Thursday, May 22, 2008
Chelsea in the Euro Cup Final
Tidak sabar rasanya hendak menunggu perlawanan akhir Euro di antara Chelsea dan MU yang akan berlansung di Moscow sebentar lagi. Mengingatkan Moscow, aku terkenang ketika aku berada di sana selama 10 hari beberapa tahun yang lalu. Aku memang tertawan dan tertarik dengan Moscow.
Di antara keunikannya ialah stesen-stesen keretapi yang cantik dan menarik. Jika ada peluang lagi, sudah pasti aku akan pergi lagi ke Moscow. Tetapi kali ini seboleh mungkin aku akan mencari peluang untuk menyertai pertandingan catur yang Rusia memang terkenal kerananya.
Tetapi di antara kisah yang tidak dapat aku lupakan ialah ketika cuba makan roti mereka. Sungguh keras dan sukar untuk tekak aku menelannya. Apa lagi asyik pekena "fish burger" McD aje lah. Sampaikan beli sekali untuk makan malam dek kerana malas nak keluar dari hotel ke McD tersebut.
Selain itu masihku ingat di mana aku terbeli udang yang harganya mencecah RM 100 yang tidak sampai pun setengah kilo. Ini kes tersalah congakan pertukaran wang lah. Aku membeli udang tersebut kerana setelah beberapa hari tinggal di hotel, aku mencari apartment yang ada kelengkapan memasak. Tujuannya ialah agar aku dapat masak untuk menjimatkan ongkos yang bisa digunakan untuk berjalan-jalan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment