Thursday, May 28, 2009

ISLAM ITU MUDAH





Mungkin kita jarang nampak sketsa seperti gambar-gambar di atas di negara ini. Actually, kita boleh tunaikan solat walau di mana2 jua. Semoga kita, muslim di negara Malaysia, boleh merubah kebiasaan dan adat yang membawa kepada kebaikan. ISLAM ITU MUDAH!

Sunday, May 24, 2009

Interesting Chess Opening

GiLoCatur found an interesting (beautiful) chess opening by white while browsing through the chess games of world great chess players.  


1.e4 e6 2.d4 g6 3.Bd3 Bg7 4.Be3 Ne7 5.Ne2 b6 6. Nd2 

Can anyone guess whose game is it? As a clue, the game took place in 1850's. The player was a child prodigy. Easy right? 

Saturday, May 23, 2009

Chess Tournament Around Malaysia This Weekend

Hujung minggu ada beberapa pertandingan catur yang diadakan bagi pencinta dan pemain catur di negara ini.


Bersempena ulangtahun ke 50 penubuhan Persatuan Melayu Miri, satu pertandingan catur diadakan Sabtu dan Ahad ini. Diharap ramai yang menyertai pertandingan tersebut terutamanya dari peminat dan pemain catur di kawasan Miri dan sekitarnya. 

Bersempena sambutan ke 35 tahun Persatuan Catur Selangor atau CAS (Chess Association of Selangor), satu kejohanan catur rapid tertutup akan diadakan esok pada hari Ahad di DAT Chess Center, Level 4, Kompleks Wilayah. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman blog CAS di sini.

Friday, May 22, 2009

Update on IM MAS at 8th Asian Continental Open

IM Mas telah menang 2 dan tewas 2 pada empat pusingan berikutnya dari kemaskini terakhir pada 18 Mei lalu. Memasuki pusingan ke 10 pada petang ini, IM Mas telah berjaya mengumpul 4 mata. Beliau menang di pusingan ke 7 dan ke 8 kepada Haridas Pascua dari Filipina dan FM Jasem Alhuwar dari UAE. Beliau telah ditewaskan oleh IM Abdullah Hassan dari UAE dan GM Chakkravarthy Deepan dari India masing-masing di pusingan ke 6 dan ke 9.  

Semoga IM Mas akan bermain lebih cemerlang di pusingan-pusingan berikut. GO Mas GO!

Thank GOD It's Friday! (TGIF)

Sewaktu membelek-belek akhbar Utusan Malaysia pagi (GiLoCatur : jarang-jarang beli akhbar ini, tetapi cuba cari kelainan di pagi Jumaat ini) ada dua berita yang benar-benar menarik minat dan perhatian :

Fin Keheller dari Sandy, Utah.
  1. Di muka hadapan terpampang tajuk berita "Bank silap masuk RM22j ke akaun sepasang kekasih" - Sepasang kekasih di New Zealand telah mendapat durian runtuh dalam akaun bank mereka apabila permohonan overdraft mereka sebanyak NZ$10,000 iaitu bersamaan lebih kurang RM21,000 dari sebuah bank telah tersilap bayar dengan jumlah NZ$10 juta. Wow! apalagi terus hilang pasangan kekasih tersebut, dipercayai ke luar negara.  (GiLoCatur: Kalau perkara sebegini berlaku kepada anda, apakah tindakan anda? Ambil duit tersebut dan melarikan diri. Atau adakah anda terutamanya yang beragama Islam akan memulangkan semula wang tersebut? Pastinya anda dalam dilema samada mahu menjadi seorang yang jujur atau sebaliknya. Jika ini berlaku pastinya satu dugaan dan ujian yang besar.
  2. Satu lagi berita tentang seorang kanak-kanak di Utah, USA yang bernama Fin Keheller telah mencipta satu rekod dunia dengan melekap siput di atas mukanya. Rekod tersebut ialah "Most Snails On A Face" di mana beliau yang baru berusia 11 tahun telah berjaya melekapkan sebanyak 43 siput jenis mollusks di atas mukanya. Macam-macam kerenah manusia di muka bumi ini. So, bagaimana dengan kanak-kanak di Malaysia? Tidak bercita-cita ingin memecahkan sesuatu rekod dunia yang boleh diiktiraf oleh Guiness World of Records? Jika ada cita-cita bolehlah akses dan lawati laman web ini untuk mencari idea rekod apa yang ingin dipecahkan mengikut kebolehan yang ada pada diri.

Selain itu, GiLoCatur juga sangat gembira pada hari ini kerana laman blog ini telah melepasi 10,000 hit semenjak 9 Oktober 2008. Ini memberi galakan kepada GiLoCatur sebagai seorang blogger untuk terus mengemaskini dan membuat posting di laman blog ini terutamanya yang berkaitan dengan catur. TERIMA KASIH! THANK YOU! SYUKRAN! to all who have visited this blog.


Tuesday, May 19, 2009

Cabaran Buat Pemain Remaja Catur Malaysia!


Zahra sahut cabaran seberangi Selat Inggeris

PUTRAJAYA 18 Mei - Perenang muda, Zahra Masoumah Abdul Halim, 18, akan menyahut cabaran menyeberangi Selat Inggeris sejauh 34 hingga 37 kilometer (km) dalam misinya menjadi perenang wanita pertama berjaya melepasi selat yang sejuk dan berarus deras itu pada 2 hingga 6 Julai ini.

Sekiranya berjaya menamatkan cabaran merentasi selat itu dari Dover, Selatan United Kingdom ke Calais, Utara Perancis, Zahra turut bakal melakarkan sejarah sebagai perenang termuda Islam di dunia yang berjaya melepasi selat itu.

Usaha luar biasa yang cuba direalisasikan oleh remaja tersebut mendapatkan sokongan padu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Petikan berita di atas dari Utusan Malaysia seharusnya memberi satu motivasi dan galakan kepada semua belia dan remaja di negara ini untuk menjadi seorang yang cemerlang dan gemilang. Sewajarnya para belia dan remaja yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti dadah, bohsia, mat rempit dan sebagainya teruja untuk melakukan sesuatu yang hebat sebegitu jika ingin mencari satu kepuasan. 

Begitu juga kepada pemain-pemain catur remaja negara. Sewajarnya memiliki kekuatan mental dan ketabahan berserta pengorbanan untuk mencapai kejayaan tertinggi dalam bidang catur seperti menjuarai kejohanan dunia, mendapat title FM, IM atau GM.  Bayangkan bagaimana usaha yang dilakukan oleh Zahra setiap hujung minggu berenang sejauh 20 km sebagai latihan. Usaha beliau di bantu sokongan ibubapa telah mendapat perhatian PM untuk melakukan satu lagi "Malaysia Boleh" feat.  Apakah dengan berlatih dan mendalami permainan catur sekurang-kurangnya 3 - 4 jam setiap hari tidak akan menghasilkan seoarang juara catur bukan hanya setakat di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa?

GiLoCatur ingin mencabar pemain-pemain catur remaja di negara ini agar beroleh kejayaan yang membanggakan di peringkat antarabangsa. Usaha ini perlu dilakukan untuk membuka mata semua pihak supaya memberi perhatian serius dan sewajarnya kepada sukan catur yang bisa mengharumkan nama negara di persada dunia. Sokongan ibubapa yang tidak berbelah bagi seharusnya tidak dipersia-siakan dan wajar dimanafaatkan. 

Ayuh tunjukkan bakat dan kehebatan anda semua, wahai pencatur-pencatur muda negara. 

Jika golf boleh berbangga dengan US.Kids.Golf programnya dan dana sumbangan RM 1 juta ...

Jika bolasepak boleh berbangga dengan program-program seperti Arsenal Soccer Schools Malaysia (AASM) dan Little League Soccer ...


Jangan patah semangat jika sukan catur di negara ini tiada program-program seumpama itu. Masih banyak lagi resources untuk memperbaiki permainan. Be creative! Be bersemangat! Jika pemain-pemain bolasepak di zaman dahulu boleh mengharumkan negara di persada antarabangsa dengan semangat berjalan kaki atau berbasikal berbatu-batu untuk pergi berlatih, tidak jemu-jemu bermain bola di padang, banyak adakan friendly games dan sebagainya ... 

Adakah pemain-pemain catur remaja kita patah semangat dengan kecanggihan ICT di negara ini? Adakah anda semua leka dengan permainan computer games, video games, game boys, cartoon network dan lain-lain lagi? Tidakkah anda semua cemburu jika pemain-pemain catur remaja negara lain seperti Wesley So (Filipina) dan Negi Parimarjan (India) telah berjaya mendapat gelaran GrandMaster (GM) dan bermain di kejohanan catur bertaraf dunia seperti 8th Asian Continental Individual Open yang sedang berlansung di Subic, Filipina sekarang? Adakah anda hanya ingin bermain setakat di kejohanan-kejohanan tempatan? atau MSSM? 

Fikir-fikirkan !!! Sahutlah cabaran ini ...

To all Malaysian young chess players !!!

Bacalah artikel di bawah. Cuba fahamkan sebaik mungkin terutamanya yang kurang mahir berbahasa Inggeris. Cuba terapkan dalam diri agar boleh dibuat pedoman. 

Excerpt (petikan) interview dengan GM Neri Parimarjan (macam ada bunyi nama Jawa jer he he ..) dari http://www.latestchess.com/showInterview.php?id=2

CC:- How do you play chess so well!
Parimarjan Negi:-
 I Just try to put in my best during the games, and of course it's very important that I've had good coaching from the start. My parents have encouraged me from the start, and continue to arrange for the right kind of training for me.



CC:- What do you think of computers in chess? Are they really useful especially for a small boy like you.
Parimarjan Negi:- 
Computers are essential for chess, as it now is. There has been a dramatic change with the emergence of ever more powerful computer programs in the game. I think it's one of the reasons why chess players are performing at much younger ages, as now the information is much more easily available. Everyone can follow the top stars playing live, and other new games. The engines have made the analysis especially quicker and powerful, but it is necessary also to keep using the brain while analyzing, as often the computer assessment can be wrong, and also it can be harmful for your game to depend fully on the computer.

For me, the computers are the most important tools, as without them it's impossible to achieve a high level of analysis, and of course to keep myself updated with new games. But of course it's important not to over-use them also.

 

CC:- If you think computers are important, from what age they should be given to young boys?
Parimarjan Negi:-
 I can't say much about this...I got my first laptop when I was 9. But for young children it's I think not necessary to use too much of engines like Fritz, as that might obstruct their natural assessments. But the computers are also very important learning tools, to follow the latest games of strong players, and new opening developments. So in my opinion a computer is an important tool for players who are trying to reach higher levels.



CC:- Very few in India know how much training you had put up, could you please tell us about your training history that brought you so much success!
Parimarjan Negi:- I've had a lot of training from the beginning. My first main professional coach was G.B Joshi, and I worked with him for many years. After that I started to work with foreign coaches like Evgeny Vladimirov, who helped me a lot to increase my understanding, and opening repertoire. Currently I am working with GM's Nigel Short, Elizbar Ubilava, Alexander Goloshchapov, Lev Psakhis....and also from time to time with IM Vishal. I 've also worked with other players at various parts.


CC:- How is a normal day in your life?
Parimarjan Negi:-
 Well....during training I work about 6-7 hrs. (+ or - a little), and often we divide the sessions into morning and evening parts. I also go sometimes for jogging in the evening. During the tournaments the schedule depends on various things like the timings of rounds, and preparation part etc. Also there are school-exam times, and then I don't look much at chess.




Monday, May 18, 2009

IM MAS at 8th Asian Continental


IM MAS sedang menyertai 8th Asian Continental Individual Open di Subic, Filipina. Seramai 86 pemain catur handalan dari seluruh negara-negara Asia seperti China, India, Filipina dan Vietnam  menyertai kejohanan tersebut. Dari sejumlah itu, hampir separuh iaitu 40 orang merupakan GrandMasters (GM). IM Mas yang memiliki FIDE rating terkini 2425 pun berada di ranking permulaan ke 56. Setakat ini 5 pusingan telah berlalu dan pada pukul 3.00 petang ini, pusingan ke 6 akan bermula.

Melihat senarai pemain-pemain, Filipina mengungguli penyertaan dengan 19 peserta diikuti dengan China - 17, dan Vietnam - 10. Indonesia diwakili 4 peserta sementara Malaysia pula 2 peserta. Selain Mas, seorang lagi pemain Malaysia ialah Aaron Chua. Agak pelik juga bagi GiLoCatur kerana tiada pemain Singapura menyertai kejohanan ini (Lelaki).


Setakat 5 pusingan, IM Mas telah menang 1 game, seri 2 dan tewas 2. Beliau tewas di pusingan pertama dan kelima kepada pemain yang memiliki FIDE rating yang lebih tinggi. Bagi Aaron Chua pula setakat ini beliau telah memperolehi 1 mata. Diharap mereka akan lebih cemerlang di pusingan-pusingan berikut.

Di antara upset-upset yang GiLoCatur perasan dalam kejohanan ini ialah :

  • Di pusingan pertama - IM Julio Sadorra berjaya tewaskan seeded ke empat GM dari Kazakhstan, GM Hou Yi Fan tewas mengejut kepada seeded ke 53, IM Irwanto Sadikin dari Indonesia berjaya seri dengan seeded ke 6, GM Susanto Megaranto telah tewas kepada pemain seeded 61
  • Di pusingan kedua - Chess prodigy Filipina GM Wesley So, berada pada ranking permulaan kedua dan  masih berumur belasan tahun telah tewas kepada GM Yu Shaoteng, IM Irwanto Sadikin berjaya tewaskan GM Vietnam, Nguyen Truong seeded ke 10
  • Di pusingan ketiga - GM Susanto Megaranto tewas kepada IM Oliver Dimakiling dari Filipina, IM Richard Bitoon tewaskan rakan senegara GM Mark Paragua 
  • Di pusingan keempat - GM Ziaur Rahman dari Bangaldesh tewaskan GM Li Shilong, IM Sadorra tewaskan GM dari Iran, seeded ke 6
  • Di pusingan kelima - GM Shilong tewas kepada Gao Rui


Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

Hari ini 16 hb Mei merupakan sambutan Hari Guru. Selamat Hari Guru GiLoCatur ucapkan kepada semua guru-guru di seluruh negara samada yang masih berkhidmat atau yang telah pencen. Di kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan GiLoCatur memang ramai yang bertugas sebagai guru, iaitu isteri, adik, kakak ipar, sepupu dan lain-lain lagi. GiLoCatur dahulu pada satu ketika sebelum memulakan karier dalam bidang IT juga pernah bertugas sebagai seorang guru sementara selama satu penggal di sebuah sekolah menengah i.e. SUA (Sek Ungku Aziz) di Sabak Bernam.

Memang tidak dapat dinafikan guru sangat besar jasanya dalam kehidupan kita semua. Tanpa guru kita tidak akan mengenal huruf dan angka, tidak boleh membaca dan menulis dan menjawat jawatan-jawatan samada awam dan swasta. Tidak kiralah guru di peringkat sekolah rendah atau menengah, guru akademik atau agama, guru tidak rasmi apatah yang rasmi dan sebagainya. Sebagai anak murid kita wajib menghormati dan menghargai semua guru-guru yang pernah mendidik kita.

Justeru itu di kesempatan Hari Guru pada hari ini, GiLoCatur ingin mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada :

pertama sekali, buat isteri tersayang yang sedang berkhidmat di SKBJ, Bukit Jelutong, Shah Alam, semoga akan terus berkhidmat dan berbakti dengan cemerlang dan berdedikasi kepada nusa bangsa dan negara.

dan seterusnya ...

bekas guru-guru di SKST, Sekolah Kebangsaan Sungai Tengar, Sabak Bernam (sekolah rendah)

bekas guru-guru di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang (sekolah menengah rendah)

bekas guru-guru di KIK, Kolej Islam Kelang (sekolah menengah tinggi)

bekas guru-guru sewaktu TOEFL di seksyen 6, Shah Alam

bekas guru-guru mengaji Al-Quran

dan tidak dilupakan juga ... guru-guru catur di seluruh negara yang membantu perkembangan catur di negara ini.


TERIMA KASIH! THANK YOU! SYUKRAN! PARA GURU.

  

KEJOHANAN CATUR TERBUKA BATU GAJAH


KEJOHANAN CATUR TERBUKA BATU GAJAH, PERAK 2009
 
Tempat           : Dewan Majlis Dearah Kinta Barat.
Tarikh & Masa    : (Ahad ) 31 Mei 2009 & Jam 8.30 Pagi
Tarikh Tutup     : 27 Mei 2009.
 
Kategori & Yuran: 
  • Terbuka - Bukan Ahli RM 20/Ahli & Pelajar Ikhtibar RM 15
  • Bawah 15 Tahun - Bukan Ahli RM 15/Ahli & Pelajar Ikhtibar RM 10      
  • Bawah 12 Tahun - Bukan Ahli RM 15/Ahli & Pelajar Ikhtibar RM 10
 
TENTATIF PROGRAM AHAD 31 Mei  2009                     

Aktiviti Masa Terbuka
                                                             Terbuka       Bawah 15     Bawah 12 
Pendaftaran 8.00-9.30pg        1st : RM1,000      RM200        RM150 
Pusingan 1 10.00 – 10.50  pg  2nd : RM500        RM100        RM70 
Pusingan 2 11.00 – 11.50  pg   3rd : RM250        RM80         RM50 
Pusingan 3 12.00 – 12.50 tgh  4th : RM150        RM60         RM40 
REHAT 12.50 –   2.00 ptg       5th : RM80         RM30         RM30 
Pusingan 4 2.00 –   2.50  ptg   6th : RM80         RM30         RM30 
Pusingan 5 3.00 –   3.50  ptg   7th : RM80         RM30         RM30 
Pusingan 6 4.00 –   4.50  ptg   8th : RM60         RM30         RM30 
Pusingan 7 5.00 –   5.50  ptg   9th : RM60         RM30         RM30 
Penyampaian Hadiah 6 ptg      10th: RM60  
+ SIJIL RM30
+ SIJIL RM30
+ SIJIL 
 
Hadiah-Hadiah Sampingan:-
 
1. Piala Pusingan dan Medal             
2. Best Lady - Pertama= RM50/-,   Kedua = RM40/-,   Ketiga = RM30/-
3. Best Pelajar IKHTIBAR - Pertama= RM50/-,   Kedua = RM40/-,   Ketiga = RM30/-
4. Best Vateran - Pertama= RM50/-,   Kedua = RM40/-,    Ketiga = RM30/


Sila emelkan atau sms Nama ,  No I/C  and  No telefon kepada kamaruddin33@yahoo.com atau En. Kamaruddin (017-573 1099)  / Cikgu Yunus (013-390 1829) 

Wednesday, May 13, 2009

Cerita Ceriti Di Pagi Khamis ...

Cerita ceriti GiLoCatur hari ini :

  • Semalam diberitakan di India ada seorang hamba Allah yang tidak mandi selama 35 tahun kerana bernazar. Wah, macam manalah agaknya tidak mandi selama itu. Tidak gatal ke badan dia? Cuba bayangkan jika ada pemain-pemain catur yang tidak mandi dalam kejohanan catur terutamanya jika mereka adalah lawan kita. Anak-anak GiLoCatur pernah komplen tentang seorang lawan mereka yang mulutnya berbau. Mereka sungguh tidak selesa dan terpaksa menutup hidung. GiLoCatur juga pernah tidak mandi sehari dua sewaktu menuntut di Texas, USA suatu ketika dahulu. Tetapi bezanya badan tidak berbau kerana cuaca yang tidak "humid" seperti di negara kita. Jika di Malaysia sure badan akan berbau jika tidak mandi sehari dua.

  • Di Kosmo, salah satu berita yang menarik minat GiLoCatur ialah tentang satu program yang akan dilaksana oleh JAIP (Jabatan Agama Islam Pahang)  terhadap pelaku-pelaku maksiat. Program tersebut ialah aktiviti lawatan ke rumah mayat, ke hospital melihat pesakit-pesakit kronik dan ke rumah-rumah orang tua. GiLoCatur amat bersetuju dengan program tersebut kerana ia mungkin lebih berkesan dari kuliah-kuliah dan ceramah agama. So apa komen pembaca-pembaca blog GiLoCatur?

  • Wah satu lagi berita hebat tentang ICT yang berlaku di negara ini. RapidPenang sedang buat pilot selama 3 bulan menyediakan nilai tambah ("value add") pada perkhidmatan bas mereka dengan menyediakan perkhidmatan WiFi percuma kepada penumpang-penumpang. Hebat tu sebab boleh akses internet secara percuma dalam bas. Harap-harap tidak berlaku aktiviti jenayah ragut notebook pula di negara ini. GiLoCatur bagi "thumb up" kepada RapidPenang mengenai perkhidmatan percuma tersebut. Harap ia bukan sekadar "hangat-hangat tahi ayam" di mana ia hanya bertahan untuk seketika. Sudah tentu kena ada maintenance untuk memastikan perkhidmatan tersebut berterusan dan tiada gangguan. 

Thursday, May 7, 2009

KEJOHANAN CATUR TERBUKA BATU GAJAH, PERAK 2009

JEMPUT LAH BERAMAI2 KITA BERTARUNG CATUR DI NEGERI PERAK. "AYUH KOME...!! AJAK KAWAN2 MIKE SEKALI MOH KITE BERTANDANG KE NEGERI PERAK...!!"

KEJOHANAN CATUR TERBUKA BATU GAJAH, PERAK 2009
Anjuran Bersama Pesatuan Catur Negeri Perak, Majlis Daerah Kinta Barat Dan 
Penaja Utama Pusat Tuisyen IKTIBAR

Perasmian Oleh : Pihak Majlis Dearah Kinta Barat.

Objektif : 
i) Memberi peluang kepada semua warga yang berbakat untukmendalami
permainan catur serta mengasah lagi bakat yangsedia ada.
ii) Mempertajamkan minda bagi menghadiri pertandingan yang lebih mencabar.
iii) Ke arah mencapai matlamat FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA dan WAWASAN 2020 iaitu rakyat yang sihat dari segi jasmani, rohani, akademik dan intelek.

Sasaran : Mempelawa golongan remaja dan wakil sekolah dan orang ramai dariseluruh malaysia yang ingin menjadi juara dalam Pertandingan Kejohanan Catur Terbuka yang diadakan di Batu Gajah, Perak. 

Tempat : Dewan Majlis Dearah Kinta Barat.
Tarikh & Masa : (Ahad ) 31 Mei 2009. Jam 8.30 Pagi

Tarikh Tutup : 27 Mei 2009. 
Kategori & Yuran: 
  • Terbuka = Bukan Ahli RM 20 Ahli RM 15 
  • Bawah 18 Tahun = Bukan Ahli RM 15 Ahli RM 10 
  • Bawah 12 Tahun = Bukan Ahli RM 15 Ahli RM 10

Urus Setia :
i) Pesatuan Catur Negeri Perak - (Setiausaha)
En. Kamariddin Phone No. 017-573 1099 

ii) Pusat Tuisyen IKTIBAR (Guru)
Mr. Thamotharan Phone No. 012-525 0041 

TENTATIF PROGRAM AHAD 31 Mei 2009 
Aktiviti Masa Terbuka
Terbuka Sekolah Bawah 18 TerbukaSekolah Bawah 15 
Pendaftaran / Taklimat 8.00-9.30pg 1st : RM500 RM100 RM80 
Pusingan 1 10.00 – 10.50 pg 2nd : RM400 RM90 RM70 
Pusingan 2 11.00 – 11.50 pg 3rd : RM300 RM80 RM60 
Pusingan 3 12.00 – 12.50 tgh 4th : RM200 RM70 RM50 
REHAT 12.50 – 2.00 ptg 5th : RM150 RM65 RM45 
Pusingan 4 2.00 – 2.50 ptg 6th : RM100 RM60 RM40 
Pusingan 5 3.00 – 3.50 ptg 7th : RM95 RM55 RM35 
Pusingan 6 4.00 – 4.50 ptg 8th : RM90 RM50 RM30 
Pusingan 7 5.00 – 5.50 ptg 9th : RM85 RM45 RM25 
Penyampaian Hadiah 6 ptg
+ Piala Pusingan 10th: RM80
+ SIJIL RM40
+ SIJIL RM20
+ SIJIL 

Wednesday, May 6, 2009

Can U Find Check Mate In 2??


Posisi buah di atas berlaku ketika Anis menetang Haslindah Ruslan dalam pusingan ke 4 setelah move ke 51. Anis yang bermain buah putih telah terlepas pandang check mate in 2. Jika tidak Anis menang game tersebut. Bagi pemain catur yang berpengalaman dengan sekilas pandang sahaja sudah nampak move check mate tersebut. Bagaimana pula dengan pemain-pemain catur yang masih baru? Cuba cari gerakan check mate tersebut! 


Kenangan 5 hb Mei


Semalam 5 Mei 2009. Ada beberapa perkara yang ingin GiLoCatur perkatakan:

  • Tarikh 5 hb Mei merupakan hari sambutan ulangtahun kelahiran anak perempuan GiLoCatur. Beliau genap 11 tahun. Sungguh pantas masa berlalu. Sebagai menyambutnya, GiLoCatur sekeluarga tanpa anak sulung yang sedang berada di asrama pergi ke Secret Recipe malam tadi. Beli kek sepotong untuk beliau dan sepotong lagi untuk si anak bongsu. GiLoCatur tak berapa nak makan kek sangat. Orang rumah pun setakat tumpang makan sahaja. Anis baru saja menyertai Kejohanan Catur Terbuka Selangor edisi ke 36 dari 30 April hingga 3 Mei. Beliau telah menang 2 dan seri 2, yang selebihnya kalah. Kejohanan tahun ini agak tough berbanding tahun lepas yang merupakan kali pertama anak-anak GiLoCatur sertai. Ini bermakna tahun ini merupakan kali kedua. 
  • Sedangkan anak sulung GiLoCatur telah seri 5 permainan. Boleh dikatakan ke semua lawannya memiliki rating yang lebih tinggi. Memang memenatkan bagi mereka untuk bermain 9 game kawalan masa 90 minit dalam masa 4 hari. Ada satu hari yang perlu bermain 3 game. GiLoCatur yang tidak sertai pun terasa amat penat menghantar, menjemput dan memantau mereka. Sehinggakan tidak berkesempatan untuk membuat coverage kejohanan tersebut. Ini merupakan satu pengorbanan bagi mereka untuk berjaya dalam sukan catur. GiLoCatur bercadang untuk menjadikan kejohanan ini sebagai satu acara tahunan bagi mereka.
  • Pagi semalam juga ketika GiLoCatur memandu ke SDMC untuk membuat medical check up, GiLoCatur terima SMS dari abang di kampung yang memberitahu tentang kematian seorang ulama di kampung. Allahyarham yang kami kenali sebagai Kiyai Haji Ahmad Shuhud merupakan seorang yang sangat tinggi ilmu pengetahuan agama dan ilmu falakh. Beliau yang pernah menuntut ilmu agama di Mekah berbelas-belas tahun ketika usia mudanya merupakan imam di kampung GiLoCatur dan arwah ayah GiLoCatur merupakan khatib. Setiap malam Jumaat kami sekampung akan membaca surah Yasin secara berjamaah di rumah beliau setelah bersolat di surau berhampiran rumahnya. Satu perkara yang paling GiLoCatur respect tentang beliau yang sangat wara' ialah ketinggian ilmu falakhnya. Kerap kami sekampung yang mula berpuasa dan menyambut hari raya tidak sama dengan yang lain. Teringat GiLoCatur, di penghujung tahun 1980an, samada pada 1986 atau 1987 jika tidak silap, kami telah menyambut hariraya awal. Memandangkan seluruh negara masih berpuasa, kami tidak membuat sebarang sambutan lagi. Di waktu petang di sekitar pukul 6 petang seperti biasa bila di kampung GiLoCatur akan melepak-lepak di tepi jalan raya dengan rakan-rakan sekampung.  Apa yang sangat menakjubkan yang diperlihatkan kepada kami ialah anak bulan telah kelihatan dengan jelas. Ini sudah jelas 1 Syawal telah tiba. Al-Fatihah buat allahyarham yang juga nerupakan salah seorang tok guru tempat GiLoCatur menuntut ilmu sewaktu kecil dahulu di kampung. 


Kejohanan Catur Terbuka Hulu Selangor -1 2009

ANJURAN BERSAMA : PERSATUAN CATUR HULU SELANGOR & KELAB CATUR SMKTBR

TARIKH : 9 MEI 2009 (SABTU) 

MASA : 8.30 PAGI – 6.30 PETANG

TEMPAT : SMK TAMAN BUNGA RAYA (1) BUKIT BERUNTUNG, RAWANG, SELANGOR

SISTEM PEMUTUS : 7 PUSINGAN,  i.Solkof ii. SB iii. Progresive

Yuran Penyertaan : 
  • Terbuka – RM 20 
  • Bawah 16 – RM 10 
  • Bawah 12 – RM 10

Pertanyaan :
  • En Zullkafli – 012 294 5748  
  • En Mohd Noor - 012 355 8878 
  • Pn Suffiah - 012 208 5413

Sila ke laman blog SELANGOR CHESS untuk maklumat lanjut.

Tuesday, May 5, 2009

Tanjung Karang Chess Open Postponed!!


GiLoCatur terima emel dari Encik Azhar bagi pihak pengajur Pertandingan Catur Terbuka Tanjung Karang seperti di bawah.

Dear all chess bloggers and chess lovers,

Pleased be informed that on behalf of the organiser, I would like to announce the Tanjong Karang Open 2009 earlier scheduled on May 30th has been postphoned to SUNDAY,  14th JUNE 2009Venue and time remain unchanged.

New closing date shall be on 9th JUNE 2009.

We apologise for any inconvenience caused.

Thank you.
Azhar Mohd Said