Showing posts with label paijenjalankodah2024. Show all posts
Showing posts with label paijenjalankodah2024. Show all posts

Monday, March 4, 2024

PAIJENJALANKODAH FEB 2024 - DI MUZIUM PADI KEDAH

Antaro tompek lawatan maso #paijenjalankodahfeb2024 tempohari adolah Muzium Padi yg lokasi nyo di dopan Guo Keriang.

Antaro sobab pai ke situ dek nak cai tompek beraircond dan sojuok. Ala beberapo jam bepaneh ketiko melawat Menaro Alor Star, Pokan Robu, Rumah Merdeka, Rumah Kelahiran Tun Mahathir, dan Balai /Muzium Seni (tutup).

Nak pai ke Gua Keriang, tekonang kudrat ala kurang untuok mendaki dan melalui lorong2  bercerun. Lagi pun totap paneh sebolum masuok ke dalam guo.

Olun cubo pai, ala raso indak tolok ha ha Suhu yg paneh dan tinggi melobiohi 35 darjah celcius tolok juo kami harungi, kiro alhamdulillah lah.

Ughang duma GiLoCatur ko membosau di bondang. Jadi lawatan ke Muzium Padi ko agak weird sengenek. Sobab segalo peralatan dan bab2 padi dan bondang ko ala biaso bagi inyo. Tau belakolah apo yg dipamirkan di Muzium Padi ko. Mungkin namo dan panggilan yg bebezo. 

Lainlah GiLoCatur yg membosau dan godang di kobun kambia. Indak ponah buek kojo2 bondang doh.

Mengikut flyer yg GiLoCatur dapek, Muzium Padi di Kedah iko adalah antara yg terawal di dunio. Cer hangpa check kalau indak pecayo.

Begitulah serba sengenek pengalaman GiLoCatur dan ughang duma pai jalan2 melawat Kodah khususnya bandar Alor Star, Puncak Jerai, Yan, Tanjung Dawai dan Sungai Batu.

Negaro awak Malaysia ko indak kurang tompek2 yang ancak dan mendamaikan. Indak kurang juo dengan tompek2 bersejarah.

Pai lah melawat untuok healing healing nyie gen Z. Selagi masih bertenago. Ala tuo payah awak nak bejalan dan bejajang.

Ambiok ikhtibar. Nyie ughang2 tuo awak, "Jawuo bejalan, lowey pemandangan"!

Semoga perkongsian GiLoCatur ini bermanafaat. Wallahu a'lam!

*FB POST on 4 March 2024 on Muzim Padi Kedah visit during #paijenjalankodahfeb2024


Koleksi foto di Muzium Padi Kodah!

Mengimbau konangan dengan basikal tuo dopan bondang he he

GiLoCatur di hadapan pintu masuk Muzium Padi Kedah

Zah bergambar dengan pokok padi muda

Zah di dalam Muzium Padi Kedah

Nampak mcm real je background tu kan?

Berlatarbelakangkan kampung sawah padi di Kedah

GiLoCatur & Zah difoto oleh professional photographer


Zah di hadapan pintu masuk Muzium Padi Kedah


#jenjalanpaikodah2024
#coretangilocatur
#pemusafirangilocatur
#muziumpadikedah

Wednesday, February 28, 2024

PAI JENJALAN KODAH 2024 - Part 1

 

Setelah mengharungi lebih 400 km pemanduan di atas Lebuhraya PLUS arah Utara dengan exit di susur keluar 173, maka sampailah GiLoCatur dan isteri ke tempat bermalam pertama di sebuah chalet.

Usai bersarapan pagi di sebuah restoran masakan Kelantan berhampiran rumah, GiLoCatur memulakan pemanduan.

Singgah mengisi petrol di stesen minyak di LATAR, kereta merah yang dipandu memasuki lebuhraya kira-kira pada jam 10 pagi.

Setengah jam kemudian kereta merah mulai meninggalkan Negeri Merah Kuning dan memasuki Negeri Yeop. Pemanduan agak lama di negeri tersebut. Alhamdulillah perjalanan lancar kecuali sekali dua terpaksa mengharungi kesesakan dek kerana penutupan lorong for road maintenance.

Sekali dek kerana sebuah lori melintang terbalik di atas lebuhraya seperti gambar di bawah.

Lori terbalik di tengah2 lebuhraya arah ke Selatan

Sudah agak lama GiLoCatur tidak memandu ke utara. Ketika Projek JIM dahulu, GiLoCatur kerap memandu kereta putih ke utara outstation.

Ketika anak2 aktif menyertai kejohanan catur, GiLoCatur kerap memandu kereta kelabu ke utara khususnya dari tahun 2008 hingga 2015.

Ketika pemanduan semalam, GiLoCatur sempat bernostalgia tentang pemanduan ke utara berseorangan diri atas urusan kerja di SP, WK, PB dan BKH. Ketika itu GiLoCatur gemar memandu di waktu malam walaupun cuaca tidak sepanas ketika ini.

Kurang pasti berapa suhu ketika itu kerana kereta putih tidak secanggih kereta merah. Yang pasti di bawah 30 darjah celcius.

Semalam, dengan kecanggihan dan teknologi kereta merah merekodkan suhu tertinggi antara 37 dan 38 darjah celcius.

Setelah Check In di Kg Yan Chalet, 7007 > 7416 km, 38 darjah celcius

Ya, cuaca sangat panas di kala ini. Global Warming adalah salah satu puncanya.

Kira-kira pada jam 12:45pm, kereta merah telah memasuki ke negeri yang terkenal dengan ferinya pada satu ketika dahulu. Tidak lama pemanduan di dalam negeri tersebut. Pekan Jawi adalah tempat pertama yg akan ditempuhi di atas lebuhraya ke utara di negeri yg namanya bermula dengan perkataan Pulau.

Tidak lama kereta merah berada di negeri tersebut. Hanya setengah jam sahaja. Ketika memandu kereta putih dahulu, GiLoCatur akan membayar tol di Ipoh.

Ketika memandu kereta merah semalam, GiLoCatur tidak perlu bayar tol di Ipoh. Bypass sahaja. Sebaliknya tol dibayar sebelum keluar negeri yg terkenal dengan jambatannya.

Pada jam 1:15pm, GiLoCatur dan isteri telah memasuki Negeri Jelapang Padi pula. Perlu mengambil tiket tol dan keluar di Susur Keluar nombor 173. Bayaran tol sebanyak 5.80.

GiLoCatur tidak sangka boleh memandu straight to the destination. Ingat akan berhenti di salah satu R&R untuk ke bilik air. Al maklum usia pun bukannya masih muda. Sudah lebih mid 50s.

Setelah check in di chalet yg telah ditempah kelmarin, berehat sebentar dan mandi untuk menyegarkan badan. Cadang nak makan di sebuah restoran yg berkonsepkan pokok nipah, tetapi dek kerana tutup terpaksa mencari tempat makan lain.

Memandangkan Tanjung Dawai yg terkenal dengan belacannya tidak jauh dari chalet, GiLoCatur bergegas ke sana. Sebab perut sudah lapar.

Beli Belah produk Tanjung Dawai spt belacan

Begitulah coretan pemanduan GiLoCatur semalam.

Semoga sahabat GiLoCatur Abdul Rahman Ahamad yg bertanya ke mana pemusafiran kali ini, sudah dapat jawapannya. Pemusafiran selama tiga malam je. Pemusafiran bajet.


#pemusafiranfeb2024
#healinghealingbakkatagenz
#fajarrabu28feb2024
#coretangilocatur