Hari Pertama kejohanan catur GACC kali ke 21 baru sahaja selesai semalam, Khamis 19/1/2017. Seramai seratus peserta menyertai kejohanan ini yang akan berlansung selama lima hari. Para peserta akan bertarung sebanyak 9 pusingan SWISS dengan kawalan masa 90 minit + tambahan 30 saat.
|
GACC 2017 |
Berdasarkan senarai pemain yang menyertai kejohanan Edisi 2017 ini, pemain-pemain catur dari universiti tempatan bakal bersaing dengan pemain-pemain catur dari universiti negara India yang mendominasi Senarai 10 Pilihan Teratas.
Anak sulung GiLoCatur iaitu Fikri merupakan salah seorang peserta. Edisi 2017 merupakan kali ketiga penyertaan Fikri. Bagi GiLoCatur, GACC tahun ini lebih bermakna kerana seorang lagi anak turut serta mengambil bahagian. Anis Fariha, satu-satunya anak perempuan GiLoCatur terpaksa mengorbankan beberapa hari kuliah untuk membantu pasukan UiTM di kejohanan GACC ini.
|
Anis membuat penampilan sulung di Kejohanan Catur GACC Pusingan Kedua Foto dari koleksi album FB SHIN AZWAN |
GiLoCatur mengucapkan GOOD LUCK dan ALL THE BEST kepada semua peserta GACC terutamanya kepada pasukan catur UiTM yang diwakili oleh dua orang anak GiLoCatur.
Edisi GACC kali ini boleh diikuti secara live kerana AI CHESS yang diterajui oleh SHIN AZWAN ada membuat liputan.
AI CHESS telah menyediakan sebanyak enam papan DGT.
(The 21st Edition GACC can be followed live because AI CHESS is broadcasting six DGT boards. Download AI Chess application from Google Play)
|
Enam Papan DGT untuk live broadcast |
|
SHIN AZWAN dan AI CHESS, merupakan salah seorang pelopor LIVE Chess Broadcast di Malaysia |
|
Foto 1 Dari Album FB Shin Azwan |
|
Foto 2 Dari Album FB Shin Azwan |