Malam semalam GiLoCatur ada kelas catur bersemuka dengan seorang pelajar.
Kelas kali kelima. Ajar dari zero walaupun pelajar sudah tahu susun buah dan gerakan buah.Sangat penting pelajar catur diajar asas dan prinsip2 permainan yg betul agar beliau boleh jadi pemain berkualiti dan kuat.
Topik yg GiLoCatur ajar semalam adalah Opening. Semua pemain catur sudah maklum ada tiga fasa permainan catur.
Ketika di alam persekolahan dulu, GiLoCatur tak tahu pun nama2 opening. Sebab tiada coach yg mengajar, dan tiada sumber untuk dirujuk dan belajar.
Ketika kembali aktif bermain catur di tahun 2009, GiLoCatur main opening Queen's Gambit bagi buah Putih dan French Defense bagi buah Putih.
Jadi semalam ajar opening Queen's Gambit kepada pelajar GiLoCatur. Selain itu, GiLoCatur juga tunjuk opening Ruy Lopez.
Semua chess coach akan ajar dan minta para pelajar mereka untuk ada paling kurang satu opening repertoire untuk buah Putih dan satu lagi untuk buah Hitam.
Mempunyai memori dan ingatan kuat dan bagus adalah satu aset bagi seorang pemain catur. Banyak opening dan pelbagai variasi yg boleh diingati dan dihafal.
Tetapi kelebihan ini kurang berkesan jika pemain tersebut tidak menguasai taktik dan strategi. Bagi bukan pemain catur, pasti tidak tahu apa perbezaan di antara kedua bab ini - taktik dan strategi.
Ketika bermain catur, membuat pilihan adalah satu kewajipan. Ia dinamakan decision making dalam bahasa Inggeris.
Buat pilihan antara A dan B agak mudah. Tapi buat pilihan antara A, B, C, D dan E, tidak mudah. Pertimbangan terbaik perlu dilakukan dan dilaksana. Ia menentukan keputusan permainan catur, samada kemenangan atau kekalahan.
Bermain catur perlu BERFIKIR. Berfikir adalah amalan seorang intelektual.
Budaya berfikir perlu disemai di kalangan masyarakat di negara ini.
![]() |
Meja Catur Di Sekolah |
Foto: GiLoCatur salute kepada sekolah-sekolah yg mengecat papan catur atas meja-meja di sekeliling sekolah. Diharapkan budaya bermain catur jadi amalan para pelajar di waktu rehat dan senggang.
#lovechess
#gilocatur
#SukanCatur
No comments:
Post a Comment