Saturday, July 4, 2009

Catur Dan Sekolah


Di hujung minggu ini terdapat beberapa kejohanan dan pertandingan catur. Hari ini sedang berlansung dua pertandingan. Satu di SK Seri Hartamas, Kuala Lumpur di mana berlansungnya kejohanan catur age-group di samping beberapa aktiviti lain bersempena dengan Karnival Kokurikulum anjuran PIBG sekolah tersebut. Dan satu lagi Kejohanan Catur Rapid Aizek di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun.

Esok pula akan berlansung dua lagi pertandingan catur yang juga diadakan di sekolah. Yang pertama ialah Kejohanan Catur Terbuka Hulu Selangor yang diadakan di SMK Taman Bunga Raya (1), Bukit Beruntung. Yang kedua ialah Kejohanan Catur Terbuka Chung Ling yang bakal berlansung di dewan SMJK Chung Ling, Pulau Pinang.

GiLoCatur berpendapat sekolah-sekolah masih berperanan penting dalam memaju dan menyuburkan pertandingan-pertandingan catur. Walaupun catur belum lagi dijadikan sebagai satu subjek atau kokurikulum wajib di sekolah-sekolah, tetapi guru-guru dan PIBG tidak melupakan catur sebagai salah satu aktiviti dalam karnival anjuran mereka.

GiLoCatur berharap peminat-peminat dan pemain-pemain catur dapat menyertai dan memeriahkan acara tersebut agar ia dapat diteruskan dan dijayakan dengan sebaik mungkin. Jika acara catur tidak mendapat sambutan dan galakan sudah pasti pihak penganjur akan mengeluarkan acara catur dari program-program karnival akan datang.

GiLoCatur tidak dapat menyertai pertandingan catur hari ini kerana anak-anak GiLoCatur ada aktiviti di sekolah mereka. InsyaAllah, esok GiLoCatur dan anak-anak akan ke Bukit Beruntung menyertai pertandingan di sana.


SK Seri Hartamas anjur Karnival Kokurikulum

Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my

DALAM memastikan pelajar mendapat input seimbang, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas (SKSH) akan menganjurkan Karnival Kokurikulum bagi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga sekolah itu.

Pengerusi PIBG sekolah berkenaan, Nor Iza Abu Bakar, berkata program sehari esok (Sabtu) memberi peluang pelajar menunjukkan bakat masing-masing dalam kegiatan sukan dan kokurikulum disertai, selain fokus kepada pelajaran.

Katanya, program itu juga bertujuan mengumpul dana bagi membiayai aktiviti dirancang dan menambah baik prasarana sekolah terbabit.

“Kami bersyukur kerana menerima sumbangan berjumlah RM20,000 daripada pelbagai penaja termasuk Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan, Bukit Kiara Properties Sdn Bhd, Sunrise Berhad, Seni Nusantara Sdn Bhd, Pusat membeli belah Hartamas, Zaitun Industries Sdn Bhd, Clark Hatch Fitness Centre, Dawama Sdn Bhd dan KH Land Sdn Bhd.

“Pelbagai aktiviti menarik disusun, antaranya kejohanan catur, pertandingan futsal, bola jaring, sukan rakyat seperti lari dalam guni, congkak dan tarik tali, selain pembabitan stesen radio Hot Fm dan Fly Fm.

Sumber :
http://www.bharian.com.my/Friday/Pendidikan/20090703073156/Article/index_html


No comments: