Thursday, June 22, 2023

29 Tahun Pemergian Ayah GiLoCatur (22/06/1994)

 fb post on 22 Jun 2023

Allahu rabbi. Sungguh cepat masa berlalu. Time flies cakap Mat Salleh.

29 tahun lalu pada hari ini. Al fatihah buat almarhum ayah.


fb post on 22 Jun 2017

Seperti yg dijanjikan, 23 tahun lepas pada tarikh hari ini jam 8:55PM telah kembalinya ayahandaku Hj Abdul Latif Bin Hj Hassan Basri kerahmatullah. 

Perakuan Kematian Almarhum Ayah GiLoCatur

Aku tiada di sisinya ketika itu. Tiba agak lewat di rumah bujangku di Taman Bidara Selayang dari pejabat JPJ Seremban. Setelah berehat dan bersiap2 untuk pulang ke kampung, aku memandu seorang diri ke Sabak Bernam melalui jalan lama Kepong - Kuala Selangor. Jam ketika itu sekitar 3:00 pagi, 23/6/1994.

Sepatutnya aku pulang ke kampung dengan abang Ngah aku, tetapi beliau tak sampai sampai lagi. Aku tiba di kampung ketika fajar subuh hampir menjelang.

Arwah ayah merupakan guru pertama mengaji Al-Quran dan Matematik ku. Beliau seorang yang sangat tegas dan garang. Memulakan persekolahan di sebuah sekolah di Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) awal 1930an. Kemudian mendalami ilmu agama di Ihya As-Sharif Gunung Semanggol yang bermudirkan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. 

Foto Arwah Ayah 
dari Sijil Kewarganegaraan

Arwah ayah yg merupakan anak kedua dan lelaki sulong kepada pasangan Hassan Basri Bin Suliman dan Raini Bt Djamin telah dijodohkan dengan sepupunya Rahmah Bt Kasid oleh neneknya atau UWO dalam dialek Etnik Kampar. Mereka berkahwin pada tahun 1944 di Bagan Datoh, Perak.

Almarhum Ayah GiLoCatur (Foto 1968)

Setelah berkahwin, arwah ayah membawa ibuku menetap di Kampung Sungai Utara. Rumah kecil mereka yg juga merupakan sebuah kedai terletak di hadapan sebuah masjid. Arwah ayah berniaga menjual pakaian terpakai yang dibelinya di Singapura. Arwah ayah menaiki stesen keretapi di Teluk Intan untuk berulang alik ke Singapura membeli barangan jualan.

Rumah Kayu Cengal di Tebuk (Jalan) Sultan

Di penghujung tahun 1950an, arwah ayah telah membuat sebuah rumah di Jalan Sultan, Sungai Tengar. Rumah tersebuat siap untuk diduduki pada tahun 1960. Di rumah inilah aku dan adik beradik2 ku kecuali kakak sulong telah dilahirkan. Ketika aku dilahirkan, arwah ayah berusia 51 tahun, manakala ibuku pula 38 tahun. Arwah ayah pulang kerahmatullah ketika usianya 77 tahun, manakala aku pula berumur 26 tahun ketika itu. Ramai tersalah anggap yang aku adalah cucunya ketika aku menjaga arwah ayah di hospital.

Dan dirumah ini jugalah arwah ayah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari ini 23 tahun yang lalu. Semoga arwah ayahku di tempatkan di kalangan orang2 beriman dan para solehin. 

Al-Fatihah buat arwah ayahandaku Hj Abdul Latif Bin Hj Hassan Basri.


Friday, June 16, 2023

Toyota Avanza BJX3596 Dalam Kenangan

 fb post on 16 Jun 2023

Avanza yg tak akan ku lupakan. 2008 - 2023, 15 tahun berbakti kepada familiku.


fb post on 16 Jun 2020

Kisah semalam. Tayar Avanza pancit dek skru setengah inci ini seperti dalam gambar di bawah. Tukar ke tayar spare dan bawa balik ke rumah Samudera sebab dah tengah malam (kelmarin). 

Skru Penyebab Tayar Pancit  "punctured"

Tayar spare pulak kurang angin. Berkerut-kerut dahi memikiorkan stesen minyak berhampiran yg buka 24 jam nak tambah/isi angin. Al maklum dah nak dekat jam 1 pagi. Akhirnya setel masalah tayar spare kurang angin. Terus pandu balik rumah Samudera. 

Tayar Spare

Ingat nak tampal aje di bengkel berhampiran rumah Samudera tak sampai sepuluh hinggit dan balik. Terfikir nak buat balancing semua tayar bior kasi sedap pemanduan. 

Tayar Botak Yg Perlu Ditukar

Aisey man, satu tayar sudah botak makan dalam pulak tu. Terpaksa tukar sebiji tayar, nak tukar sepasang duit Pak Salleh tak berapa nak cukup.

Tayar Baru

Ok. Setel satu tayar sudah baru. Musim-musim hujan ni tayar Avanza perlu tip top. Bahaya kalau botak. Safety is very important, right. Semoga Si Abang sentiasa dalam perlindungan Allah dan safe ketika memandu Avanza.

Ni tengah dalam Avanza. Nak angkut barang2 Si Kakak yang dah lebih dua bulan di bilik Kolej Anggerik UiTM Shah Alam. 

Banyak jasa Avanzaku ini. Masa tengah muda remaja dulu, dipandu jauh ke sana sini seperti ke Kangar, Kuala Terengganu, JB, Pulau Pinang dan Taiping.


#AvanzakuSayang
#16Jun2020

Monday, June 5, 2023

KUNDASANG 2023 TRIP: Confused By The Waze App (Wed 31/05/2023)

GiLoCatur likes to screenshot Waze screens while driving from one destination to another destination. The reason is GiLocatur can learn more about unfamiliar or new places geographically. For info, GiLocatur sucks in Geography subject but excels in History (Sejarah) subject. But since GiLoCatur was in Science stream in high school in the mid 1980s, GiLoCatur had to take the former subject for SPM. The result was bad.

While driving from Kundasang Kiram's Village to KK International Airport going back home on last Wednesday, 31/05/2023, GiLoCatur was tricked by Waze. Obviously there are two route options. One option is via Tamparuli-Tuaran route and another one is via Ranau-Tambunan route. The former route is surely the faster one. See below photos.

Had to return back to
Tamparuli-Tuaran Route
after passed by Ranau town


Two Route Options
from Kundasang to KK Airport

GiLoCatur and wife started our driving journey before 8 o'clock. GiLocatur drove on the Ranau-Tambunan route as per Waze. BUT after about half an hour driving, the Waze app directed to turn back to Kundasang. GiLoCatur was really confused. GiLocatur had to stop and asked a local person about the correct direction. Because time was precious at that time. GiLoCatur needs to reach the KK airport by 11:00AM to return the rented car and check in by noon. The boarding time was 12:20PM.

Undoubtedly GiLoCatur depends on the Waze app especially since being a Grab driver. Luckily GiLocatur had experience checking map and asking people in getting direction during the younger days. Without having sense of direction, you will end up going far away from the correct destination. GiLocatur has heard a lot of such stories by Gen Z and millennium car drivers.

ETA at KKIA by 11:00AM


From this Waze screenshot
GiLoCatur can learn where
the villages, towns and cities are

No doubt either Waze or Google Map app is crucial nowadays particularly in the weekends. Most roads are jam and full with vehicles. But you also need some sense or hunch to not caught up or deceived by the app.

Luckily, GiLoCatur did not skip the famous Tamparuli bridge. Stopped for a while to take some photos at the historic "Jambatan Tamparuli".

GiLoCatur at the famous Jambatan Tamparuli


#mon05062023
#publicholiday
#kundasang2023trip

 

Saturday, June 3, 2023

KUNDASANG 2023 TRIP: Feeding Fish at Bombon Kg Marakau Ranau Sabah (Mon 30/05/2023)

What a wonderful experience! Feeding the fish mostly Koi and Kelah at Marakau Village Ranau Sabah on last Tuesday, 30/05/2023. It was the first activity on the second day being in Kudasang.

The trick is do not let go the fish food so that the fishes will keep coming getting it from your hand.

Not small fishes, many big ones. You guys can see from the photos, right?

We were among the earliest visitors. Now there are many visitors joining.

Below are some of the photos taken at the fish spa.

GiLoCatur & wife enjoyed feeding the fishes

Nazizah is happy feeding the Koi & kelah fishes in various sizes

Nazizah enjoying feeding the fish

Leka GiLoCatur bagi ikan2 makan di Kg Marakau Ranau SABAH


#kundasangtrip
#bombonkgmarakau
#fishspa

Friday, June 2, 2023

KUNDASANG 2023 TRIP: Highest Rabbit Farm Kundasang Sabah (Sun 29/05/2023)

Foto-foto dari jurugambar profesional. 

"Ambil gambar free sahaja". "Tak beli pun tak apa".

Time keluar nak balik setelah puas bermain2 dengan kelinci err arnab ie rabbit, termakan juga pujuk rayu untuk beli foto2 tersebut. HUA HUA HUA😭

Photo #1 GiLoCatur & wife at the Highest Rabbit Farm in Kundasang


Photo #2 GiLoCatur & wife at the Highest Rabbit Farm in Kundasang


Photo #3 GiLoCatur & wife at the Highest Rabbit Farm in Kundasang

GiLoCatur & wife with the highest signboard

Kali ini beli saiz 4R je. Empat keping 50 hinggit aje hu hu, sekali dengan softcopy. Sebab semalam dah beli saiz besar 4 keping seratus hinggit. Company yg sama bah!

Mendamaikan melayan kerenah arnab2 di kandang mereka. Alhamdulillah kudratku masih mampu naik ke atas farm yang lebih tinggi. 


#kundasangtrip
#thehighestrabbitfarm