Friday, May 5, 2017

The Thoughts and Feelings of Cikgu Salihin

GiLoCatur would like to share the thoughts and feelings of Cikgu Salihin after his Romania trip and meeting with the Malaysian PM, Datuk Seri Najib Tun Razak in Putrajaya a couple of days ago. 

Cikgu Salihin just published it in his facebook a couple of hours ago. GiLoCatur hopes the whole Malaysian chess community get motivated to bring chess to the highest limit. 

Below photo of Cikgu salihin with his wife and some of their children with the PM is from the PM's facebook.

The PM, left, with Cikgu Salihin's family
photo from the PM's official facebook

Below is the fb post:

Assalammualaikum. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kpd semua pihak yg tak putus-putus memberi kata-kata sokongan kpd kami sekeluarga sepanjang merentasi cabaran di Romania.
Dari mesej di WhatsApp hinggalah di Fb, tak putus-putus saya terima dan ada juga yg berusaha utk mengadakan kutipan derma bg membantu saya dan anak-anak.
Sesungguhnya, pemergian saya ke Romania adalah kerana yakin dgn kemampuan mereka bersaing dgn pencabar antarabangsa.
Selain ia adalah permulaan kpd sasaran menjadi pemain catur profesional. Dicabaran peringkat antarabangsa ini mereka bukan sahaja membawa nama sendiri malah nama Malaysia.
Alhamdulillah perjlnan yang sukar pd awalnya dipermudahkan Allah SWT. Setiap kesukaran ada hikmahnya kerana Allah tidak akan menguji hambanya yang tidak mampu menangainya.
Kepulangan kami pd malam Selasa, disambut ahli keluarga dan tiada yg lebih indah selain dapat kembali semula ke sisi keluarga besar kami.
Alhamdulillah...walaupun tdk membawa pulang sebarang pingat di Kejohanan Catur Individu Sekolah Dunia 2017, Afiqqh Zahra dan Nur Anisah memperoleh satu pendedahan dan pengalaman sgt berharga.
Untuk Afiqah Zahra, di 2 pusingan yang terakhir, tekanan yang dirasainya amat kuat kerana setiap keputusan perlawanannya adalah penentu kpd kedudukkannya dlm senarai 3 pemain teratas.
Namun dlm usia yg baru 7 tahun dan pertama kali didedahkan diperingkat antarabangsa Afiqah Zahra tdk mampu menangani tekanan itu dan sekadar seri di pusingan 8 dan 9 di mana dia sekadar berada di tangga ke 5 dunia bagi kategori P7 ( Perempuan 7 Tahun). Apapun ia tetap satu pencapaian yang baik.
Insha Allah pd 20 - 30 Julai 2017, satu lg Kejohanan Catur Sekolah Asia di China akan berlangsung. Afiqah Zahra dan WCM Farah Liyana merupakan pemain yg turut tersenarai ke kejohanan tersebut.
Selain itu jika diizinkanNya akan turut serta 3 lg adik- beradik mereka iaitu Ahmad Danial Aqil, Hannah Farisah dan Alya Izzati.
Perjalanan masih jauh dan Insha Allah dgn izinNya serta usaha, mereka dpt pergi lebih jauh.
Apatah lg dari sokongan Perdana Menteri sendiri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak yg sudi meluangkan masa utk bertemu kami dan mengucapkan tahniah dan bertanyakan banyak perkara tentang penyertaan permata hati saya ini.
Saya sendiri terharu dpt membawa sebahagian ahli keluarga bertemu Perdana Menteri tanpa disangka-sangka.
Manakala sebahagian lg anak saya seramai 4 org, tidak dpt turut serta iaitu Ahmad Danial Aqil, Hannah Farisah, Alya Izzati dan Farah Liyana. Ketika ini mereka sedang menggalas tanggungjwb selaku pemain mewakili Daerah Klang di Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor.
Saya tahu ramai yang memberikan komen agak negatif melihat foto-foto saya bersama Perdana Menteri di media walhal saya sebagai warga pendidik sudah dididik dan mendidik agar tdk bersangka buruk terhadap org lain.
Saya rasa tidak adil kita berkata yg tidak elok tanpa kita ketahuinya sebagaimana yg saya katakn, setiap kesukaran pasti ada hikmahnya.
Kalangan ibubapa yg sama-sama berjuang dgn anak-anak disetiap kejohanan catur tempatan dimerata sama ada di semenanjung mahu pun di sabah dan sarawak sudah tentu lebih arif dan masak akan pelbagai rintangan yg kami depani.
Alhamdulillah, hikmah pertemuan dgn Perdana Menteri akan membuka byk ruang kepada komuniti sukan catur yang sebenarnya bergerak sangat aktif di Malaysia. Seperti sukan-sukan teras, sukan catur juga mampu utk berdiri gah di peringkat dunia.
Jika sukan-sukan yg lain sering mendapat perhatian daripada pihak penaja kerana mempunyai pengikut yg ramai...sukan catur sebenarnya tidak kurang hebatnya.
Tiada kelihatan penyokong bersorak di vanue...juga gendang berbunyi menggamit suasana penyebab faktor ia kelihatan tiada pengikut atau peminat. Setiap peminat sukan ada caranya yg tersendiri dlm mengekspresikan sokongan mereka terhadap sukan kegemaran begitu juga dgn catur.
Komuniti catur kami punya cara yg tersendiri dlm memberi sokongan kpda sukan ini. Diharapkan selepas ini catur dpt sama-sama menikmati keistimewaan yg setaraf dgn sukan-sukan lain.
Jika pemain-pemain catur itu sememangnya punya bakat dan potensi utk memberi kejutan bantulah anak-anak ini dalam mencipta sejarah baru.
Apa yg boleh saya katakan di sini Perdana Menteri turut membantu kepada kesukaran yg saya hadapi ini sejurus kembali dari Romania dan ia benar-benar meringankan dan mengembirakan kami sekeluarga namun tak dapat saya nyatakan selanjutnya di sini.
Cukuplah saya katakan itu tetapi apa yg penting pada saya adalah kesudian pemimpin negara utk bertemu anak-anak yang membawa nama Malaysia dan saya amat berterima kasih kepada Dato Sri Najib.
Setiap yg berlaku ada hikmahnya dan kita sendiri jika terus menerus menyalahkn org lain tanpa berusaha, doa dan tawakal kita tdk akan menemui jlnya.
Allah Maha Mendengar, Alhamdulillah ini adalah permulaan kpd perjlnan yg masih jauh anak-anak saya dalam mengharumkan nama Malaysia. Namun dgn sokongan dan doa dari semua pihak, Insha Allah ia pasti mudah.
Dlm kita menghabiskan masa mencari yg tdk baik, gunakanlah tenaga itu utk mencari yg baik-baik kerana jika yg baik itu kita cari, pastinya hasilnya akan baik.Insha Allah.
Sekali lg saya ucapkan terima kasih kepada Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak yg sudi bertemu dgn kami dan setiap kata dan sumbangan yg diberikan amat dihargai.
Dan tak lupa sahabat- sahabat media terutama Harian Metro yg tak lekang yang memberikan liputan tentang kami.
Doakan saya agar dpt membuka lembaran baru dalam dunia percaturan ini. Berbagai halangan dan rintangan perlu saya hadapi selepas ini.
Mudahan, patah kata yang saya coretkan adalah yg baik-baik kerana itu adalah doa dan doa orang mukmin itu Insha Allah dimakbulkan Allah SWT.

Below is a post of the Malaysian PM in his official facebook.


Gens una sumus (We are one people)

No comments: