GiLoCatur agak sibuk pada hujung minggu lepas dengan pelbagai aktiviti terutamanya hari Sabtu, 20 Februari 2010. Pada pagi itu, GiLoCatur menghadiri mesyuarat PIBG SMK Seksyen 18 iaitu sekolah anak sulung GiLoCatur, Fikri. GiLoCatur tiba di dewan tempat mesyuarat beberapa minit sebelum mesyuarat bermula. Ini bermakna GiLoCatur terlepas sesi ucapan.
Kira-kira pada pukul 11.30 pagi, GiLoCatur keluar dari dewan mesyuarat. Ingin tahu ke mana GiLoCatur pergi? GiLoCatur pergi ke Tabika Kemas Seksyen 18 Utara yang terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki dari dewan di mana mesyuarat PIBG tersebut berlansung. Apa tujuan GiLoCatur ke situ? Dari gambar-gambar di bawah, sudah jelas ada satu pertandingan catur sedang diadakan.
Sebenarnya Kelab Puteri UMNO cawangan Seksyen 18 Utara yang diketuai oleh sdri Fezawani Bt Amir Rijel (gambar di bawah) telah menganjurkan satu kejohanan catur. Mereka telah mengundang pelajar-pelajar SMK Seksyen 18 dan Seksyen 19 yang terletak berhampiran menyertai pertandingan tersebut. Memandangkan ini adalah pertandingan catur yang julung-julung kali dianjurkan oleh mereka, masih banyak kekurangan seperti tidak menggunakan jam dan set chess yang standard untuk pertandingan catur. GiLoCatur amat menyokong aktiviti sebegini dan ini merupakan satu permulaan yang bagus untuk kejohanan-kejohanan catur yang lebih besar dan terancang di masa hadapan.
Bagi GiLoCatur, usaha murni yang dilakukan oleh Puteri UMNO tersebut amat bersesuaian dalam usaha melahirkan generasi muda yang mempunyai fikiran dan minda intelek sebagai pelapis pemimpin generasi akan datang. Aktiviti pertama mereka tersebut akan menjadi satu titik permulaan dalam menganjurkan kejohanan catur dan aktiviti-aktiviti berfaedah yang lain di masa hadapan. TAHNIAH dan SYABAS dari GiLoCatur!
Ketua Puteri UMNO Seksyen 18 Utara Shah Alam,
Sdri Fezawani
Pemuda UMNO Seksyen 18 Utara yang diketuai sdra Syed Azizul Syed Ismi (baju putih) membantu agar aktiviti berjalan lancar.
Puteri UMNO Seksyen 18 Utara bersama pemenang-pemenang (Top 3). Hanya 3 hadiah berbentuk trofi yang disediakan. Format pertandingan ialah 5 pusingan rapid mengikut Sistem Swiss. Juara yang memenangi ke semua 5 pusingan adalah dari SMK Seksyen 18. Sementara naib juara dan pemenang ketiga adalah pelajar dari SMK Seksyen 19.
Pemenang-pemenang bersama guru pengiring mereka yang merupakan Guru Penasihat Kelab Catur sekolah masing-masing. Seramai 16 pelajar dari setiap sekolah memeriahkan pertandingan catur "rakyat" tersebut. Ini bermakna, sejumlah 32 peserta bertanding merebut tiga hadiah berbentuk trofi yang disediakan oleh pihak penganjur.
Ke semua peserta bersama guru-guru pengiring mereka dan pihak penganjur bergambar kenang-kenangan di akhir majlis selepas penyampaian hadiah dan sijil.
[ Actually, many would like to organize chess tournaments in Malaysia. Most of them do not know and have much information about chess tournament where all the Malaysian chess community that includes players, parents, officials and relevant associations are responsible to provide the appropriate info and knowledge anything about chess. Many do not know that the proper chess tournaments need chess clocks and standards chess sets. They also do not know about the prize structure, tournament format and categories. So, an outreach program is vital and necessary to these people in promoting chess and providing proper tournaments. GiLoCatur, Room 1111, Harbour View Hotel. Kuching Sarawak. ]