Cerita ceriti GiLoCatur hari ini :
- Semalam diberitakan di India ada seorang hamba Allah yang tidak mandi selama 35 tahun kerana bernazar. Wah, macam manalah agaknya tidak mandi selama itu. Tidak gatal ke badan dia? Cuba bayangkan jika ada pemain-pemain catur yang tidak mandi dalam kejohanan catur terutamanya jika mereka adalah lawan kita. Anak-anak GiLoCatur pernah komplen tentang seorang lawan mereka yang mulutnya berbau. Mereka sungguh tidak selesa dan terpaksa menutup hidung. GiLoCatur juga pernah tidak mandi sehari dua sewaktu menuntut di Texas, USA suatu ketika dahulu. Tetapi bezanya badan tidak berbau kerana cuaca yang tidak "humid" seperti di negara kita. Jika di Malaysia sure badan akan berbau jika tidak mandi sehari dua.
- Di Kosmo, salah satu berita yang menarik minat GiLoCatur ialah tentang satu program yang akan dilaksana oleh JAIP (Jabatan Agama Islam Pahang) terhadap pelaku-pelaku maksiat. Program tersebut ialah aktiviti lawatan ke rumah mayat, ke hospital melihat pesakit-pesakit kronik dan ke rumah-rumah orang tua. GiLoCatur amat bersetuju dengan program tersebut kerana ia mungkin lebih berkesan dari kuliah-kuliah dan ceramah agama. So apa komen pembaca-pembaca blog GiLoCatur?
- Wah satu lagi berita hebat tentang ICT yang berlaku di negara ini. RapidPenang sedang buat pilot selama 3 bulan menyediakan nilai tambah ("value add") pada perkhidmatan bas mereka dengan menyediakan perkhidmatan WiFi percuma kepada penumpang-penumpang. Hebat tu sebab boleh akses internet secara percuma dalam bas. Harap-harap tidak berlaku aktiviti jenayah ragut notebook pula di negara ini. GiLoCatur bagi "thumb up" kepada RapidPenang mengenai perkhidmatan percuma tersebut. Harap ia bukan sekadar "hangat-hangat tahi ayam" di mana ia hanya bertahan untuk seketika. Sudah tentu kena ada maintenance untuk memastikan perkhidmatan tersebut berterusan dan tiada gangguan.
No comments:
Post a Comment