Friday, January 20, 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017!


Rasanya masuh belum terlambat untuk GiLoCatur mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2017.

fAmIlY TrIp Dec 2016
GUA TEMPURONG, PERAK

Tahun 2016 bakal meninggalkan kita. Tahun 2017 bakal mendatang. Di kala usiaku sekarang, pertukaran tahun bakal kusambut dengan cara yang berbeza tidak seperti di kala usiaku dua dekad yang lalu. Kenapa? Kerana dek usiaku semakin banyak, aku semaking matang dan dewasa. Apa yg aku tak faham dahulu, kini aku sudah mengerti. Apa yg aku tidak pasti dahulu, kini aku sudah yakin. Apa yg sering aku lupa dahulu, kini aku sering ingat.
Selamat tinggal 2016. Banyak kenangan yg kau berikan. Banyak pengalaman yg ku tempuh. Banyak peristiwa yg ku lalui. Banyak kejayaan sudah ku cipta. Banyak kegagalan juga dirasa. Banyak kisah yg telah berlaku.
Selamat datang 2017. Semoga banyak kenangan indah. Semoga banyak kejayaan tercipta. Semoga banyak peristiwa manis. Semoga bertambah kematangan. Semoga bertambah keimanan dan amal ibadah. Semoga lebih berbahagia. Semoga impian jadi kenyataan.
SELAMAT TAHUN BARU 2017 dariku SALEH sekeluarga kepada kaum keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan kenalan alam maya.

No comments: