statistik. 

Statistik Peratusan Undi Awal 
sumber: Astor Awani & SPR

GiLoCatur key in peratusan tersebut dalam Microsoft EXCEL agar data peratusan tersebut dapat di"visualize" dalam bentuk yg mudah difahami.

Dari Tabular Excel di bawah, info dan maklumat Pengundi Awal di kalangan anggota Polis & pasangan adalah paling tertinggi di Negeri Selangor. 

Tabular Peratusan Undi Awal

Manakala Pengundi Awal di kalangan anggota tentera & pasangan adalah paling tertinggi di Negeri Sembilan.

Berapakah jumlah Pengundi Awal "voters turn out" pada hari ini? Dengan mengemaskini data peratusan di Tabular, jawapan akan diperolehi dengan cepat dan pantas. 

Bukankah lebih mudah jika jumlah Pengundi Awal dikeluarkan instead of peratusan? 


#PRN2023
#gilocaturpemerhatipolitik 

Sunday, August 6, 2023

GiLoCatur BERTEMU CALON NOMBOR 2 N12 JERAM

Tak tahu pulak pagi ini Calon PN N12 Jeram ada aktiviti sarapan pagi di warung Wak Basiran di Fasa 1. GiLoCatur sekeluarga juga memilih warung yg sama untuk breakfast seusai brisk walk di BJ. Maka berpeluanglah GiLoCatur disapa dan memberi feedback.

GiLoCatur Berselfie Dengan Calon PN N12 Jeram

Yg penting sebagai penduduk BPA di DUN N12, GiLoCatur telah suarakan keperluan Balai Bomba dan Balai Polis di BPA kepada beliau. Beliau juga maklum tentang isu2 lokal BPA yg diberi feedback oleh penduduk / pengundi N12 sepanjang kempen beliau setakat ini. 

Jika GiLoCatur diberi kesempatan bertemu Calon PH-BN N12 Jeram pun akan suarakan hal yg sama. 

Memerhatikan aktiviti2 kedua-dua calon N12 khususnya di Meta mereka, GiLoCatur menjangkakan satu persaingan dan keputusan yg sengit. Semua peringkat umur disantuni. Setiap kawasan didatangi. Kedua-dua calon ada kualiti dan pendekatan tersendiri.

Jadual Aktiviti Calon PN N12 Jeram
Pada AHAD, 6 Ogos 2023

{Added on 14082023:

GiLoCatur is very impressed by the daily campaign activities published in the PN candidate's FB / META. Hopefully, this systematic way is gonna used by the new YB Harrison when debating in the Selangor's Dewan Undangan Negeri sessions.

Hopefully the new YB will follow up with the Balai Bomba and Balai Polis long issue of Bandar Puncak Alam.

}

Yg penting janji dikota. Isu2 dan keperluan DUN N12 Jeram dibawa dan diperjuangkan ke Sidang Dewan Negeri Selangor.  

GiLoCatur simpan di Meta ini RISALAH (pamphlet) #jeramlestari Calon PN N12 Jeram. 

Risalah #jeramlestari Calon PN N12 Jeram
(JANGAN LUPA JIKA MENANG!)

Kita tunggu keputusan PRN2023 malam 12 Ogos 2023 nanti! Semoga para pengundi DUN N12 memilih calon yg tepat dan terbaik!

Ada pengundi N12 yg masih tak tahu URL Facebook aka Meta kedua2 calon?

Calon Nombor 1
https://www.facebook.com/DatoHajiJahayaIbrahim
https://www.tiktok.com/@datojahayaibrahim

Calon Nombor 2
https://www.facebook.com/harrisonhassan1548
https://www.tiktok.com/@oldputera

#prnselangor2023
#N12Jeram
#gilocaturpemerhatipolitik