Friday, May 22, 2009

Thank GOD It's Friday! (TGIF)

Sewaktu membelek-belek akhbar Utusan Malaysia pagi (GiLoCatur : jarang-jarang beli akhbar ini, tetapi cuba cari kelainan di pagi Jumaat ini) ada dua berita yang benar-benar menarik minat dan perhatian :

Fin Keheller dari Sandy, Utah.
  1. Di muka hadapan terpampang tajuk berita "Bank silap masuk RM22j ke akaun sepasang kekasih" - Sepasang kekasih di New Zealand telah mendapat durian runtuh dalam akaun bank mereka apabila permohonan overdraft mereka sebanyak NZ$10,000 iaitu bersamaan lebih kurang RM21,000 dari sebuah bank telah tersilap bayar dengan jumlah NZ$10 juta. Wow! apalagi terus hilang pasangan kekasih tersebut, dipercayai ke luar negara.  (GiLoCatur: Kalau perkara sebegini berlaku kepada anda, apakah tindakan anda? Ambil duit tersebut dan melarikan diri. Atau adakah anda terutamanya yang beragama Islam akan memulangkan semula wang tersebut? Pastinya anda dalam dilema samada mahu menjadi seorang yang jujur atau sebaliknya. Jika ini berlaku pastinya satu dugaan dan ujian yang besar.
  2. Satu lagi berita tentang seorang kanak-kanak di Utah, USA yang bernama Fin Keheller telah mencipta satu rekod dunia dengan melekap siput di atas mukanya. Rekod tersebut ialah "Most Snails On A Face" di mana beliau yang baru berusia 11 tahun telah berjaya melekapkan sebanyak 43 siput jenis mollusks di atas mukanya. Macam-macam kerenah manusia di muka bumi ini. So, bagaimana dengan kanak-kanak di Malaysia? Tidak bercita-cita ingin memecahkan sesuatu rekod dunia yang boleh diiktiraf oleh Guiness World of Records? Jika ada cita-cita bolehlah akses dan lawati laman web ini untuk mencari idea rekod apa yang ingin dipecahkan mengikut kebolehan yang ada pada diri.

Selain itu, GiLoCatur juga sangat gembira pada hari ini kerana laman blog ini telah melepasi 10,000 hit semenjak 9 Oktober 2008. Ini memberi galakan kepada GiLoCatur sebagai seorang blogger untuk terus mengemaskini dan membuat posting di laman blog ini terutamanya yang berkaitan dengan catur. TERIMA KASIH! THANK YOU! SYUKRAN! to all who have visited this blog.


No comments: