Monday, March 10, 2025

Ngeteh Bersama FA Azhar MS - Chit Chat Tentang Catur

Bersama dengan FA Azhar MS Zaha Sharm dan isterinya beberapa hari lalu sebelum Ramadan 1416H di Shah Alam.

Perkenalan kami sudah lama, sejak 2009. Beliau merupakan seorang abang dan sifu bagi GiLoCatur tentang chess.

Banyak perkongsian ilmu dan insights tentang catur khususnya sebagai chess parents.

Azhar MS merupakan antara chess parents berjaya di negara ini bagi GiLoCatur. Dua orang anak perempuannya adalah pemain Olimpiad wanita negara dan title player. Ditambah lagi anak lelaki sulung yg berjaya mewakili Olimpiad lelaki Malaysia.

3 orang anak di satu kejohanan catur Olimpiad adalah satu pencapaian terbaik sudah pastinya.

Alhamdulillah, dek tidak lokek ilmu dan pengalaman, dapat juga GiLoCatur tempias pencapaian anak2 dalam sukan catur.

Anak2 kami seringkali bersama satu sekolah, satu universiti dan satu pasukan di MSSS dan MSSKL.

Anak tunggal perempuan GiLoCatur berada di satu sekolah dengan 3 orang anak beliau dan isteri, Noor Seroja di Kuala Selangor bersama anak2 dua lagi sahabat family catur kami.

Manakala anak bongsu GiLoCatur berada di satu sekolah pula dengan anak keempat beliau di mssd Pudu, KL.

Kami sering berbincang dan berdiskusi tentang isu2 catur di negara ini. Antaranya:

- isu hala tuju sukan catur di negara ini
- isu pengadil iaitu arbiter
- isu pengedalian dan pemilihan pemain2 yg mewakili negara di kejohanan2 catur peringkat antara bangsa
- isu program pembangunan catur di negara ini
- isu peranan persatuan catur samada peringkat kebangsaan mahupun negeri
- isu pajsk bagi kejohanan2 dan pertandingan2 catur tempatan
- isu kejohanan catur dalam talian
- isu chess parents dan players

Sebagai seorang arbiter kejohanan dan pertandingan catur, banyak kes2 dan isu2 yg dihadapi oleh beliau dikongsi dan dibincangkan.

Ya, GiLoCatur sangat bersetuju ada sebahagian arbiter kurang layak dan tidak menangani kes2 yg berlaku dengan baik. Ditambah pula sebahagian coach tak menerang dan mengajar chess students mereka tentang peraturan2 permainan catur yg betul di kejohanan dan pertandingan catur.

Maka berlakulah banyak salah faham. Menurut Azhar MS, ada peraturan yg jelas dan clear cut. Tetapi ada juga peraturan yg memerlukan tafsiran pihak arbiter.

Ada juga organizer dan tournament director yg tidak membuat tournament rule yg boleh jadi isu.

Antara contoh2 isu ini adalah 50 moves rule dan promoting pawn.

Panjang lebar penerangan Azhar MS kepada GiLoCatur tentang isu2 dan kes2 yg dihadapinya sebagai seorang arbiter.

Para pemain catur as well as chess parents perlu jelas, arif dan jujur tentang tournament rules agar tidak berlaku insiden2 yg tidak diingini di petandingan2 dan kejohanan2 catur khususnya local.

GiLoCatur dan FA Azhar MS & isterinya, Pn Sham

Sebagai sebahagian komuniti catur Malaysia, marilah kita bersama2 sentiasa belajar dan perbaiki kelemahan agar lebih berjaya dan baik sehingga mampu melahirkan Grandmaster pertama negara.

GENS UNA SUMUS!


#coachgilocatur
#SukanCatur
#ChessConnectsUs
#caturmalaysia

Monday, March 3, 2025

COACH NT SALEH AKA GiLoCatur SEDIA BERKHIDMAT SEBAGAI CHESS COACH!

Ada lebih dari 25 jenis sukan dipertandingkan di kejohanan MSS. Tiada hadiah dalam bentuk wang, tetapi ia sangat berprestij bagi murid2 sekolah kerana ada nilai PAJSK.

Ketika zaman persekolahan dahulu, GiLoCatur bertanding di MSSD bagi lebih 5 jenis sukan. Al maklum, murid2 lelaki kurang 30 orang. Sukan bola sepak, hoki, badminton, sepak takraw, catur dan ping pong.

Pencapaian?

Hanya bola sepak yg boleh dibanggakan. Dapat tempat ketiga di MSSD Sabak Bernam dan johan peringkat zon. Itu pun setelah banyak friendly dgn sekolah2 berdekatan sejak dari Darjah (sekarang tahun) 3 lagi.

Sukan catur tak ada pencapaian?

Jika bola sepak dan beberapa sukan lain, ada coach dari kalangan guru, sukan catur harap berlatih sendiri aje lah. Cikgu Ku dari Langkawi dan Cikgu Rahman dari Perak merupakan coach bola sepak sekolah. Mereka berbakat dan coach yg bagus. Manakala Cikgu Salmah dan Cikgu Hamidah pula adalah coach bagi sukan hoki. Ya, guru perempuan coachnya bagi kedua2 pasukan lekaki dan perempuan sekolah.

Coach catur di kalangan guru?

Nada dalam Spanish. Malah sekarang pun masih belum cukup ramai dari kalangan guru. Teori catur sangat banyak dan luas. Mujurlah Fikri anak sulung GiLoCatur seorang self-study, dia boleh belajar sendiri dengan membaca buku2 catur yang GiLoCatur beli dan sediakan. Personal coaching dan chess camp masih tetap perlu.

Tak ada personal coach?

Ha ha ha .. Hanya tawa yg boleh GiLoCatur respond. Belajar catur sendiri dan sumber bacaan hanyalah kolum catur di akhbar. Surat khabar Malay Mail, lewat sehari dan selalunya hanya edisi hari Sabtu dan Ahad yg dapat beli.

Walaupun GiLoCatur merupakan anak jati Selangor yg telah maju lebih awal dari sebahagian negeri2 di Malaysia, tetapi tinggal di sebuah kampung paling utara dan terceruk di negeri tersebut.

Algebraic notation GiLoCatur belajar sendiri. Ia sangat perlu untuk memahami permainan2 yg ada di kolum catur.

Kenapa ya hanya boleh beli akhbar di hujung minggu sahaja?

Sebabnya, GiLoCatur perlu berbasikal ke pekan Sungai Air (Ayer) Tawar lebih 5 kilometer untuk beli suratkhabar. Akhbar Utusan Melayu atau Berita Harian arwah ayah akan beli jika pergi ke pekan.

Oh ya. Lupa pula nak maklum, kolum catur hanya seminggu sekali.

Begitulah cabaran dan kekurangan ketika itu. Maka beruntung anak2 generasi kini. Sumber banyak, personal coaching bukan setakat bersemuka malah boleh dalam talian lagi. Ditambah dengan parents yg lebih mendukung dan supportive.


Rutin setiap Sabtu -  GiLoCatur mengajar kelas catur
di sebuah sekolah di KL

Sebagai promosi, boleh DM yakni direct message GiLoCatur jika memerlukan personal coach atau school coach untuk pasukan catur sekolah. Bersemuka boleh, online atau dalam talian pun boleh. Alhamdulillah, GiLoCatur merupakan chess coach yg diiktiraf oleh Persatuan Catur Malaysia. 

{Nota kaki: Foto di bawah adalah ketika sesi class coaching mingguan di sebuah sekolah. Perasan tak baju oren klasik yg ada nama GiLoCatur? baju tu dah lebih 15 tahun he he muat lagi baju tu ha ha}

GiLoCatur bertanding di kejohanan catur MSSD Sabak Bernam untuk dua edisi. Tak perlu beritahu edisi tahun bila ya, nanti ramai yg boleh kira usia GiLoCatur ha ha ..

Oh ya .. tentang PAJSK.

Kebanyakan ibu bapa berpandangan bahawa anak mereka akan dapat markah yg lebih banyak jika terlibat dalam banyak jenis sukan dan aktiviti koko.

Berdasarkan pengalaman, sukar untuk excel atau peroleh pencapaian tertinggi iaitu wakil daerah, negeri dan di peringkat kebangsaan. Hanya sebahagian kecil sahaja yg boleh. Mereka tahap olahragawan dan olahragawati.

Jadi, sertai satu sukan sahaja tetapi ada pencapaian (ie excel) di peringkat paling tinggi iaitu kebangsaan ie MSSM. Sebab untuk peroleh pencapaian tertinggi perlu pengorbanan, komitmen dan dedikasi.

Dek pelbagai kekurangan GiLoCatur dahulu, anak2 GiLoCatur diberi peluang dan all out support agar mereka dapat pencapaian tertinggi dalam sukan catur. Alhamdulillah!

Penyertaan lebih 30 pertandingan atau kejohanan catur setahun. Sediakan personal coaching. Bawa berlatih, dipanggil sparring dalam catur, ke sana sini setiap minggu.

Wallahu a'lam ..

GENS UNA SUMUS!

#coachgilocatur
#celotehgilocatur
#SukanCatur
#mssdmsssmssm 

Tuesday, February 25, 2025

SMART TV Bantu Kelas Catur NT Coach Saleh aka GiLoCatur

Foto di bawah adalah sebuah smart TV screen dalam satu kelas di sebuah sekolah rendah di kotaraya Kuala Lumpur.

smart TV Bantu Kelas Catur NT Coach GiLCatur

Sudah lebih dua belas purnama GiLoCatur mengajar kelas catur di sekolah tersebut.

Satu kemudahan yg sangat membantu GiLoCatur dalam berkongsi ilmu percaturan dengan ahli2 kelab catur sekolah tersebut.

Tak perlulah bawa projector atau "chess demo board". Mudah sangat untuk tunjuk slide topik pengajaran kepada semua pelajar kelas catur di setiap hari Sabtu.

Sebenarnya sekolah tersebut bukanlah di kawasan elit atau berada di "have have neighborhood". Menurut guru besar sekolah, sekolah tersebut demografinya adalah 60:40.

Apa maksudnya?

Maksudnya, demografi murid2 adalah 60 peratus kategori B40.

Sungguh menarik mendengarkan cerita bagaimana perjuangan guru besar berjaya membeli dan menyediakan smart TV di setiap kelas. Seorang guru besar yg bijak dan berwawasan.

Satu cabaran atau "challenge" kepada KPM, JPN, PPD dan para ibu bapa (ie PIBG) untuk menyediakan kemudahan2 seperti smart TV dan lain2 untuk pendidikan dan pembelajaran di sekolah-sekolah.

GiLoCatur sangat bersetuju dengan pandangan guru besar bahawa kita perlu mengikut era dan zaman terkini.

Generasi terkini terdedah kepada teknologi dan kemudahan ICT canggih. Alat bantuan mengajar canggih seperti skrin smart TV merupakan satu galakan dan wadah berkesan untuk perkongsian ilmu dan pendidikan.

Justeru itu pengajaran kelas catur GiLoCatur di sekolah berkenaan lebih menarik kerana selain presentasi silibus yg lebih "catchy", youtube2 permainan catur khususnya format Blitz boleh menambah minat murid2.

"Nikmat apa yg kau dustakan"!

Bersyukur sangat dengan kemudahan smart TV yg ada di setiap kelas sekolah tersebut.

Sebagai satu variasi pembelajaran catur, GiLoCatur adakalanya memanggil setiap pelajar kelas catur datang ke depan untuk buat "chess puzzles solving" on the laptop.

Inilah antara faktor para pemain catur sekolah dewasa ini lebih "menyengat" dan sangat berbisa di kejohanan2 dan pertandingan2 catur yg dianjurkan setiap hujung minggu dan cuti umum.

Jika permainan catur GiLoCatur sendiri yg eligible untuk kategori veteran pun semakin jauh improve dan lebih baik, apatah lagi permainan catur generasi gen Z dan milinium.

GiLoCatur sangat2 berharap akan lahir lebih ramai pemain catur Malaysia yg ada "Master" title khususnya Grandmaster pertama negara.

Bak kata bidalan, "Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian!".

Ayuh komuniti catur Malaysia. Tunjukkan MALAYSIA BOLEH!

Sebagai seorang chess coach, bersama-sama para jurulatih catur lain, GiLoCatur bersedia untuk dihubungi ibu bapa yg committed, supportive dan berwawasan untuk melatih anak2 mereka dalam sukan catur samada cara bersemuka, face to face, atau online (dalam talian).

GENS UNA SUMUS!

#coachsaleh
#ilovechess
#SukanCatur
#gilocatur

Sunday, February 23, 2025

Kejohanan Catur Di Alamanda Shopping Mall, Putrajaya (Feb 2025)

Minggu lepas GiLoCatur berada di Summit USJ. Dapatlah menyaksikan kejohanan catur di situ.

Minggu ini pula GiLoCatur dan isteri "brisk walking" di Alamanda Putrajaya. Pelbagai events telah disusun sempena Alamanda ber"wajah baru".

Banner Kejohanan Catur

Salah satu eventnya adalah kejohanan catur Bawah 18 (Sek Menengah) dan Bawah 12 (Sek Rendah).

Tiada anak GiLoCatur yg menyertai pun. Seorang anak hanya terlibat sebagai salah seorang pengadil yg dipanggil "floor arbiter".

Sambil brisk walking khususnya window shopping di MPH, sempat juga GiLoCatur menonton beberapa pusingan. Dari meja atas (Top Board) hingga ke Meja Bawah (Bottom Board).

GiLoCatur nak tengok jurang kualiti permainan catur.

venue kejohanan catur di Alamanda, Putrajaya

Antara yg boleh dikongsikan:

1. Hanya beberapa pemain sahaja yg merekod pergerakan.
2. Masih banyak teori dan ilmu percaturan  yg perlu dipelajari dan diperbaiki.
3. Rata-rata ibu bapa hanya menunggu anak2 mereka bermain sambil santai berborak. Bagi 
GiLoCatur, mereka tidak menjalanlan peranan mereka sebagai pungurus (ie manager) dengan memantau apa kesilapan dan kekurangan permainan catur anak2 mereka. Amat sayang sekali.

Insya Allah GiLoCatur sudi berkongsi sedikit pengalaman sebagai chess parents kepada pihak yg sudi.

Semoga sukan catur berkembang dan semakin improve di negara ini.


#lovechess
#gilocatur
#alamanda

Friday, February 21, 2025

Kelas Catur Personal Bersemuka

Malam semalam GiLoCatur ada kelas catur bersemuka dengan seorang pelajar.

Kelas kali kelima. Ajar dari zero walaupun pelajar sudah tahu susun buah dan gerakan buah.

Sangat penting pelajar catur diajar asas dan prinsip2 permainan yg betul agar beliau boleh jadi pemain berkualiti dan kuat.

Topik yg GiLoCatur ajar semalam adalah Opening. Semua pemain catur sudah maklum ada tiga fasa permainan catur.

Ketika di alam persekolahan dulu, GiLoCatur tak tahu pun nama2 opening. Sebab tiada coach yg mengajar, dan tiada sumber untuk dirujuk dan belajar.

Ketika kembali aktif bermain catur di tahun 2009, GiLoCatur main opening Queen's Gambit bagi buah Putih dan French Defense bagi buah Putih.

Jadi semalam ajar opening Queen's Gambit kepada pelajar GiLoCatur. Selain itu, GiLoCatur juga tunjuk opening Ruy Lopez.

Semua chess coach akan ajar dan minta para pelajar mereka untuk ada paling kurang satu opening repertoire untuk buah Putih dan satu lagi untuk buah Hitam.

Mempunyai memori dan ingatan kuat dan bagus adalah satu aset bagi seorang pemain catur. Banyak opening dan pelbagai variasi yg boleh diingati dan dihafal.

Tetapi kelebihan ini kurang berkesan jika pemain tersebut tidak menguasai taktik dan strategi. Bagi bukan pemain catur, pasti tidak tahu apa perbezaan di antara kedua bab ini - taktik dan strategi.

Ketika bermain catur, membuat pilihan adalah satu kewajipan. Ia dinamakan decision making dalam bahasa Inggeris.

Buat pilihan antara A dan B agak mudah. Tapi buat pilihan antara A, B, C, D dan E, tidak mudah. Pertimbangan terbaik perlu dilakukan dan dilaksana. Ia menentukan keputusan permainan catur, samada kemenangan atau kekalahan.

Bermain catur perlu BERFIKIR. Berfikir adalah amalan seorang intelektual.

Budaya berfikir perlu disemai di kalangan masyarakat di negara ini.

Meja Catur Di Sekolah

Foto: GiLoCatur salute kepada sekolah-sekolah yg mengecat papan catur atas meja-meja di sekeliling sekolah. Diharapkan budaya bermain catur jadi amalan para pelajar di waktu rehat dan senggang.

#lovechess
#gilocatur
#SukanCatur