Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT MENYAMBUT 1 SYAWAL 1429H

Hari ini adalah hari terakhir berpuasa bagi tahun 2008. Esok semua umat Islam akan menyambut 1 Syawal. Semoga bergembira menyambut kemenangan setelah sebulan menjalani ibadah puasa. Aku akan bercuti di kampung sehingga hujung minggu. Selepas Raya jadual caturku bakal menjadi sibuk kerana ada pertandingan catur setiap minggu bermula dari 12 Oktober. 

Kuala Langat Open yang dijangkakan bakal disertai oleh ramai pemain-pemain. Kemudian minggu berikutnya Pearl Point Open di Jalan Kelang Lama. Seminggu kemudian pula akan diadakan UPSI Open yang akan diadakan pada hari sabtu dan Ahad. Tournament ini adalah nationally-rated seperti Kuala Langat Open dan 45 minit time control. Hadiahnya juga lumayan kerana juara akan menggondol RM 1,ooo. Pada 2 November pula Kepong Juniors Open. Pertandingan ini hanya untuk yang berumur 16 tahun ke bawah. Ya, nampaknya hujung mingguku akan sibuk kembali dengan aktiviti-aktiviti caturku sekeluarga.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI DIUCAPKAN KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT! 

Thursday, September 25, 2008

Bulan Ramadhan Dan Catur



Wah sungguh cepat masa berlalu. Hari ini masuk hari ke 24 berpuasa. Ya sudah 24 Ramadhan hari ini. Seminggu lagi Aidil Fitri pula akan menjelma. Di Bulan Syawal nanti, beberapa pertandingan catur akan diadakan dan Insyaallah aku dan anak-anak akan menyertai. Di antaranya Kuala Langat Open (12 okt) dan Pearl Point Open (19 Okt). Anak sulungku, Fikri, telah selesai peperiksaan UPSR dan PSRAnya. Peperiksaan PSRA akan selesai petang ini.

Aku juga tidak sabar-sabar menantikan hari pertandingan. Nak test setakat mana improvement permainan chess aku. Dijangkakan ramai pemain-pemain catur tempatan akan menyertai terutamanya Kuala Langat Open.

Dalam bulan Ramdhan ini, selain Pertandingan Catur Komuniti Putrajaya, anak-anakku menyertai pertandingan catur sekolah mereka. Anis menyertai Pertandingan Catur Tertutup SK Bukit Jelutong pada hari Sabtu 20 September 2008. Seramai 70 murid-murid SKBJ menyertai. Anis telah menang 4 permainan, seri sekali dan kalah sekali kepada Juara di pusingan terakhir. Dengan mata 4 1/2 mata, Anis telah mendapat tempat ke 6.

Sementara Fikri pula alhamdulillah dapat mengekalkan reputasi sebagai pemain catur terbaik SKBJ dengan menang ke semua 6 pusingan pertandingan catur untuk murid-murid Tahun 6 semalam, Rabu 24 September 2008.

Adalah menjadi harapanku agar anak-anakku akan lebih cemerlang dan bisa menjuarai pertandingan-pertandingan catur di masa akan datang.

Thursday, September 18, 2008

Pak Samad Ismail In Memory!



Tokoh Wartawan Negara Pak Samad meninggal
UMNO. Tokoh Wartawan Negara Pak Samad meninggal. KUALA LUMPUR 4 Sept. – Pejuang kemerdekaan dan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pukul 5.58 petang ini akibat jangkitan paru-paru.Abdul Samad, 84, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad dirawat di pusat itu ...



Akhirnya Allah telah menjemput Pak Samad ke rahmatullah pada petang 4 September jam 5.58 ptg. Walaupun aku tidak pernah bertemu beliau secara peribadi, tetapi ketokohan beliau memang tidak dapat disangkal lagi. Sewajarnya beliau mendapat penghormatan daripada semua umat Melayu di dunia ini di atas segala sumbangan dan jasa beliau kepada masyarakat Melayu dan negara kita khususnya. Aku hanya mengenali dan mengetahui tentang ketokohan dan jasa-jasa beliau melalui buku biografi beliau dan penulisan-penulisan. Setelah membaca buku biografi beliau dan beberapa tokoh-tokoh lain yang ada hubungkait dengan beliau seperti Biografi Pak Said Zahari, aku semakin ingin mengenali lebih lanjut tentang dirinya dan ketokohannya. 

Tidak rugi rasanya untuk membuat penyelidikan tentang Pak Samad, seorang intelektual Melayu dan salah seoarang pejuang kemerdekaan negara kita. Beliau mempunyai pengaruh yang amat mendalam kepada ramai orang terutamanya nama-nama besar dalam bidang kewartawanan, politik dan sastera. Amat disarankan kepada generasi muda khususnya untuk membaca dan menyelidiki tentang diri Pak Samad terutamanya kepada mereka yang meminati bidang kewartawanan, penulisan dan bahasa. Allahyarham Pak Samad yang telah melalui pelbagai zaman dan era merupakan satu entiti sejarah yang amat bernilai bagi masyarakat kita dan negara ini.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham Pak Samad. Al-Fatihah ...

Yahoo! Chelsea menang lagi.

Aku sungguh gembira kerana pasukan EPL kesukaanku iaitu Chelsea telah memenangi game pembukaan Piala Juara-Juara Eropah menentang Bordeaux dari Perancis. Chelsea telah menang 4-0. Yang menambahkan kegembiraanku pula ialah apabila MU hanya seri dengan Villareal.  Nampak gayanya MU tidak bermula baik pada musim ini. Ini satu petanda baik bagi Chelsea.

Selain itu, kegembiraanku ditambah pula dengan kemenangan Inter Milan yang menewaskan Panathinaikos, 2-0. Pada musim kali ini aku menyokong Inter Milan, walaupun tidak berapa suka pada Liga Itali, kerana my special one adalah head coachnya. Siapa lagi kalau bukan Jose Mourinho, di antara jurulatih-jurulatih yang paling aku minati.

Aku sangat mengimpikan di Final UEFA pada musim ini, Chelsea bertemu Inter Milan. Sorry for all MU fans out there. I think this season does not belong to MU!

Nyaris Dapat Hadiah Dalam Pertandingan Catur

Pada hari Sabtu, 13 September, lalu aku menyertai Pertandingan Catur Tertutup Komuniti Putrajaya. Begitu juga kedua-dua anakku Fikri dan Anis. Aku menyertai kategori 16 Tahun ke atas sementara anak-anakku dalam kategori Bawah 12 Tahun.

Fikri telah berjaya memenangi tempat ke 2 dengan menang 5 permainan dan seri 1 ketika menentang Nurul Syuhada. Satu pencapaian yang bagus bagi beliau walaupun kurang berlatih kerana baru sahaja selesai peperiksaan UPSR. 

Bagi Anis pula, beliau memulakan permainan dengan kemenangan. Tetapi dia kalah pada pusingan ke 2. Seterusnya dia menang tiga pusingan berikut berturut-turut. Memasuki pusingan akhir iaitu pusingan ke 6, Anis memperolehi 4 mata. Anis perlu menang pusingan terakhir bagi membolehkan beliau mendapat hadiah Top 8. Malangnya Anis telah tewas pusingan ke 6 tersebut kepada Nurul Syuhada yang seri sebelumnya dengan Fikri. Pada pusingan ke 6 itu, pasangan adik-beradik bertemu pasangan adik-beradik dengan meja pun bersebelahan. 

Bagi aku pula, ia merupakan pencapaian terbaik setakat ini. Walaupun aku memulakan pertandingan dengan tewas pada pusingan pertama, aku berjaya bangkit dengan kemenangan berturut-turut sehinggalah ke pusingan terkahir. Permainanku semakin baik. Kawalan masa juga bagus di mana aku menang kalau tak silap 2 permainan kerana masa. Nampaknya masa yang aku korbankan dan luangkan setiap hari untuk menganalisa dan belajar catur membuahkan hasil. 

Aku juga seperti Anis, jika menang pusingan terakhir bakal mendapat tempat dalam Top 8. Permainan aku pada pusingan terakhir juga setanding. Malahan aku ada advantage masa. Tetapi mungkin perasaan gemuruh menguasai diri. Tambahan pula ramai juga yang menyaksikan permainan aku. Aku perlu belajar menguasai perasaan gemuruh dan perbaiki end game jika ingin lebih berjaya dalam pertandingan-pertandingan akan datang.