Monday, February 22, 2010

Peminat "Cilik" Laman Blog GiLoCatur


Siapa "si cilik" yang berdiri di sebelah GiLoCatur tu? Anak GiLoCatur ke? Eh, bukan ... memang "si cilik" tersebut juga berumur 8 tahun seperti Fahim, anak bongsu GiLoCatur. Nama "si cilik" yang bergambar dengan GiLoCatur di atas ialah adik Jagathees A/L Guna Balan yang sekarang tinggal di Johor Baharu. Menurut bapanya, Jagathees sangat minat bermain catur dan juga laman blog GiLoCatur. GiLoCatur amat terharu dan sangat berbesar hati (tidak lupa juga ucapan berbanyak terima kasih) jika laman blog ini menjadi tatapan beliau setiap hari untuk mendapatkan info dan berita-berita tentang catur terutamanya pertandingan catur tempatan.

Menurut Encik Guna Balan lagi, dek kerana minat anaknya yang mendalam terhadap catur, mereka sanggup berkorban masa dan wang menyertai pertandingan-pertandingan catur di Kuala Lumpur, Ipoh dan Shah Alam hampir setiap minggu. Bulan Mac nanti, mereka juga akan turun ke Pulau Pinang untuk menyertai National Age Group (NAG). GiLoCatur juga "salute" kepada Encik Guna yang memberi sokongan padu kepada anaknya dalam sukan (yang tidak popular dan bukan sukan teras seperti bola sepak) catur. Diharap pihak-pihak yang bertanggungjawab dan berkenaan memberi perhatian kepada pengorbanan ibubapa seperti ini dalam melahirkan jaguh-jaguh sukan negara.

GiLoCatur ingin memberi galakan kepada adik Jagathees agar terus berkerja keras dan kuat berlatih catur agar menjadi salah seorang Grandmaster (GM) suatu hari nanti. Sudah pasti gambar di atas yang dirakam ketika pertandingan catur Uptown Shah Alam baru-baru ini akan menjadi satu kenangan terindah buat GiLoCatur.


[ This entry is written from Kuching, Sarawak. GiLoCatur just arrived in Kuching a couple of hours ago (10.35 pm to be exact landed at the airport) due to work. GiLoCatur will be in Kuching until Tuesday night.

If there is a chess hangout or "port" in Kuching area where chess players sparring, GiLoCatur would like to visit. Please call GiLoCatur at 019.606.1948 and tell about the venue.

Room 1111, Harbour View Hotel ]


No comments: