Hari ini adalah hari Jumaat, penghulu hari. Esok umat Islam di Malaysia akan mula menjalani ibadah puasa bagi tahun ini.
Seharusnya bulan Ramadhan al-Mubarak adalah bulan yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti oleh semua umat Islam. Kerana ia merupakan satu bulan yang penuh keberkatan dan rahmat Allah. GiLoCatur amat menunggu-nunggu kehadiran bulan Ramadhan tahun ini. Tidak sabar rasanya untuk menjalani ibadah puasa, menunaikan solat tarawih, membaca Al-Quran dan pelbagai amalan lain.
Semoga hati yang kotor dan berdaki dapat dibersihkan. Semoga ibadah puasa dapat disempurnakan dengan baik. Semoga solat tarawih tiada yang 'miss'. Semoga Al-Quran dapat dikhatamkan sekurang2nya sekali. Semoga rajin bersedekah di bulan yang mulia ini.
GiLoCatur berhasrat untuk 'bercuti' membawa anak2 ke pertandingan catur di bulan Ramadhan. Anak2 pun tidak berminat untuk sertai sebarang kejohanan catur di bulan Ramadhan. Setakat ini, hanya kejohanan catur Swensen Age Group yang pernah disertai anak2 GiLoCatur.
TETAPI mungkin di tahun ini ada sedikit perubahan. Swensen's Age Group akan diadakan dalam bulan Syawal iaitu seminggu selepas hari raya. Seingat GiLoCatur, ada tiga kejohanan catur yang telah dijadualkan dalam bulan Ramadhan nanti. Dua daripadanya adalah anjuran Insofar Chess Academy.
Ahad ini iaitu pada 22hb Julai, Insofar menganjurkan kejohanan catur peringkat umur atau age group di Seksyen 9, Shah Alam. Empat kumpulan umur atau age group yang dipertandingkan adalah Bawah U7, U9, U12 dan U15. Ini merupakan satu peluang keemasan kepada para penduduk Shah Alam untuk mengisi masa hujung minggu anak2 mereka. Jika tiada aral, GiLoCatur juga akan hadir membawa anak bongsu, Fahim, ke bangunan AMPAC Shah Alam yang terletak berhampiran McDonalds Seksyen 9, Shah Alam. Selepas sertai kejohanan catur, bolehlah berbuka puasa bersama keluarga di sekitar Bandaraya Shah Alam. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
Di minggu berikutnya
pula iaitu pada hari Ahad, 29hb Julai, kejohanan catur Insofar (combined) bagi
bulan Julai akan diadakan di Pusat Catur Arthur Tan, Kompleks Wilayah.
Pertandingan adalah terbuka dan mengikut flyernya, adalah national-rated.
GiLoCatur tidak menyertai sebarang kejohanan catur national-rated dalam suku yang lepas. Hati amat meronta-ronta
untuk bertanding dengan harapan untuk menaikkan rating kebangsaan. Nak tengok setakat mana improvement setelah sparring, main catur online dan buat puzzle. Bak kata rakan catur GiLoCatur, Fauzi Ahim
"ADE BRANI?" Sila klik di sini untuk info lanjut.
Dare To Participate? |
Dua minggu kemudian
iaitu kira2 seminggu sebelum Eidul Fitri, satu kejohanan catur national-rated akan berlansung di ICT Seksyen 7, Shah Alam.
Kejohanan catur tersebut diberi nama "Battle Chess Selangorku"
anjuran Cerdik Catur. GiLoCatur amat berharap tiada aral mendatang untuk
sertainya. Ia bakal menjadi satu pengalaman baru bermain catur di ICT. Tambahan
pula, GiLoCatur dan keluarga boleh berbuka puasa bersama keluarga adik ipar
yang tinggal berhampiran lokasi kejohanan. Klik di sini untuk info lanjut.
Diharap rakan2 catur seperti 17ChessClub, geng Bilut dan geng Subang ADE BRANI menyahut cabaran.
Akhir kalam, SELAMAT BERPUASA! SELAMAT BERBUKA! SELAMAT
BERTARAWIH! kepada semua warga muslim
terutamanya rakan2 catur SeMalaya.