Thursday, July 23, 2009

World Chess Qualifiers Zone 3.3 Update


sumber : chessgames.com

IM Mas telah berjaya menewaskan lawannya dalam pusingan pertama iaitu seorang pemain tuan rumah. Di pusingan kedua beliau bermain buah hitam menentang pemain catur tuan rumah yang hebat iaitu GM Nguyen Ngoc Truong Son (FIDE 2592). Permainan mereka berlansung pada jam 4.30 petang tadi dan seharusnya sudah tamat. Tetapi keputusan bagi kategori lelaki masih belum dipaparkan di chess-results.com.

(11.00pm - IM Mas telah seri dengan GM Son. Satu keputusan yang masih dianggap sangat baik. Di pusingan ketiga, IM Mas akan bermain buah putih melawan IM Vietnam dan pilihan ke 15, Duong The Anh (FIDE 2440) di papan kelapan. Mari kita semua rakyat Malaysia mendoakan semoga beliau menang permainan tersebut yang berlansung esok pada jam 2.00 petang. Setakat dua pusingan dengan 1 kemenangan dan 1 seri, IM Mas telah mengumpul 1.5 mata sama dengan pilihan utama GM Wesley So.)

Berikut adalah salah satu game GM Son yang ditewaskan pemain Indonesia, Irwanto Sadikin, di kejohanan Asian Championship pada bulan Mei yang lepas.



Nguyen Ngoc,Truong Son (2588) - Sadikin,Irwanto (2447) [E05]
Subic, Asian Championship (2.15), 14.05.2009

1.d4 Nf6 2.c4 e6 3.g3 d5 4.Bg2 Be7 5.Nf3 0–0 6.0–0 dxc4 7.Qc2 a6 8.a4 Bd7 9.Qxc4 Bc6 10.Nc3 b5 11.Qd3 b4 12.Nb1 Be4 13.Qd1 c5 14.Nbd2 Bd5 15.dxc5 Nbd7 16.Nb3 Nxc5 17.Nbd4 Rc8 18.a5 Qc7 19.Bd2 Qb7 20.Qe1 Nce4 21.Ra4 Nxd2 22.Qxd2 Rfd8 23.Qf4 h6 24.Bh3 Bxf3 25.Nxf3 Qb5 26.Raa1 g5 27.Qe3 g4 28.Nd4 Qd5 29.Nxe6 Qxe6 30.Qxe6 fxe6 31.Bg2 Rc5 32.Rfc1 Rdc8 33.Rd1 R8c7 34.e3 Rf5 35.Bf1 Rcc5 36.Bxa6 Rxa5 37.Bc4 Kf7 38.Rxa5 Rxa5 39.Kg2 Rf5 40.Rb1 Rc5 41.b3 Ne4 42.Rb2 Bf6 43.Rc2 Bc3 44.Be2 Nd2 45.Ra2 Nxb3 46.Ra7+ Kf6 47.Bxg4 h5 48.Bd1 Na5 49.Rh7 b3 50.Rh6+ Ke7 51.Rxh5 b2 52.Rxc5 b1=Q 53.Bg4 Qb2 54.Rc7+ Kd6 0–1

sumber : http://potretcatur.blogspot.com

Pilihan pertama, GM Wesley So, seri dengan seorang FM tuan rumah di papan utama. Seorang lagi pemain Filipina, IM Richard Bitoon (FIDE 2495) , pilihan ke 9 juga telah seri dengan pemain tuan rumah yang memiliki FIDE 2196.

Dalam kategori wanita pula, salah satu keputusan yang menarik minat GiLoCatur ialah kemenangan "puteri catur" Indonesia, WCM Medina Warda Aulia (FIDE 1945) ke atas pemain Filipina, WFM Cua Shercila, yang memiliki FIDE 2167. Tetapi sayangnya Medina gagal meneruskan kemenangannya di pusingan kedua. (Sila ke laman http://potretcatur.blogspot.com/2009/07/susanto-dan-irene-menang-medina-bikin.html untuk berita dan gambar Medina.)

Selain itu satu upset telah berlaku ke atas WGM Indonesia, Irene Kharisma Sukandar (FIDE 2311), pemain pilihan keempat di pusingan kedua. Beliau ditewaskan oleh pemain WFM Vietnam, Pham Bich Ngoc (FIDE 2105), pilihan ke 15. Irene telah menang di pusingan pertama ke atas seorang pemain Filipina.

No comments: