Tuesday, November 14, 2023

HAPPY 27th BIRTHDAY FIKRI SALEH & NURUL AIN ON 13.11.2023

ALHAMDULILLAH!

Bersyukur ke hadrat Illahi yg telah mengurniakan GiLoCatur dan isteri TIGA orang pewaris ketururunan - 2 lelaki dan seorang perempuan. 

Semoga mereka tidak pernah lupa untuk berdoa buat dan berbakti kepada GiLoCatur aka ayah dan isteri aka ibu. 

Sudah jadi tradisi bagi keluarga GiLoCatur meraikan hari kelahiran atau celebrate birthday (in English) sejak 1997 lagi. Pada tahun tersebut, tiga hari kelahiran disambut secara sederhana.

Pada tahun 1999, ia di tambah kepada empat dan pada tahun 2003 ditambah satu lagi menjadi LIMA. Pada peringkat awal, di akhir tahun setelah meraikan semua hari kelahiran, kami akan ambil gambar POTRET KELUARGA di studio foto pada setiap 17hb November. 

But taking family photo portrait tradition had not been continued especially in the last decade due to several reasons. New tradition of the born day celebration has emerged especially in the past five years. 

The small birthday celebration takes place by having lunch or dinner outside. Since two of the children have worked, they want to treat the family eating outside at the restaurant or dining place. 

13th November is the last birthday celebration of the year in GiLoCatur's family. It belongs to Fikri Saleh, our first born. 

It is more special today on 13.11.2023 because not only we celebrate Fikri's birthday but also her wife's, Nurul Ain, birthday for the first time. YES, both have the same birthday. What a coincidence!

Sempena bornday of Fikri and Ain hari ko, ayah nak wish "Sanah Helwah" & "Happy 27th Bornday" to both you son dan dotter-in-law. May Allah bless both of you! 

Ayah doakan semoga kalian berduo dipanjangkan umu dalam ketaatan kepadaNYA, dumurahkan rezoki, dibai kesihatan, dijawohi dari musibah dan kecelakaan, dibai kekuatan menghadapi sodo ujian dan onak-onak kehidupan, dan sentiaso dalam maghfirah Allah.  

Ayah harap Fikri aka Abang jago isteri dan kehidupan berumah tanggo sebayok mungkin. Soto jadi contoh tauladan, sentiaso menasihati dan jago adiok2 Kakak & Adik.

AMEEN AMEEN YA ROBBAL A'LAMEN!

THE PHOTOS:

Birthday Boy & Girl

Fikri & Ain with Ayah and Ibu

The birthday boy & his birthday wife with Fikri's parents
and siblings.


#13nov2023
#birthdayfikriandnurulain
#familygilocaturtradition  

HAPPY 26th BIRTHDAY FIKRI SALEH ON 13.11.2022

Happy 26th Bornday to our eldest child, FIKRI SALEH! May Allah bless you, son.

Semalam sebelum balik JB, GiLoCatur sekeluarga berkumpul di sebuah restoran meraikan Ulang Tahun Kelahiran anak sulung yg jatuh pada 13hb November 2022. 

Semakin dewasa anak ayah yg dipanggil Abang. Sekarang telah mengambil alih tugasan ayah sebagai pemandu utama. 

Dilahirkan di sebuah poliklinik bersalin di Kuala Lumpur ketika ayah berusia 28 tahun.

Kelahirannya awal beberapa hari Ulang Tahun Perkahwinah ayah & ibu. Itulah antara sebab birthday Fikri agak istimewa kerana di bulan anniversary ayah & ibu.

Ketika itu ayah & ibu menetap di Taman Bidara, Selangor. Ayah bertugas di TV3, manakala ibu bertugas di sekolah keduanya. 

Belum genap usia setahun, Fikri ikut ayah & ibu berpindah ke TTDI Jaya Shah Alam. Membesar dan bersekolah di situ. 

Sudah tertulis, Fikri tidak bersekolah rendah di TTDI Jaya kerana ibunya berpindah ke SKBJ sebagai salah seorang guru perintis. 

Seorang murid yg pendiam dan pemalu walaupun sangat lincah. Ketika di Tahun 5, ayah & ibu agak runsing dengan persiapan Abang menghadapi peperiksaan UPSR di tahun 2008. 

Maka bermulalah aktiviti ke PNM setiap hujung minggu. Alhamdulillah, dapat juga keputusan UPSR yg memuaskan ibu & ayah. 

Satu "turn around" telah dilakukan oleh Abang yg mengubah aktiviti keluarga Hj Saleh & Hjh Azizah. 

Abang telah terpikat dengan Catur atau Chess ketika di Tahun 5. Memandangkan Ayah pernah  satu ketika seorang peminat sukan catur, maka bermulalah kehidupan baru keluarga SALEH aka GiLoCatur setiap hujung minggu di pertandingan dan kejohanan Catur di merata tempat.

Kini setelah berada di alam pekerjaan, Abang fokus dan sibuk dengan urusan kerja. Mungkin dek terdedah dengan kerjaya Ayah, Fikri juga telah memilih bidang IT di kolej dan universiti. 

Sewaktu kecil Abang selalu ikut Ayah "outstation" time cuti sekolah. Banyak bilik server yg telah dikunjungi seperti di Tebedu, Sarawak dan Tanjung Pagar, Singapura. 

Begitulah serba ringkas sebuah kehidupan seorang anak yg dinamakan FIKRI SALEH yg bermaksud "Mindaku Yg Baik".

Ayah doakan semoga Abang sentiasa dimurahkan rezeki, sentiasa dalam rahmah & maghfirah Allah & beroleh kebahagiaan dan kejayaan fiddunia wal akhirah. 

Ameen Ameen ya robbal alameen.


The PHOTOS:

Fikri ready to cut the birthday cake into pieces

Ayah & Ibu are proud of you, Fikri aka Abang

Wefie by Ayah the whole family of Hj Saleh aka GiLoCatur

The birthday cake


#birthdayfikrisaleh
#13nov2022

 

HAPPY 25th BIRTHDAY FIKRI SALEH ON 13.11.2021

#13112021

Hari ini genap usia suku abad anak bujang sulong kami, Fikri.

Seorang yg sangat aktif di waktu kanak-kanaknya. Lahir di KL berbanding adik-adiknya di Shah Alam.

Menurun trait pemalu dan hyperactive ayahnya. Sampaikan bab kerjaya pun Fikri follow footstep daddynya he he

Sungguh pantas masa berlalu. Sekarang dah ambil alih tugasan main driver ayahnya apabila keluar sekeluarga. 

Happy 25th-year Bornday & Selamat Ulangtahun Kelahiran Abang. Ayah doakan dipanjangkan usia dalam iman, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan sentiasa dalam lindunganNYA! 

Celebrating 25th Birthday


HAPPY 24th BIRTHDAY FIKRI SALEH ON 13.11.2020

Selamat Ulang Tahun ke 24 & Happy Born Day buat putera sulong kami Nazizah Sulaiman & Saleh Abd Latif aka GiLoCatur pada hari ini 13.11.2020.

Fikri Bin Saleh diberi nama. Satu-satunya dalam keluarga Hj Saleh & Hjh Nor Azizah yg lahir di luar Negeri Selangor. Dipanggil Abang dalam keluarga, lahir dengan cara istimewa di sebuah poliklinik di ibu kota 24 tahun lalu, ketika menetap di Taman Bidara Selayang. 

Berbanding dengan adik-adik, di mana ketika lahir ayah bekerja dengan PNBIT/HeiTech Padu, ayah adalah salah seorang staf TV3 ketika Abang dilahirkan. 

Semakin menginjak usia dewasa, Abang semakin matang. Ayah memang amat berharap agar Abang untuk jadi contoh teladan kepada adik-adik. 

Ayah sentiasa mendoakan agar Abang dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dan sentiasa diberi rahmah dan maghfirah oleh Allah. Ayah juga mendoakan Abang jadi anak Saleh yang Soleh dan sentiasa mendoakan ibu dan ayah.

Semoga Abang beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Semoga semua impian Abang tercapai. 

Sanah Helwah anakku FIKRI BIN SALEH!

Below are some photos of Fikri Saleh.

Fikri Graduated Diploma Studies at
UiTM Segamat in 2020

Fikri Graduation at UiTM Segamat with proud Ayah & Ibu

Fikri Graduation at UiTM Segamat with proud
younger sister & younger brother

Fikri and same age TTDI Jaya Apt
childhood buddy, Aiman


#birthdayabangfikri
#13Nov2020

HAPPY 23rd BIRTHDAY FIKRI SALEH ON 13.11.2019

Hari ini 13.11.2019.

Dua puluh tiga tahun yg lalu, pada hari ini kelahiranmu anak sulung ayah dan ibu merupakan satu berita yg paling menggembirakan. 

Kelahiranmu Abang agak unik dan istimewa. Tidak seperti bayi2 lain. Tidak seperti ayah, ibu, kakak dan adik yg semuanya lahir di bumi Selangor, Abang lahir di KL dengan kod negeri 14. 

Kelahiranmu Abang di bulan November juga sangat istimewa. Ayah dan Ibu disatukan juga dalam bulan yg sama iaitu November. Jadi hari lahirmu Abang agak istimewa dalam bulan sama dengan Wedding Anniversary ayah dan ibu.

Abang tidak mewarisi minat ayah membaca, tetapi Abang warisi sifat pemalu dan pendiam ayah. Terpaksa ayah dan ibu lancarkan Projek Buku Nilam dan aktiviti ke PNM setiap hujung minggu ketika berusia 11 tahun agar minat membaca dan sebagai persediaan untuk UPSR. 

Ayah sangat tidak menjangka dan menyangka, dalam diam-diam Abang belajar chess dengan rakan-rakan di sekolah. Ayah juga tidak pernah terfikir dengan penglibatan dalam sukan catur, Abang berjaya ke peringkat Daerah, Negeri dan seterusnya Kebangsaan (MSSM). 

Abang mengorak langkah dan membuka jalan kepada adik-adik dalam sukan catur. Ayah masih ingat betapa kecewanya Abang tidak dapat ke MSSM selama dua tahun berturut-turut. Malah Anis pula yang berjaya mewakili pasukan catur MSS Selangor ke MSSM lebih awal daripada Abang. 

Sudah pasti Ayah juga ikut sama kecewa. Ayah nekad berusaha lebih gigih agar Abang juga dapat mewakili kontinjen catur MSS Selangor. Maka jadilah Ayah, GiLoCatur. 

Rupa-rupanya ada hikmah Abang gagal sertai MSSM edisi 2008 dan 2009. Walaupun Abang hanya sempat bermain di empat edisi MSSM - dua edisi dengan MSSS dan dua edisi dengan MSSWPKL, tetapi pencapaian Abang lebih baik dari Kakak dan Adik. 

Kini Abang sudah tinggalkan alam persekolahan. Alam kolej dan universiti pun Abang sudah melepasi tahap kedua. Samada mahu meneruskan alam universiti atau masuki alam pekerjaan, 

Ayah dan Ibu doakan Abang cemerlang dan berjaya. 

Semoga Abang jadi insan dan warga berguna, beradab, berbudi pekerti, berjasa dan bermanafaat kepada agama, negara dan bangsa. 

Jangan Abang lupa jatidiri dan leluhur kita etnik KAMPAR. Walaupun Abang tidak fasih "becakap awak", jan dilupo susur galur dan salsilah Abang yang datuok niniok berasal dari Pulau Belimbiong, Kuok.

Abang suku Piliang Tok Sati (pembetulan: kekabu) samo seperti ibu. Ayah pulo suku Domo. 

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 23, Eid Milad Mubaraq dan Happy 23rd Birthday my eldest child, FIKRI BIN SALEH! 

Ayah dan Ibu doakan sukses dan semua yg terbaik buat Abang! Ameen

Below are the photos of Fikri Saleh at different age from GiLoCatur Photo Collection. 

Fikri with Ayah at aSiS


Fikri with Ibu at aSiS


Fikri at SMK Seksyen 18 Shah Alam


Fikri at his first MSSS Chess Championship in 2008


Fikri and Ayah at CM Collin's Simul Chess


Fikri in his 3rd MSSS Chess Championship


Fikri at SMK Seksyen 18 Shah Alam in Form 2


Fikri was one of the winners in MSSD PP Chess Championship


Fikri and hist MSSWPKL winning Gold medal in the MSSS L18 Team Event


Fikri with Ayah at an open chess tournament in Tanjung Karang


Fikri at Majlis Anugerah Sukan MSSWPKL 2012 after winning Gold medal in L18 Team event


Fikri was one of the winners in L15 event of MSSD Petaling Perdana


Fikri represented SKBJ chess team in the MSSD PP L12 chess championship


Fikri enjoying Family Day


Fikri represented his university team


Fikri was one of the winners in a local open chess tournament


Fikri represented UiTM in the GACC in 2018


#23rdBirthday
#13Nov2019
#FikriBinSaleh

Monday, November 13, 2023

HAPPY 21st BIRTHDAY FIKRI SALEH ON 13.11.2017

Begitu copek maso berlalu. Dulu ketek, kini ala jadi dewasa. Ala bulio mengundi. Ayah doakan Fikri Saleh atau Abang, Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 21 pada hari ini. 

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmah Allah. Semoga Abang menjadi contoh dan pembimbing kepada adik2, Anis Fariha dan Fahim Saleh.

Semoga Abang jadi seorang anak yg soleh dan sentiasa mendoakan ibu dan ayah. Semoga Abang sentiasa mendapat kejayaan dalam peperiksaan, menuntut ilmu dan apa jua aktiviti yg disertai.

Fikri's Look in 2007


HAPPY 18Th BIRTHDAY FIKRI SALEH ON 13.11.2014

Anakandaku Fikri Ibnu Saleh), Betapa pantasnya masa berlalu. Hari ini 13.11.2014 genap usiamu 18 tahun. Engkau telah semakin dewasa. 

Ayahanda ucapkan "Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 18". Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan menjadi anak yg soleh dan berbakti kpd Islam, Ibubapa, bangsa dan negara. 

Tuntutlah ilmu sebaik dan sebanyak mungkin. Semoga anakanda beroleh kejayaan yg cemerlang dan gemilang. Ameen ya rabbal a'lamin.

Fikri one of the winners in UPSI Chess Open