Wednesday, June 10, 2009

Kejohanan Catur Asean Age Group Ke 10

Hotel Huong Giang, tempat kejohanan.


Sekarang sedang berlansung Kejohanan Catur Asean Age Group ke 10 di Bandar Hue, Vietnam. Kejohanan 9 pusingan tersebut yang bermula dari 6 hingga 15 Jun 2009 diadakan di Hotel Huong Giang. Beberapa orang pemain catur Malaysia mengambil bahagian. Mereka adalah :

Amier Hamzah Bin Mohd Zuhri (Open 8)
Jerome Yong Lik Boh (Open 12)
NM Edward Lee Kim Han (Open 16)
Amru Mohd Tariq (Open 20)

Nur Najiha Azman Hisham (Girls 10)
NJWM Nur Nabila Azman Hisham (Girls 12)
Camilia Binti Johari (Girls 12)

Hari ini merupakan hari rehat. Setakat ini mereka telah bermain sebanyak lima pusingan. Empat pusingan lagi akan diadakan pada 11 dan 12 hb. Bagaimana keputusan pemain-pemain catur Malaysia setakat ini? (GiLoCatur : Ada sedikit kesilapan. Nampaknya jadual kejohanan yang GiLoCatur rujuk telah berubah. Rupa-rupanya hari ini bukan hari rehat. Ada dua permainan pada hari ini - 8.30 pagi dan 3.30 petang.)

Dalam kategori Open 8, Amier Hamzah bersama 27 pemain catur dari negara lain akan berentap untuk mencari juara. Ke semua peserta kategori ini masih belum memiliki FIDE rating. Amier yang banyak menyertai pertandingan dan kejohanan catur dalam negara ingin mengulangi kecemerlangan Yeoh Li Tian di kejohanan luar negara. Amier bermula dengan cemerlang apabila menewaskan pemain tuan rumah, Luu Quang Vu, di pusingan pertama dengan bermain buah hitam. Tetapi rentak tersebut gagal diteruskan apabila Amier tewas tiga pusingan berikutnya kepada pemain Filipina, Singapura dan Vietnam. Di pusingan kelima, Amier berjaya menewaskan pencabarnya dari Vietnam. Dengan itu Amier setakat ini memiliki 2 mata. (GiLoCatur : Amier menang pusingan keenam. Ini bermakna Amier sekarang memperolehi 3 mata. Teruskan momentum kemenangan untuk 3 lagi pusingan terakhir.

Jerome Yong Lik Boh bermain dalam kategori Open 12. Kategori ini hanya disertai oleh 21 orang peserta. Hanya empat orang pemain, kesemuanya dari Vietnam, yang memiliki FIDE rating. FM Tran Tuan Minh dari Vietnam merupakan pemain seeded pertama dengan FIDE rating 2042. Jerome tewas tiga pusingan pertama kepada pemain-pemian Vietnam. Beliau menang di pusingan keempat dan seri dengan pemain Singapura di pusingan kelima. Di pusingan keenam nanti Jerome, dengan 1 1/2 mata, akan berlawan dengan pemain dari Rusia, Chebotar Kirill.  (GiLocatur : Sayang Jerome tewas di pusingan keenam. Jangan putus asa, teruskan permainan dengan penuh semangat. Anak Malaysia tabah dan bersemangat.)

 
National Master tahun lepas, Edward Lee, yang menyertai kategori Open 16 tewas di pusingan pertama kepada Kaushik Murali dari Singapura. Di pusingan kedua menentang pemain Vietnam, Edward seri. Edward mendapat momentum di pusingan ketiga dan keempat dengan menewaskan seorang lagi pemain Vietnam dan pemain Singapura. Tetapi agak malang momentum tersebut disekat oleh pemain dari Philippine di pusingan kelima. Dengan berbekalkan 2 1/2 mata, Edward akan menentang pemain seeded ketiga dari Vietnam, Dang Duy Linh, di pusingan keenam. Edward merupakan pemain seeded keempat dalam ketegori beliau dari sejumlah 12 orang peserta.

(GiLoCatur : Edward seri di pusingan keenam dengan pemain yang mempunyai rating yang lebih tinggi. Satu keputusan yang dianggap bagus. Keep it up!)


Amru Tariq menyertai kategori Open 20 yang disertai pemain-pemain hebat. Dengan FIDE rating 2045, Amru hanya berada dikedudukan ke-16 dari 23 pemain dalam kategori tersebut. Hanya empat orang pemain yang masih belum mempunyai FIDE rating. Amru tewas di dua pusingan pertama kepada pemain yang memiliki rating 2200+. Amru menang dua pusingan berikutnya termasuk berjaya menewaskan pemain Vietnam, Bao Khoa, di pusingan keempat. Sayangnya Amru tidak dapat meneruskan kemenangan beliau ke atas seorang lagi pemain rating 2100+ di pusingan kelima. Dengan berbekalkan 2 mata, Amru akan menetang FM Rian Kapriaga, satu-satunya pemain lelaki Indonesia di kejohanan ini di pusingan keenam. 

(GiLoCatur : Nampaknya Amru gagal untuk menewaskan FM Indonesia. Jangan putus asa! Teruskan permainan dengan penuh semangat. Jadikan ia sebagai satu kenangan dan pengalaman manis untuk terus mencipta kejayaan di persada catur.)


Bersama 28 pemain catur yang kebanyakannya dari negara tuan rumah, Najiha bermain dalam kategori Girls 10. Agak sukar untuk mengetahui kekuatan pesaing-pesaing beliau kerana semua peserta dalam kategori ini masih tiada FIDE rating. Setakat ini Najiha bermain dengan cemerlang kerana belum pernah tewas. Najiha menang pusingan pertama dan kedua, kemudian seri kedua-dua pusingan berikutnya sebelum menang di pusingan kelima. Dengan berbekalkan 4 mata, Najiha akan berdepan dengan pemain dari Indonesia, Karenza Dita, di pusingan keenam esok.

(GiLoCatur : Tahniah Najiha kerana menang ke atas pemain Indonesia di pusingan keenam pagi tadi. Ini bermakna laluan semakin cerah bagi Najiha untuk bergelar juara. Tetapi Najiha perlu menang ke atas lawan beliau pemain tuan rumah yang juga memiliki 5 mata  di pusingan ketujuh pada pukul 3.30 petang ini waktu Vietnam. Good Luck! Najiha. Semua rakyat Malaysia terutamanya pencinta-penicnta sukan catur tanahair mendoakan kejayaan anda!)


Hanya 19 orang pemain menyertai kategori Girls 12. NJWM Nabila dan Camilia bermain dalam kategori ini. Dengan FIDE rating 1837, Nabila berada pada ranking kedua di belakang WCM Medina Warda Aulia, puteri catur Indonesia yang pernah menyertai Kejohanan Catur Terbuka KL - Challengers tahun lepas yang dimenangi oleh Nabila. Di pusingan pertama Nabila tewas kepada pemain Vietnam. Di empat pusingan berikutnya, Nabila cemerlang dengan menang ke semua permainan. Dengan 4 mata, Nabila akan bertemu dengan puteri catur Indonesia, Medina, di pusingan keenam esok.



Camilia bermula cemerlang dengan memenangi dua pusingan pertama ke atas dua orang pemain tuan rumah. Tetapi di pusingan ketiga, Camilia telah disekat oleh puteri catur Indonesia Medina. Camilia seri di pusingan keempat. tetapi sayangnya Camilia tewas di pusingan kelima kepada WCM Vietnam. Esok di pusingan keenam, Camilia akan menentang pemain dari Philipine dengan berbekalkan 2 1/2 mata. (GiLoCatur : Camilia seri di pusingan keenam. Bravo, teruskan usaha. Berusaha untuk menang baki 3 game.)



Puteri catur Indonesia, WCM Medina Warda Aulia (FIDE 1882)

Perlawanan epic pada pusingan keenam esok dengan Puteri catur Malaysia, NJWM Nur Nabila. Berjayakah Nabila menewaskan beliau untuk mengungguli kategori Girls 12? Inilah peluang keemasan Nabila untuk menjadi juara di peringkat antarabangsa di Bandar Hue, Vietnam setelah berjaya menjuarai KLCA Open - Challengers pada tahu lepas di Kuala Lumpur.

(GiLoCatur : Keputusan terkini merujuk kepada chess-results.com, puteri catur Malaysia telah tewas kepada puteri catur Indonesia di papan utama. Ini bermakna, WCM Medina dijangka akan menjuarai kategori Girls 12 kerana setakat ini sedang mendahului dengan 2 mata. Semoga Nabila, 4 mata bersama 3 orang pemain, tidak putus asa untuk meneruskan permainan dengan cemerlang pada pusingan-pusingan berikutnya.)


GiLoCatur berharap kepada semua mereka untuk bermain dengan cemerlang di pusingan-pusingan berikutnya. Jangan sia-siakan peluang yang ada dengan menyertai kejohanan catur luar negara yang sudah pasti memerlukan sejumlah kewangan yang besar. Daripada apa yang GiLoCatur dengar, mereka mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menyertai Kejohanan Catur Asean Age Group ke-10 ini. Best of Luck! kepada mereka semua untuk mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

MAJULAH CATUR UNTUK NEGARA!
    

No comments: