Friday, May 21, 2021

Nostalgia Pasukan Catur MSSS L15 di MSSM 2011

 

Pasukan MSSS L15 2011

Gambar Pasukan Catur L15 MSS Selangor 2011 di atas sangat bermakna dan nostalgia khususnya kepada Hj Saleh aka GiLoCatur.
Ia mengingatkan Hj Saleh banyak perkara. Numero uno, jika pingat Emas bukan hak kita, maka berputih matalah kita. Pasukan yang dibarisi tiga pemain MSSD Petaling Perdana dan seorang pemain MSSD Kuala Selangor telah menewaskan pasukan pilihan iaitu Pasukan L15 MSSKL. Sudah pasti ianya satu kegembiraan kepada kontinjen Catur MSSM Negeri Selangor. Hanya perlukan seri di pusingan akhir menentang pasukan L15 MSS Johor.
Belum rezeki dan sudah suratan, Pasukan L15 Selangor ini gagal dalam misi mereka untuk sekurang-kurangnya dapat keputusan seri. Betapa sayu dan sebak hati seorang ayah melihat kesedihan anak dan rakan-rakan sepasukannya ketika melihat kegembiraan Pasukan L15 Kuala Lumpur naik ke podium menerima kalungan pingat Emas mereka.
Memang Fikri, Irfan, Jun Keat dan Sunil seharusnya bergembira naik ke podium menerima kalungan Pingat Perak mereka. Tetapi sudah pastilah gelaran Juara dan Pingat Emas tidak sama dengan gelaran Naib Juara dan Pingat Perak.
Apa-apa pun ianya telah berlalu. Lesson learnt. Anyway, GiLoCatur congratulate the team for their hardwork and commitment on their every match and game during the 2011 MSSM chess championship.
Sekarang keempat-empat bekas pemain catur MSS Selangor ini telah dewasa (22 dan 23 tahun) dan sedang menuntut di universiti. Semoga mereka semua sukses dalam career dan kehidupan masing2.
Ada satu kisah menarik bila Hj Saleh kenang berkaitan gambar ini. Dua orang ibu pemain pasukan ini telah diganggu antu di penginapan mereka. Siapakah mereka itu, biarlah jadi rahsia dalam koleksi memori dan kenangan Hj Saleh aka GiLoCatur he he

FB Post 28 Aug 2019


All the moments and experience in life either sweet or bitter shall be lessons to us.
Cherish them. Share them especially with ur kids and grand kids.
It is a dream for GiLoCatur to compile all these moments and experiences into a book.

FB Post 28 Aug 2020

No comments: